THIS BLOG IS WRITTEN IN "MALAYSIAN" LANGUAGE SOMETIMES MIXED WITH ENGLISH DEPENDS ON THE TOPIC POSTED.
FOR ALL THE VIEWER@READERS THANK YOU FOR YOUR SUPPORT FOR VISITING THIS BLOG

-AJAK MUSANG-( >_<)V

AJAK MUSANG RACING TEAM PAST & PRESENT SLIDESHOW SCROLL DOWN FOR STORY

Isnin, 20 Mei 2013

AJAK MUSANG KEMBALI MENULIS 2013

Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera 1 Malaysia

Alhamdulillah diberikan kesempatan pada 2013 ni untuk menaip semula..lama sangat dah ni tak update post dek kerana sibuk dengan tugas harian (dulu banyak masa time ada bengkel moto) sekarang ni dah banyak uruskan bisnes lain.Tapi hal permotoran ni masih dihati..tak pernah luntur..

Baru-baru ni dapatlah siapkan Motor anak buah buat sedap pakai nak konvoi..Feedback dari anak buah motor ok tiada apa masalah sepanjang konvoi. Motor laju dan mereka selamat sampai dan pulang dengan senyuman lebar dimuka =)

Dah lama tak menaip ni banyak dah benda-benda dah berlaku..aku dapat menantu,dapat cucu, ex rider aku Putong Janggut dah naik podium dengan team baru dia..Tahniah diucapkan.




Aku tengok dan perhatikan sejak isu litar yang dibangkitkan pada tahun 2012 lepas isu tu senyap je..apa pun usaha yang dijalankan sahabat aku Eric Draven @ Awi ( https://www.facebook.com/okrcombination ) di ARC (Alternative Riding Club) pada tahun 2012 cukup hebat melalui SELANGOR MOTOR RACE(SMR)



Kategori yang dibuat dan semua aspek adalah mesra rider low cost, trek walaupun tak dapat main ditrek "Negara" ber prestij tinggi tapi semua anak muda sahut cabaran.

Kali ni SMR dah masuk tahun ke 2 ,sponsor pun dah mula masuk.Aku yakin kedua ni pasti lebih menarik dan dari race ni akan menjadi platform sebenar pelumba kos rendah ini akan menyinar.

Apa yang aku rindukan adalah deruan kelajuan motor 2 stroke di litar besar dan panjang macam Batu Tiga Shah Alam dahulu, Walaupun tak releven tapi dengan motor 2 stroke ini masih menjadi platform untuk anak muda di eropah belajar selok belok berlumba.

Seperti mana Red Bull Rookies cup diadakan setiap tahun, mereka masih menggunakan motosikal 2 stroke ini.Mustahil dan tidak munasabah jika kita dimalaysia dengan masing-masing tidak berkemampuan besar untuk beli motor Honda CBR 250 mahupun Kawasaki 250 4 stroke yang berharga PULUHAN RIBU Ringgit dan dikorbankan untuk menjadi motor untuk berlumba (GILA!!!)

Jadi jika dibuat semula dan dibenarkan motor-motor seperti 125Z,RXZ ,SUZUKI PANTHER,YAMAHA TZM & KAWASAKI KIPS 150 dibenarkan berlumba semula adalah amat bagus dan digalakkan.

Kerana motor-motor ini tidak memerlukan modal yang amat tinggi untuk tujuan perlumbaan dan setiap model motorsikal ini mempunyai daya tarikan tersendiri.

Paling menarik perhatian aku adalah model RXZ ,model evergreen yang tidak akan lapuk walaupun dah 29 tahun dipasaran Malaysia.Motosikal ini mempunyai sejarah dah tarikan tersendiri jika dijadikan sebuah EVENT WAJIB tiap bulan di Litar SEPANG.

Harap dengan Menteri baru kita YB Khairy Jamaluddin ni dapatkan realisasikan dan bagi kejutan elektrik pada penganjuran terutama KBS yang ingon menarik minat golongan muda tak kita apa pun latar belakang.ADAKAN SEMULA RACE @ STROKE DI LITAR SEPANG!!!!

SEBAGAI PERMULAAN JADIKAN RXZ SEBAGAI IKON DALAM MENARIK SEMUA RXZ OWNER DATANG KE SEPANG BAGI BERLUMBA SECARA SIHAT ,HALAL DAN MAMPU.

JOM SEMUA ANAK MUDA MAHUPUN OTAI YANG MASIH ADA..KITA TUNTUT HAK KITA,LITA SEPANG BUKAN MILIK KRONI TAPI MILIK RAKYAT SEBENARNYA..

p/s - SAPE2 ADA TWITTER bolehlah kita tuntut perkara ini,jangan kita asyik ditindas & tak didengar.
      TWEET kat sini ---->>>  https://twitter.com/Khairykj



RACING IS THE MATTER OF SPIRIT NOT STRENGTH!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERIKAN KOMEN BERNAS ANDA TENTANG PENULISAN SAYA INI(CUMA TULIS DAN HANTAR)