Kat sini aku nak share melalui pembacaan aku,kata2 org yang memberi reaksi POSITIF terhadap mat rempit ni.(Bacalah.....JANGAN MALAS N CAKAP PANJANG SANGAT...)
MUNGKIN ada benarnya kata-kata bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Shahrol Yuzy Ahmad Zaini yang tidak menolak bahawa di negara ini saja berlaku masalah perlumbaan motosikal haram.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Penunggang Motosikal Profesional Malaysia (Prorider) berpendapat, di negara luar seperti Thailand dan Indonesia tidak pula mempunyai kelompok Mat Rempit jalanan disebabkan faktor kesesakan lalu lintas di negara berkenaan yang mungkin menyukarkan aktiviti haram berkenaan.
"Apatah lagi di negara Eropah yang langsung tidak wujud istilah lumba motosikal haram.
"Berbeza pula di negara ini.Generasi muda termasuk mereka yang seawal usia 16 tahun berani menjadikan jalan raya sebagai medan untuk berlumba serta melakukan aksi merbahaya," katanya sambil mengatakan ada saluran yang boleh mencungkil bakat sebenar pelumba untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan.
Shahrol Yuzy berkata, negara ini sebenarnya mempunyai ramai pelapis pelumba motosikal berbakat tetapi tidak digilap sepenuhnya.
Beliau berkata, kekurangan pendedahan serta sokongan daripada pelbagai pihak menyebabkan ramai pelumba berbakat memilih jalan raya sebagai medan mempamer kebolehan sehingga menggadaikan nyawa sendiri... juga orang lain!
Katanya, antara sebab yang mematahkan impian Mat Rempit untuk menyertai pertandingan profesional adalah kekangan kewangan untuk membeli motosikal yang sesuai untuk perlumbaan di litar selain kelengkapan pakaian perlumbaan yang agak mahal.
"Pada pandangan saya, usaha menangani masalah rempit seperti tangkapan tidak memberikan impak yang besar buat mereka (Mat Rempit ).
"Lebih baik mendekati mereka dan fahami minat sebenar dalam bidang permotoran. Ini adalah langkah bijak bagi membendung permasalahan ini," katanya yang turut berpendapat hanya pakar motosikal saja yang boleh memahami jiwa Mat Rempit.
Ditanya mengenai peranan dan usaha persatuan itu dalam mengatasi kemelut Mat Rempit , Shahrol Yuzy berkata, Prorider turut menjadi `suara' dan menggilap pelapis pelumba motosikal berbakat menerusi program Akademi Sukan Bermotor.
Kata Shahrol Yuzy, setakat ini persatuan itu berjaya menganjurkan beberapa siri perlumbaan litar Cub Prix, termasuk menganjurkan bengkel untuk mencungkil bakat baru dalam sukan permotoran berkenaan.
Sambutannya, kata Sharol Yuzy, memberangsangkan. Pada satusatu program yang dijalankan, pihaknya menerima kira-kira 1,000 permohonan namun hanya boleh menerima 100 peserta terawal.
"Keadaan ini membuktikan jika Mat Rempit diberi saluran yang betul, mereka tidak akan berlumba secara haram lagi," katanya yang kini mempunyai kelab motosikal sendiri, Yuzy Racing Team yang dianggotai enam anak muda berbakat dalam sukan lumba motosikal berusia antara 13 dan 14 tahun.
Ketika dihubungi, beliau berkata, kerajaan juga perlu menimbangkan untuk mewujudkan satu lagi litar lumba yang dirasakannya strategik iaitu di Bukit Jalil, selain mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram
Azhanyzam berpendapat, pembinaan litar lumba di Bukit Jalil berhampiran Kuala Lumpur mungkin mampu mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di jalan raya ibu kota.
“Kalau di Bukit Jalil, dekatlah sikit berbanding Sepang. Mereka ini tak mahu tempat yang jauh. Sekiranya kerajaan sudah menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti dan kalau mereka masih lagi berlumba haram di luar, kenakan sahaja tindakan tegas terhadap mereka.
“Tindakan merampas motosikal bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya akan mengundang jenayah lain seperti mencuri motosikal. Kita kena tahu kebanyakan mereka ini datang dari keluarga bermasalah serta hidup dalam kemiskinan,” katanya.
Azhanyzam juga berpendapat, tindakan undang-undang yang lebih ketat harus meliputi pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman pembelian motosikal bagi mereka yang disabitkan kesalahan.
TheSuparman
Masih anda ingatkah litar lumba Shah Alam dahulu yang terkenal dengan Mick Doohan dan lain-lain. Selain itu litar di Batu Tiga itu memberi platform untuk mat rempit berlumba pada hujung minggu. Litar tersebut di musnahkan oleh Khir Toyo dan memberi peluang kepada Lebar Daun untuk membina kawasan perumahan baru. Sekarang anda dapat melihat bandar Anggerik ini dipenuhi oleh Mat Rempit setiap malam dan menjadi sesak dan tidak selamat. Kenapa tidak membina litar trek yang baru untuk mereka berlumba dengan kos yang kecil? Saya amat membenci bila melihat dataran Shah Alam dipenuhi oleh mat rempit dan membuat bising sesuka hati. Munkin mereka menjadi begitu kerana tidak mempunyai tempat berlumba yang sah atau memang mat rempit lebih baik langgar pokok aje, aah lupakan ajalah tentang Shah Alam kalau anda merasakan Shah Alam tidak memerlukan perubahan……..
- Saudara Musang, Minat kepada sukan permotoran memang baik jika mempunyai kemampuan dan kewangan yang stabil. Saya sendiri berminat dengan motor dan mempunyai motor. Tetapi untuk menjadi pelumba motosikal bukan murah dan mudah. Jika bersungguh menjadi pelumba motosikal maka harus mempunyai usaha ke arah itu. Ramai yang patah pinggang, kudung kaki dan hilang upaya kerana merempit. Apa akan jadi kepada masa depan mereka? Mereka yang berminat haruslah menyertai kelab-kelab motor sedia ada atau menubuhkan kelab motor baru. Uruskan mengikut lunas undang-undang termasuk bila mahu berlumba. Saya percaya jika dibuat mengikut undang-undang maka Polis tidak ada masalah membenarkan jalan raya tertentu ditutup sekali sekala untuk menjadi trek lumba seperti dalam pertandingan cub prix. Malahan melalui kelab lumba juga, mereka boleh memohon kebenaran polis untuk berlumba di kawasan tertentu yang sesuai. Cuma kebanyakan (saya katakan kebanyakan, bukannya semua) bukan berminat untuk menjadi pelumba dalam erti kata sukan. Sebaliknya mereka hanya berminat berlumba untuk mendapat "habuan" tertentu dan sebagai satu jalan menentang undang2 dan pihak berkuasa. Saya tidak ada masalah dengan mereka yang ingin berlumba sebagai satu bidang sukan. Malah mungkin saya boleh menyokong mana-mana kelab motor yang berhasrat meminta jalan tertentu ditutup pada malam minggu untuk kegiatan berlumba. Namun ia harus diadakan secara profesional termasuk mempunyai pegawai kesihatan dan sebagainya. Jika mereka hanya ingin berlumba atas jalan raya untuk menunjukkan siapa yang hebat, gah dan jaguh dalam menyusahkan pengguna jalan raya lain dan menentang undang2 saya rasa ia sangat tidak patut kita menggalakkan anak muda kita ke arah tersebut. Sebab itu saya suka membezakan antara mereka yang merempit dengan pelumba yang tulen. Saya bersetuju mungkin kerajaan boleh melakukan lebih baik dalam mengawal selia keinginan berlumba motor ini dengan cara yang sihat.
SHAHROL YUZY- bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP)
"Malaysia saja ada Mat Rempit" - Shahrol YuzyMUNGKIN ada benarnya kata-kata bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Shahrol Yuzy Ahmad Zaini yang tidak menolak bahawa di negara ini saja berlaku masalah perlumbaan motosikal haram.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Penunggang Motosikal Profesional Malaysia (Prorider) berpendapat, di negara luar seperti Thailand dan Indonesia tidak pula mempunyai kelompok Mat Rempit jalanan disebabkan faktor kesesakan lalu lintas di negara berkenaan yang mungkin menyukarkan aktiviti haram berkenaan.
"Apatah lagi di negara Eropah yang langsung tidak wujud istilah lumba motosikal haram.
"Berbeza pula di negara ini.Generasi muda termasuk mereka yang seawal usia 16 tahun berani menjadikan jalan raya sebagai medan untuk berlumba serta melakukan aksi merbahaya," katanya sambil mengatakan ada saluran yang boleh mencungkil bakat sebenar pelumba untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan.
Shahrol Yuzy berkata, negara ini sebenarnya mempunyai ramai pelapis pelumba motosikal berbakat tetapi tidak digilap sepenuhnya.
Beliau berkata, kekurangan pendedahan serta sokongan daripada pelbagai pihak menyebabkan ramai pelumba berbakat memilih jalan raya sebagai medan mempamer kebolehan sehingga menggadaikan nyawa sendiri... juga orang lain!
Katanya, antara sebab yang mematahkan impian Mat Rempit untuk menyertai pertandingan profesional adalah kekangan kewangan untuk membeli motosikal yang sesuai untuk perlumbaan di litar selain kelengkapan pakaian perlumbaan yang agak mahal.
"Pada pandangan saya, usaha menangani masalah rempit seperti tangkapan tidak memberikan impak yang besar buat mereka (Mat Rempit ).
"Lebih baik mendekati mereka dan fahami minat sebenar dalam bidang permotoran. Ini adalah langkah bijak bagi membendung permasalahan ini," katanya yang turut berpendapat hanya pakar motosikal saja yang boleh memahami jiwa Mat Rempit.
Ditanya mengenai peranan dan usaha persatuan itu dalam mengatasi kemelut Mat Rempit , Shahrol Yuzy berkata, Prorider turut menjadi `suara' dan menggilap pelapis pelumba motosikal berbakat menerusi program Akademi Sukan Bermotor.
Kata Shahrol Yuzy, setakat ini persatuan itu berjaya menganjurkan beberapa siri perlumbaan litar Cub Prix, termasuk menganjurkan bengkel untuk mencungkil bakat baru dalam sukan permotoran berkenaan.
Sambutannya, kata Sharol Yuzy, memberangsangkan. Pada satusatu program yang dijalankan, pihaknya menerima kira-kira 1,000 permohonan namun hanya boleh menerima 100 peserta terawal.
"Keadaan ini membuktikan jika Mat Rempit diberi saluran yang betul, mereka tidak akan berlumba secara haram lagi," katanya yang kini mempunyai kelab motosikal sendiri, Yuzy Racing Team yang dianggotai enam anak muda berbakat dalam sukan lumba motosikal berusia antara 13 dan 14 tahun.
Presiden kelab motosikal Kelab RD, Azhanyzam Zakaria
Presiden kelab motosikal Kelab RD, Azhanyzam Zakaria pula berpendapat langkah kerajaan itu baik, namun masih belum mencukupi untuk membendung gejala mat rempit. Ketika dihubungi, beliau berkata, kerajaan juga perlu menimbangkan untuk mewujudkan satu lagi litar lumba yang dirasakannya strategik iaitu di Bukit Jalil, selain mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram
Azhanyzam berpendapat, pembinaan litar lumba di Bukit Jalil berhampiran Kuala Lumpur mungkin mampu mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di jalan raya ibu kota.
“Kalau di Bukit Jalil, dekatlah sikit berbanding Sepang. Mereka ini tak mahu tempat yang jauh. Sekiranya kerajaan sudah menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti dan kalau mereka masih lagi berlumba haram di luar, kenakan sahaja tindakan tegas terhadap mereka.
“Tindakan merampas motosikal bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya akan mengundang jenayah lain seperti mencuri motosikal. Kita kena tahu kebanyakan mereka ini datang dari keluarga bermasalah serta hidup dalam kemiskinan,” katanya.
Azhanyzam juga berpendapat, tindakan undang-undang yang lebih ketat harus meliputi pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman pembelian motosikal bagi mereka yang disabitkan kesalahan.
TheSuparman
Masih anda ingatkah litar lumba Shah Alam dahulu yang terkenal dengan Mick Doohan dan lain-lain. Selain itu litar di Batu Tiga itu memberi platform untuk mat rempit berlumba pada hujung minggu. Litar tersebut di musnahkan oleh Khir Toyo dan memberi peluang kepada Lebar Daun untuk membina kawasan perumahan baru. Sekarang anda dapat melihat bandar Anggerik ini dipenuhi oleh Mat Rempit setiap malam dan menjadi sesak dan tidak selamat. Kenapa tidak membina litar trek yang baru untuk mereka berlumba dengan kos yang kecil? Saya amat membenci bila melihat dataran Shah Alam dipenuhi oleh mat rempit dan membuat bising sesuka hati. Munkin mereka menjadi begitu kerana tidak mempunyai tempat berlumba yang sah atau memang mat rempit lebih baik langgar pokok aje, aah lupakan ajalah tentang Shah Alam kalau anda merasakan Shah Alam tidak memerlukan perubahan……..
Semua kerajaan negeri dan kerajaan tempatan disaran menyediakan kemudahan litar lumba sebagai kaedah terbaik membanteras gejala “Mat Rempit” atau lumba haram di kalangan golongan muda yang semakin berleluasa sekarang. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ketiadaan litar lumba dan kemudahan seumpamanya adalah antara penyebab mengapa remaja suka berlumba di jalan raya hingga membahayakan pengguna lain.
“Kebanyakan Mat Rempit ini terdiri daripada golongan anak muda yang amat meminati sukan permotoran. Kerana tidak ada litar lumba bersesuaian, mereka tidak ada pilihan selain berlumba di jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya melalui kemudahan litar lumba itu juga boleh membantu mengembangkan minat remaja untuk berlatih dan menjadi pelumba motosikal profesional negara. “Sebelum litar lumba Sepang, terdapat dua litar iaitu Batu Tiga di Shah Alam dan Pasir Gudang di Johor Baharu, menjadi tempat peminat dan pelumba kenderaan terutama motosikal meneruskan minat mereka dalam suasana yang selamat dan mengikut peraturan,” katanya. Beliau berkata dua litar itu menjadi tumpuan kerana menawarkan yuran pendaftaran yang murah berbanding Litar Antarabangsa Sepang yang mengenakan yuran pendaftaran mahal dan tempoh tempahan yang lama. Azalina berkata semua pihak perlu memandang positif cadangan menyediakan litar lumba yang sah dan mendapat sokongan daripada pelbagai industri permotoran. Menurutnya perlumbaan di litar boleh mendedahkan remaja kepada teori dan teknik pengendalian motosikal daripada jurulatih profesional. Terdahulu, Azalina merasmikan pameran Motosikal Antarabangsa Asia (AIME) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini yang diadakan bersempena dengan Kejohanan Grand Prix Dunia MotoGP Polini di Litar Antarabangsa Sepang akhir minggu ini. Pameran empat hari itu yang terbesar di rantauAsia mempamerkan pelbagai model motosikal berkuasa tinggi termasuk motosikal rekaan sendiri oleh beberapa pereka motosikal rakyat tempatan dan luar negara.
“Kebanyakan Mat Rempit ini terdiri daripada golongan anak muda yang amat meminati sukan permotoran. Kerana tidak ada litar lumba bersesuaian, mereka tidak ada pilihan selain berlumba di jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya melalui kemudahan litar lumba itu juga boleh membantu mengembangkan minat remaja untuk berlatih dan menjadi pelumba motosikal profesional negara. “Sebelum litar lumba Sepang, terdapat dua litar iaitu Batu Tiga di Shah Alam dan Pasir Gudang di Johor Baharu, menjadi tempat peminat dan pelumba kenderaan terutama motosikal meneruskan minat mereka dalam suasana yang selamat dan mengikut peraturan,” katanya. Beliau berkata dua litar itu menjadi tumpuan kerana menawarkan yuran pendaftaran yang murah berbanding Litar Antarabangsa Sepang yang mengenakan yuran pendaftaran mahal dan tempoh tempahan yang lama. Azalina berkata semua pihak perlu memandang positif cadangan menyediakan litar lumba yang sah dan mendapat sokongan daripada pelbagai industri permotoran. Menurutnya perlumbaan di litar boleh mendedahkan remaja kepada teori dan teknik pengendalian motosikal daripada jurulatih profesional. Terdahulu, Azalina merasmikan pameran Motosikal Antarabangsa Asia (AIME) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini yang diadakan bersempena dengan Kejohanan Grand Prix Dunia MotoGP Polini di Litar Antarabangsa Sepang akhir minggu ini. Pameran empat hari itu yang terbesar di rantau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERIKAN KOMEN BERNAS ANDA TENTANG PENULISAN SAYA INI(CUMA TULIS DAN HANTAR)