THIS BLOG IS WRITTEN IN "MALAYSIAN" LANGUAGE SOMETIMES MIXED WITH ENGLISH DEPENDS ON THE TOPIC POSTED.
FOR ALL THE VIEWER@READERS THANK YOU FOR YOUR SUPPORT FOR VISITING THIS BLOG

-AJAK MUSANG-( >_<)V

AJAK MUSANG RACING TEAM PAST & PRESENT SLIDESHOW SCROLL DOWN FOR STORY

Jumaat, 12 Mac 2010

SHAH ALAM INTERNATIONAL CIRCUIT (R.I.P.)

Trek Shah Alam dalam kenangan....


LITAR Batu Tiga Shah Alam tidak lagi gamat dengan deruman dan kebingitan bunyi enjin kereta dan motosikal yang menyertai perlumbaan seperti tahun 1970-an dan 80-an lalu. Kini, tempat itu bakal menjadi legenda apabila tapaknya dimajukan untuk satu projek perumahan komersial.

Apa yang jelas Litar Batu Tiga akan tinggal kenangan dalam lipatan sejarah bukan saja kepada pelumba yang pernah beraksi di situ tetapi ahli keluarga yang anak mereka terkorban kerana kemalangan di litar berkenaan.

Catatan sejarah hitam pada April 1977 membabitkan enam kanak-kanak terbunuh apabila pemandu kereta, Harvey Yap yang menyertai perlumbaan terbabas dan melanggar sekumpulan penonton yang menyaksikan perlumbaan Grand Prix Malaysia.

Ia adalah nahas paling ngeri dalam sejarah lumba kereta kerana turut mencederakan 23 orang. Empat daripada kanak-kanak itu mati di tempat kejadian.

Sebenarnya, kelahiran Litar Batu Tiga, sebuah litar terbaik di Asia Tenggara ketika itu adalah sebuah perjuangan panjang Kelab Sukan Motor Malaysia (MMSC). Litar itu menjadi kenyataan apabila persatuan berkenaan memohon tanah dengan kerajaan Selangor ketika Allahyarham Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor.

BEKAS litar Batu Tiga Shah Alam kini dalam proses
pembinaan projek perumahan.

Bagi memajukan bidang permotoran negara dan memenuhi minat mendalam rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya pada perlumbaan itu, kerajaan Selangor bersetuju dan mengenal pasti kawasan Sungai Renggam, Batu Tiga untuk menjadi tapak trek.

Tapak litar itu asalnya sebuah kawasan hutan dara selain ada penduduk tempatan menjalankan ternakan di situ.

Kos pembinaan litar sepanjang 3.4 kilometer itu kurang dari sejuta ringgit ketika itu tetapi kerana kehadirannya ketika minat mendalam orang ramai dalam bidang permotoran, pihak swasta turut menghulur bantuan untuk menyediakan kemudahan di litar itu.

Persatuan Perlumbaan Motor Shah Alam (Samra) yang ditubuhkan pada 1978 adalah pihak yang diberi tanggungjawab menganjur dan mempromosikan litar berkenaan. Sultan Selangor merasmikan pembukaan litar itu pada 1967 dan kejohanan pertama diadakan di situ ialah Sirkit Tuanku Abdul Rahman pada September 1967.

Pelumba dan pengurus perlumbaan dari luar negara yang meninjau pembangunan litar itu mengakui Litar Batu Tiga sebuah trek yang terbaik di Asia Tenggara dan kedua terbaik selepas Jepun di Asia. Malah ada sesetengah pemandu mengatakan litar itu antara yang terbaik di dunia.

Selain litar itu menjadi gelanggang perlumbaan motosikal dan kereta, litar itu pernah menjadi tempat perlumbaan jalan kaki bagi orang buta Malaysia.

Selepas agak lama terbiar, kedudukan litar itu tersepit. Walaupun ada pihak yang memperjuangkan ‘Selamatkan Litar Batu Tiga’ tetapi kerajaan Selangor berpendapat membiarkannya bukan suatu tindakan bijak.

Walaupun litar itu meninggalkan nostalgia tersendiri khususnya kepada mereka yang pernah beraksi di litar berkenaan, tetapi dengan pembangunan pesat di sekelilingnya, ‘tanah emas’ itu tidak boleh dibiarkan.

Tambahan pula kerajaan negeri dikatakan menanggung kerugian kira-kira RM5 juta setahun untuk penyelenggaraan dan kos lain. Jalan yang terbentang luas ialah menswastakannya.

Kumpulan Lebar Daun adalah syarikat yang akan memajukan tanah kerajaan negeri di situ. Untuk kawasan Batu Tiga, syarikat itu dikatakan akan membangunkan D’kayangan, sebuah projek pembandaran.

Bila tengok map trek ni teringat lah zaman-zaman aku mula2 pergi trek..umur berapa aku xtao.tapi masa aku sampai trek ni macam ada 1 semangat yang kuat rider2 yang nak cuba untuk menonjolkan bakat masing2 baik dalam berlumba @ modified motor.Banyak kenangan dah berlaku kat trek ni,sepatotnya trek ni dikekalkan as warisan negara.Max Biaggi menang world title pertama dia kat sini,Valentino Rossi 1st debut dia pun kat sini masa 2 bawak 125cc je.Tapi apakan daya menteri lagi berkuasa...huhu

Trek ni jugak banyak memgajar ajak motor racing berkembang dari perlumbaan cubprix ke litar,disebabkan lumba di trek lagi murah kos dari cubprix,tumpuan ajak motor racing lebih tertumpu pada trek selepas kos nak masuk cubprix makin tinggi.


Gambar ni memang exclusive posted kat blog ni je.

Gambar kat atas adalah exclusive tok pembaca blog ni sebab yang rider motor ni adalah ajak musang sendiri.Masa ni  trek baru je dibina.Tgk grand stand pun tao dah. Trek ni banyak jugak melahirkan rider2 baru trek.Rider paling aku suka adalah Arwah Arip (Al-Fatihah) sebab dia memang berani giler.Pandai baca machine.Masa zaman arwah ajak motor tumpukan pada race Suzuki Panther,setting panther ni x susah sgt sebab piston besar n cc pun dah 150.Puas hati jugak la arwah dapat buat nama dgn bawak panther.Seronok sgt setiap kali race mesti arwah ada placing kalo dia x jatuh atau motor rosak.

Arwah Arip n Jebon (Pole position masa ni)

Zaman ni arwah arip kira 1 batch dgn Sariman,Wong Wai Teng,Bo,Mi mata satu,Shahrul yuzy.Seingat aku masa ni memang fight2 Sariman dgn Yuzy.Masing2 bawak RXZ,tiap2 kali race mesti nama dorang je naik podium.(Aku mintak maaf la if ada nama tak disebut) Masa ni banyak rider2 baru naik,aku suka sgt macam seorg yang di gelar "mat rempit" turun berhabis duit & mencurahkan segala keringat n masa n duit tok dapatkan tempat dan nama dalam race kat sini.Aku rasa trek ni diroboh memang sgt2 x patutlah,kalo trek ni ada n digunakan sebaik mungkin ditambah pengurusan yang cekap,banyak event2 n benda boleh dibuat.Aku memang betul2 frust trek ni dirobohkan.Golongan kelas pertengahan n pendapatan rendah pun bole guna trek ni kalo dgn nak lepas gian.
Berbalik pada zaman Trek Shah Alam ni,lepas zaman arwah arip,Ajak Motor banyak bertukar rider lepas 2.Tp xda yang betul2 boleh buat nama n placing.Aku sendiri dah x berapa ingat sapa rider lepas 2.Tapi lepas x bertukar-tukar rider.Ajak Motor Racing dah jumpa sorang rider yang betul2 dedikasi untuk berlumba.Kami gelar di Putong.(Akan di cerita di post seterusnya)
Apa2 pun aku nak luahkan rasa x puas ati n harap sgt menteri besar lepas pilihan raya setrusnya ni akan binakan sebuah trek yang x berapa besar or hampir sama mcm shah alam yg x berapa jauh dr KL bg menarik minat pelumba2 yang kelas bawahan boleh berlumba n dpt kurangkan isu mat rempit.Isu ni bole diselesaikan kalau ada 1 tempat "one stop centre" untuk mereka tunjuk bakat dgn harga yang x mahal n jauh mcm sepang.2la harapan aku semoga TREK SHAH ALAM YANG "BARU" AKAN DIBINA..(aku akan buat group untuk kita sama2 sokong n kita mintak PM kita pertimbangkan,aku yakin golongan muda mesti suka!!!!
Gambar2 kenangan Trek Shah Alam



10 ulasan:

  1. Hu hu... Batu 3 dalam kenangan.. tempat tergolek lagikan dikenang eheh..!

    BalasPadam
  2. sentiasa dikenang jom kita meramaikan group tok kita sokong bina trek ganti shah alam

    BalasPadam
  3. Saya ada mengiklankan blog ini dlm MBC.
    saya harap lebih ramai akn mnyertai gagasan untk pmbinaan smula trek ini.
    sprti yg dimulakan oleh bro ajk.

    smoga terlaksana!
    insyaAllah

    BalasPadam
  4. Terima Kasih kerana menyokong blog ni dah jangan lupa kita sokong group untuk tuntut bina semula trek yang bole kita racing dgn sama mcm shah alam dulu

    BalasPadam
  5. kita melangkah ke depan>> bukan ke belakang>>>>>>>>

    BalasPadam
  6. melangkah ke depan dengan tujuan wahai en.tanpa nama..bukan melangkah kosong tanpa megambil endah sejarah masa lalu..sejarah masa lalu yang membuatkan kita lebih baik dan maju

    BalasPadam
  7. bro.gua pn ada kenangan kekal kt trak bt3 ni. sampai sekarang.bila tgk jer kat cermin.boleh nampak parut kat punggung kiri dan kanan gua ni. maklum ar..zaman awal 90an dulu race pakai seluar jeans jer.hehehe. tp trak tu mmg best.mcm2 kenangan pahit manis dan kelakar kt situ.album lu ni bikin darah gua naik semangat semula. sama mcm masa nak masuk gate kt trak bt3 tu dulu.

    BalasPadam
  8. Biasalah tu ..yang race pun dapat race macamana apatah aku yang race,buat motor & naikkan nama2 anak buah di Batu Tiga ,terkenang2..Sekarang aku cuba untuk menaikkan nama baru ,di sepang pula..lepas sepang akan ke arena cub prix..AJAK MOTOR akan cuba melangkah & naik semula di trek..i.Allah..

    BalasPadam
  9. sampoi moto racing team ayus work n arwah fahmi...kampung medan jalan klang lama

    BalasPadam

SILA BERIKAN KOMEN BERNAS ANDA TENTANG PENULISAN SAYA INI(CUMA TULIS DAN HANTAR)