THIS BLOG IS WRITTEN IN "MALAYSIAN" LANGUAGE SOMETIMES MIXED WITH ENGLISH DEPENDS ON THE TOPIC POSTED.
FOR ALL THE VIEWER@READERS THANK YOU FOR YOUR SUPPORT FOR VISITING THIS BLOG

-AJAK MUSANG-( >_<)V

AJAK MUSANG RACING TEAM PAST & PRESENT SLIDESHOW SCROLL DOWN FOR STORY

Rabu, 31 Mac 2010

MODEL EKONOMI BARU & IMPAK PADA GOLONGAN REMPIT

Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lapan inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada: 
  • Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
  • Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan       kepada pekerja asing;
  • Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
  • Memperkukuhkan sektor awam;
  • Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
  • Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
  • Meningkatkan sumber pertumbuhan;
  • Memastikan pertumbuhan yang mapan. 
Modal Ekonomi baru dah dilancarkan PM kita menggantikan Dasar Ekonomi baru yang selaras dengan vision negara untuk jadi negara maju menjelang 2020,nak jadi negara maju bukan senang nak di capai berdasarkan makna negara maju tu sendiri.Negara maju adalah sebutan untuk negara teknologi tinggi dan ekonomi yang merata.(Maksud merata tu bermakna semua rakyat mempunyai pendapat yang tinggi dan tiada yang ketinggalan)
Oklah kat semua ni komen secara formal yang aku tulis,aku nak "hi-light"kan kat sini apa kesannya kat mat rempit dgn pembaharuan yang PM kita buat ni. PM berjanji yang semua golongan tidak akan ketinggalan dgn MEB ni means golongan rakyat yang di gelar "mat rempit"@ "samseng jalanan" @ macam2 gelaran pun tetap rakyat Malaysia yang akan kena impak juga. So dari apa yang aku fikirkan jika betul kita nak tolong menjanakan MEB ni sepatotnya langkah yang menyeluruh patut dirangka untuk golongan belia terutamanya.Ini kerana golongan belia ni adalah akar umbi untuk kepimpinan masa depan.Jadi pendekatan yang harus aku rasa ditekankan layanan sama rata untuk setiap belia di Malaysia tanap mengira darjat,perbezaan tahap pendidikan dan latar belakang.Semua ini harus digerakkan sekarang melalui macam2 program yang menuntut golongan pemimpin mendekati setiap golongan yang terutamanya mat rempit ni.(Sebab ni blog yang menyentuh isu mat rempit so akan diulas lebih untuk mat rempit) 

Persoalannya disini apa yang boleh mat rempit ni sumbang dalam menjayakan MEB ni.

1. PEMBANGUNAN MODAL INSAN 

Modal insan disini bermaksud kita boleh meningkatkan pendapatan golongan ini dengan menyalurkan minat mereka kearah yang betul.Disini bermaksud jika mereka minat pada perlumbaan ,kita seharusnya sokong minat mereka dgn membina tempat yang boleh dan mampu untuk mereka belajar dan berlatih untuk berlumba.Definasi berlumba ini bukan semata2 kita bersaing sahaja akan tetapi bole juga di kembangkan dengan freestyle,drag race. & drifting.jika kita lihat di negara maju semua yang aku sebut tadi menjadi 1 kerjaya dan setiap aksi mereka dibayar dan setiap pertandingan mereka diberikan bermacam liputan media yang menarik minat pelaburan dari luar bidang permotoran untuk menaja mereka.Ini secara tak langsung akan menambah pendapatan negara.Rite?? Bole nampakkan dah sikitkan apa sumbangan golongan rempit yang minat dunia permotoran ni pada MEB.Ini sebenarny a boleh di kaitan dgn MEB yang ingin melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi.
Selain itu kita boleh menjadikan tempat yang khas "one stop center" macam post aku yang sebelum ni "http://ajakmotor.blogspot.com/2010/03/1-stop-centre-for-all-1-malaysia-racer.html" sebagai hub untuk melatih mekanik yang berkemahiran tinggi,mekanik ni kita bole beri pendedahan menyeluruh dan profesional supaya dgn minat yang mendalam yang mereka ada ini boleh mendatangkan manfaat kepada sukan permotoran negara.Berikan mereka peluang dgn membuatkan perjanjian seperti bola sepak yang bole kita berikan macam2 insentif,sebagai contoh kita jadikanlah mana2 pasukan ternama dari pelbagai jenis sukan permotoran di negara maju separti F1 team,daytona race,motogp,Touring car,ralli dunia,paris dakar n macam2 perlumbaan bertaraf dunia.Bayangkan jika seorang di hantar berapa banyak kita bole timba ilmu dari pasukan2 bertaraf dunia ni.


Bukan senang kita nak dapat peluang ni jika xda dorongan dari pihak atasan yang boleh menyuara dan menunaikan hasrat ni.kalau di lihat secara pandangan ekonomi kita boleh mendapat modal insan yang betul2 bertaraf dunia,selain itu kita juga boleh meletakkan nama malaysia di setiap pasukan didunia.Bannga kan rakyat Malaysia?? siapa yang akan di kenali nanti?? Malaysia kan?? PM kita kan?? pelabur2 pun akan yakin pada kita kerana kita sudah bolehg buktikan yang kita pun boleh bersaing dgn mereka.

Tapi semua ini mestilah bermula di negara sendiri dahulu dengan mermula menyedikan tempat khas untuk golongan ini buktikan bakat dan minat mereka di peringkat tempatan dulu.Lepas mereka dah boleh di ketengahkan nanti kita bole lihat akan ramai membuka mata.MENTALITI SANJUNG BILA DAH BERJAYA kena kita ubah.Bila org dah berjaya barulah macam2 kita buat lepas tu sejuk je..Ni x menunjukkan mereka x ikhlas n benar2 berjuang untuk menjayakan sesautu perkara ,semua di buat kerana agenda @ nak mencapaikan NKRA negara.sepatotnya berterusan dan berkesinambungan dari generasi ke generasi.Sama seperti negara maju yang buat sesuatu perkara dan perancangan amat2 menyeluruh dan jangka masa 100tahun akan datang.

2. MENJANA EKONOMI MELALUI PEMINAT DUNIA PERMOTORAN

Jika kita lihat negara maju setiap sukan yang mereka anjurkan pastikan penuh stdium @ litar @ venue tempat mereka anjurkan pertandingan.Negara kita pun boleh sebenarnya akan tetapi masih kurang menyeluruh dari segi penganjuran dari pihak penganjur,kurang tempat khas yang benar2 untuk berlumba dan berlatih.Yang dah ada kat mnalaysia ni pun hanya cubprix yang dibuat dijalan2 awam .
Bayangkan kalau disediakan tempat khas disetiap negeri,kita sediakan tempat duduk berbayar dan selesa untuk mereka tonton dan mesra keluarga.Bayangan berapa banyak kita boleh dapat dari penganjuran aktiviti seperti ini sekiranya ada tempat khas disetiap negeri.tempat2 sebegini pasti tidak akan kosong sekiranya pihak yang menguruskan tempat macam ni X PENTING DIRI SENDIRI KENAKAN CAJ YANG MENGARUT.Niat 2 kena betulbila ada tempat macam ni jangan digelapkkan dgn duit semata2 ,semua ini boleh dip[antrau dengan ada nya AUDIT bulanan dan SPRM sebagai org yang mengawasi.Secara tidak langsung kan mewujudkan peluang kerja baru untuk mat rempit ni.Mereka pasti suka berkerja di tempat berkaitan dengan mereka.Bak kata org dolu2 "org mengantuk disorongkan bantal" bukan org mengantuk dibedalkan dengan penyapu..=) 

Konklusinya semua benda aku luahkan ni xkan jadi kenyataan if xda org yang ada kuasa & dipilih rakyat & TUHAN untuk mewakilkan mereka untuk meyampaikan apa hasrat gologan rempit ni.Kalau perlu wujudkan 1 kementerian khas atau cabang khas untuk menangani isu ini ke arah yang lebih positif ,kalau ada menteri khas pun lebih bagus.Ini isu negara ,jika dibiarkan tanpa penyelesaian isu ini tidak akan selesai hingga berkurun lamanya..PERCAYALAH!!

 Saksikan kehadiran penonton di setiap race cubprix,bayangkan sekiranya ada trek yang baik dengan tempat duduk di setiap negeri,secara tidak langsung akan menjadikan sukan permotoran ini aktiviti keluarga seperti JOM HEBOH ,disamping menjana pendapatan negeri melalui sewaan tapak perniagaan dan tiket yang mesra peniaga dan penonton dengan harga yang berpatotan.PERNAH KE KITA SEMUA FIKIR YANG DATANG NI KEBANYAKAN MAT REMPIT.mereka ada minat akan tetapi xda yang guide & beri mereka peluang yang mudah.Bantulah golongan ini.Jika orang luar datang untuk buat show kita boleh sediakan macam2 untuk mereka ,masakan anak tempatan kita biarkan terbiar dan dihina,dikutuk,dipandang negatif..akan tetapi bila dah berjaya BARULAH ORG SANJUNG SETINGGI2NYA.MANA SILAPNYA?? BAK KATA PEPATAH "ANAK KERA DI HUTAN DISUSUKAN SIAP BG SUSU DUMEX PLUS,ANAK KAT RUMAH SATU APA PUN TAK BAGI..MATI KELAPARAN"

FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI PEMBACA BLOGKU INI,SAMA2 KITA BANGKIT PERJUANGKAN HAK KITA & GESA ORANG YANG ADA KUASA NI BERTINDAK,JANGAN TAHU MAKAN SHARE,MENGAYAKAN KRONI2 SENDIRI ....INGAT MEREKA DIPILIH UNTUK "WAKIL" RAKYAT.BUKAN "MAKAN" RAKYAT.




4 ulasan:

  1. kita senada..
    jom gasak lagi bagi dapat trek kat KL!!

    BalasPadam
  2. sy amat2 bersetuju dgn saudara... stakat skarang, fokus hanya diberi kpd sukan prestasi tggi.. sepatutnya, dr awal lg dh klasifikasikan sukan permotoran ni dalam sukan prestasi tggi d mana rider diberi penghormatan sewajarnya dan layak dipertimbangkan sbg olahragawan @ olahragawati negara berdasarkan rekod dan pencapaian.. syg betul.. kita slalu x sedar akan kelebihan sendiri... asyik nk puji org lain ja sedangkan ramai yg terbaik dan terhebat di dalam negara sendiri... sbg cth: azlan shah kamaruzzaman pernah menang beberapa pusingan d GP Japan.. apa pengiktirafan yang dia dapat?? sapa yang pegi sambut dia d airport??? sadis.. berat sebelah... tiada penghargaan.. diorang berlatih di litar sepang.. rsnya menteri belia dan sukan pn x penah turun tgk, x kenal rider2 nie dan x tahu apa yg telah mereka capai d luar negara... sepatutnya, penghargaan perlulah sama rata sbb diorang still bwk nama negara Malaysia.. betul apa yg saudara ckp kan.. sbnrnya, ramai bakat2 terbaik yg ada d luar sana... cuma x d beri peluang utk digilap dengan segala kemudahan serta latihan yang baik dan sempurna... bila kita bercakap, yg d atas tue lgsg x ambil port.. maklumlah... siapalah kita.. insan kerdil.. n bg diorang, "kita apa tauuu"... baguslah... smp bila nk stick dgn mentaliti sebegitu..

    BalasPadam
  3. betol apa yang encik tanpa nam berikan pendapat..sememangnya ahli politik kat atas tu cuma pentingkan populariti dari buat kerja untuk bantu rakyat..dah pilihan raya baru nak gunakan mat rempit..bagi macam2 janji pastu habuk pun xda..diaorang kaya bertambah2 kaya..biarlah tuhan hisab dorang nanti..kira usaha je kearah yang baik..kita berjuang je..sampai kita bersatu n bersuara kitamintak apa kita mahukan..biar kononnya org pembuat keputusan ini buka mata n tahu siapa kita..

    BalasPadam
  4. bagus btol la blog ni..... fight for youngster... tq otai2.. sy sbnarnya more to rally,tp yg buat sy rasa kecil ati sbb nape kerajaan xnk support junior2 yg muda ni.. dah tu dok taja driver luar negara ja... so bakat remaja m'sia xkan kemana2 laa.... ishhhh!!

    BalasPadam

SILA BERIKAN KOMEN BERNAS ANDA TENTANG PENULISAN SAYA INI(CUMA TULIS DAN HANTAR)