THIS BLOG IS WRITTEN IN "MALAYSIAN" LANGUAGE SOMETIMES MIXED WITH ENGLISH DEPENDS ON THE TOPIC POSTED.
FOR ALL THE VIEWER@READERS THANK YOU FOR YOUR SUPPORT FOR VISITING THIS BLOG

-AJAK MUSANG-( >_<)V

AJAK MUSANG RACING TEAM PAST & PRESENT SLIDESHOW SCROLL DOWN FOR STORY

Selasa, 6 April 2010

ADAKAH INI AGENDA POLITIK SEMATA-MATA ATAU AKAN MENJADI KENYATAAN??

IKBN Sukan Permotoran Bakal Diwujudkan, Kata Ahmad Shabery

SERDANG, 5 April (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menjurus kepada pengajian sukan permotoran bagi memajukan lagi industri sukan itu di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata IKBN itu akan menawarkan pengajian berkaitan kemahiran kejuruteraan dan teknikal dalam sukan permotoran dan dibangunkan dengan kerjasama pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

"Kita akan membawa cadangan ini (kepada Kabinet) untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sukan Permotoran Malaysia di sini Isnin.

Ahmad Shabery berkata sukan permotoran berpotensi untuk dimajukan sehingga menjadi sebuah industri yang kukuh dan dapat membantu menjana ekonomi negara termasuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Beliau berkata di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, penganjuran sesebuah acara sukan bermotor merupakan suatu projek besar yang melibatkan industri lain termasuk pelancongan, makanan, hiburan, insurans dan penginapan.

"Ini merupakan suatu industri baru yang boleh dimajukan malah memenuhi tuntutan Model Ekonomi Baru. Bayangkan peluang pekerjaan yang ada yang boleh diwujudkan termasuk penemuan-penemuan baru dalam R&D (penyelidikan dan pembangunan)," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery berkata usaha memajukan industri sukan permotoran hanya akan dapat dicapai jika sukan itu menjadi sukan pilihan rakyat.

"Ini memerlukan satu lonjakan paradigma dalam pemikiran dan budaya rakyat.

"Sekarang ini pun ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam sukan. Mereka lebih mengutamakan akademik. Jadi, ini suatu pemikiran yang perlu kita ubah," katanya.

Beliau berkata usaha mendidik masyarakat dalam membudayakan sukan sedang dijalankan kerajaan termasuk langkah memperkenalkan dasar '1Murid 1 Sukan' yang akan dikuatkuasakan mulai tahun depan.

Terdahulu, forum yang membincangkan cabaran-cabaran dalam industri sukan permotoran itu dihadiri kira-kira 300 penggiat sukan permotoran dan pegawai kementerian.

Tiga pakar sukan permotoran yang terdiri daripada Ketua Eksekutif Persatuan Industri Sukan Permotoran (MIA) Chris Aylett, Pengarah Urusan Apex Circuit Design Ltd Clive Bowen dan pakar pembinaan litar Guy Austin berkongsi pengetahuan mereka dengan peserta forum.

Turut hadir Pengerusi SIC Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir yang bertindak sebagai Pengerusi forum.

-- BERNAMA

 Apa yang aku boleh katakan,janganlah projek ni jadi cuma AGENDA POLITIK & ISU semata2.. Menteri sendiri dapat sendiri lihat potensi yang dah aku bagitahu dalam post sebelum ni...Kalau betul serius memang akan menjadikan Malaysia HUB TENAGA PAKAR & PELUMBA TERBAIK DUNIA..Akan tetapi projek ni kena mengambil kira mereka yang sudah tiada minat untuk belajar di IKBN tu tp tumpu jugak ke mereka yang minat pada dunia perlumbaan.Satu litar kos sederhana yang mampu untuk mereka berlatih dan menunjukkan bakat mereka.,ini kerana kebanyak golongan berpendapatan rendah tidak mampu untuk berlumba ditrek yang bole dikatakan untuk HI-END racing(SIC),kerana kos yang mahal serta litar yang tidak sesuai untuk kenderaan yang mempunyai kapasiti enjijn yang kecil.(MAT REMPIT BANYAK GUNAKAN KAPCAI ) Jika projek ini dilakukan dengan kadar segera mcm twinning program dgn org luar jika tiada kesinambungan mesti akan terkubur macam 2 je..Mereka (Kementerian) kena kaji dari semua aspek..bukan mereka yang ada duit n minat sahaja,tp tumpu juga pada masalah REMPIT ni.Sama2 turun padang dahnberbincang dan ambil kira pandangan semua pihak,bukan pihak yang profesional je akan tetapi pihak amatur dan berpengalaman lama dalam dunia permotoran ini. DS Najib  sendiri telah banyak kali cakap "ZAMAN KERAJAAN KNOWS BEST IS OVER" so ini slogan yang perlu DIPANDANG & DIAMBIL PERHATIAN oleh semua menteri2 kabinet dalam membuat keputusan yang benar2 mengambil kira pandangan semua pihak.

SAYA BERDOA SERTA BERHARAP AGAR APA YANG TELAH SAYA LUAHKAN INI DAPAT DI DENGAR DAN DIAMBIL PERHATIAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DEMI MENCAPAI TARGET M.E.B SERTA SEKALIGUS MENCAPAI INTIPATI WAWASAN 2020

1 ulasan:

  1. citer bnyk x der lain,.nk sedot duit rakyat x abis yg pekdhnya ntah apa2..

    BalasPadam

SILA BERIKAN KOMEN BERNAS ANDA TENTANG PENULISAN SAYA INI(CUMA TULIS DAN HANTAR)