THIS BLOG IS WRITTEN IN "MALAYSIAN" LANGUAGE SOMETIMES MIXED WITH ENGLISH DEPENDS ON THE TOPIC POSTED.
FOR ALL THE VIEWER@READERS THANK YOU FOR YOUR SUPPORT FOR VISITING THIS BLOG

-AJAK MUSANG-( >_<)V

AJAK MUSANG RACING TEAM PAST & PRESENT SLIDESHOW SCROLL DOWN FOR STORY

Rabu, 22 Mei 2013

Jangan hanya tahu kutuk mat rempit



MASYARAKAT ketika ini dikejutkan dengan masalah mat rempit. Mereka terus disindir dan dicaci tanpa sebarang pendekatan yang lebih bersikap positif untuk memulihkan keadaan.
Apabila sesuatu insiden buruk berlaku, masyarakat akan terus menggesa agar kerajaan membanteras kegiatan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat.

Tidakkah pernah kita terfikir untuk menggunakan pendekatan yang inovatif dan proaktif?
Mereka adalah golongan yang ‘kesunyian’. Istilah kesunyian digunakan untuk menggambarkan keadaan mereka yang ditinggalkan oleh arus pemodenan. Mat rempit biasanya adalah mereka yang ketinggalan dalam pelajaran dan tidak dapat pembelaan daripada kerajaan.

Remaja ini hidup tanpa haluan, lalu memilih lumba motosikal haram untuk masa yang terluang. Sepatutnya kerajaan menyediakan kemudahan supaya mereka dibimbing ke sukan permotoran yang lebih terkawal. Di negara ini tidak terdapat akademi permotoran yang melatih peminat sukan permotoran.
Mat rempit mencari jalan mudah dengan menyertai perlumbaan haram untuk mendapat wang bagi meningkatkan prestasi kenderaan mereka.

Betapa Litar Batu Tiga, Shah Alam dikorbankan untuk dijadikan kawasan perumahan. Dulu litar tersebut sering digunakan oleh mat rempit untuk berlumba secara ‘halal’. Mat rempit tidak mampu menggunakan kemudahan Litar Sepang kerana bayarannya sangat tinggi.
Syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan juga perlu bertindak sebagai penaja bagi menjayakan program perlumbaan motosikal bagi mengelakkan mat rempit tersisih dalam dunia mereka sendiri tanpa bimbingan.
Mengutuk dan menghentam golongan remaja yang tidak mempunyai hala tuju dalam kehidupan hanya akan menambah tekanan dan akhirnya perasaan memberontak dan anti-establishment menebal dalam diri mereka.
 
Kebanyakan Mat Rempit ini terdiri daripada golongan anak muda yang amat meminati sukan permotoran. Kerana tidak ada litar lumba bersesuaian, mereka tidak ada pilihan selain berlumba di jalan raya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERIKAN KOMEN BERNAS ANDA TENTANG PENULISAN SAYA INI(CUMA TULIS DAN HANTAR)