THIS BLOG IS WRITTEN IN "MALAYSIAN" LANGUAGE SOMETIMES MIXED WITH ENGLISH DEPENDS ON THE TOPIC POSTED.
FOR ALL THE VIEWER@READERS THANK YOU FOR YOUR SUPPORT FOR VISITING THIS BLOG

-AJAK MUSANG-( >_<)V

AJAK MUSANG RACING TEAM PAST & PRESENT SLIDESHOW SCROLL DOWN FOR STORY

Khamis, 19 April 2012

JAWAPAN DARI MENTERI BELIA & SUKAN TENTANG ISU KAMI MAHU LITAR GANTI BATU 3 SHAH ALAM!!

 
 
 
 
INI JAWAPAN DARI 2 SIRI BERITA SEBELUM INI..DS SHABERY DAH BAGI JAWAPAN MACAM NI..KITA GUNAKAN PELUANG INI SEBAIKNYA..TAPI STATEMENT LITAR PERCUMA TU SALAH!! KAMI MAHU LITAR SELAIN SIC..KEMBALIKAN BATU 3..KAMI BOLEH KELUAR DUIT TAPI KAMI MAHU GUNAKAN LITAR HI SPEED SEPUAS KAMI..BUKAN 2 JAM JE SEHARI!!

JANGKA PENDEK KITA BOLEH MINTA KBS SAPORT RACE2 YANG TERKUBUR..TERUTAMA MSS YANG TIADA KATEGORI 250 KE BAWAH & 2 LEJANG..

PEMBANGUNAN AKAR UMBI BERMULA DARI MOTOR 250CC KEBAWAH KALAU X MASAKAN RED BULL ROOKIES CUP MASIH GUNA 125CC 2 LEJANG.
 
CONTOH BOLEH KITA TENGOK ZULFAHMI SEBAGUS SEKARANG DENGAN MOTOR APA?? TEMPAT DIA BERLATIH KAT MANA?? SEMUA CUKUP LENGKAP..TEMPAT BERLATIH ADA..INI BUKAN CAKAP KOSONG TAPI BERDASARKAN PENGALAMAN..GUNA OTAK LA WAHAI PEMIMPIN ATASAN..JANGAN KERJA NAK LOBI NAK GLAMER NAK GUNA MAT REMPIT..CUKUP2LAH MEMBODOHKAN BUDAK-BUDAK NI...


POLITIK KO KAYA DUNIA JE KALAU KO X BETUL2 IKHLAS..AKHIRAT NNTI KO MISKIN..JANGAN JADI BODOH..FIKIR2KAN..
 
RACING IS THE MATTER OF SPIRIT NOT STRENGTH!!!!

Selasa, 17 April 2012

REALITI MAT REMPIT DI BERITA TV9


MEREKA JUGA MANUSIA BIASA YANG ADA CITA-CITA ADA KEMAHUAN & TUJUAN HIDUP MASING2.JIKA BETUL CARA MEREKA DIBENTUK & DISALURKAN KEMAHUAN MEREKA AKAN MEMBERI KEBAIKAN PADA AGAMA,BANGSA & NEGARA.. JANGAN MELABEL MEREKA & PANDANG NEGATIF MEREKA..TANYA DIRI ANDA..ADAKAH ANDA KENAL MEREKA SECARA DALAMAN?? SELAMA INI KITA HAN...YA KENAL DARI SEGI LUARAN DARI PANDANGAN PIHAK POLIS & PAKAR2 MOTIVASI & SEBGAINYA..ADALAH PIHAK LUAR INI FAHAM APA KEMAHUAN MEREKA?? KITA TAK PERNAH SELAMI APA YANG MEREKA MAHU..KITA HANYA TAHU MENCARI KESALAHAN & TUMPU PADA MASALAH BUKAN MENCARI JALAN PENYELESAIAN JANGKA PENDEK & JANGKA PANJANG.. FIKIR2KAN ANDA DIMANA DAHULU SEBELUM MENILAI MEREKA...BUKAN NIAT MEREKA UNTUK MEMBESAR SEBAGAI REMPIT..

TOLONG MEREKA INI CARI JALAN PENYELESAIAN BUKAN MENUNDING JARI SALAHKAN MAK BAPAK..ORANG KELILING..PENGARUH RAKAN SEBAYA BLA BLA BLA..TERLALU KLISE..DEKATI MEREKA & FAHAM APA MEREKA MAHU...BERIKAN KEMUDAHAN..

SIC TIDAK RELEVAN LAGI DALAM MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG BAWAHAN..

Sabtu, 24 Mac 2012

ALTERNATIVE RIDING CLUB

Assalamualaiukum...

Lama dah rasanya aku x mengarang untuk blog ini kerana tuntutan kerja & tanggungjawab harian.
Disebabkan dah setahun aku tak terlibat dalam apa apa race sepanjang tahun 2011 aku RINDU dengan suasana RACE DAY ...aku hanya mampu lihat keputusan & siaran langsung diTV.

Tapi pada tahun 2011 aku mendapat panggilan dari golongan yang MASIH KUAT & CINTAKAN DUNIA PERMOTORAN..Eric Draven @ awi telah menghubungi aku untuk mencetuskan idea permotoran untuk golongan bawahan..


http://networkedblogs.com/vynCl

Walaupun mereka di naungi oleh kerajaan Nergeri Selangor sekarang ia tidak menjadi masalah bagi aku asalkan niat murni mereka dipandang secara positif semua pihak.

Niat https://www.facebook.com/#!/pages/Alternative-Riding-Clubarc/180860871925553 ini adalh sangat murni bagi sebab mereka perjuangkan hak pelumba bawahan yang perlukan tempat yang sepatutnya untuk rakyat kita nikmat "LITAR BESAR " = SIC untuk menyerlahkan bakat & keiniginan pelumba bawahan.

Semakin hari golongan pelumba bawahan ni ditindas & dipinggirkan..bukan semua pihak mampu untuk .Kes Abol kena "halau" SIC.Contoh paling terdekatlah..Apa semua ni?? dulu sekali pernah kena SAMPAI ROBOH TREK BATU 3,SHAH ALAM!!

Time nak menaikkan nama semua panggil MAt rempit ni tp bila nak bela nasib??? xda xda langsung!

Sedih dengan situasi yang golongan muda kita hadapi sekrang kalau nak harapkan SIC yang dibina dengan duit rakyat tp dah macam hak milik mutlak org kelas atasan...

Kat mana golongan muda ni nak pergi?? JALAN RAYA?? MATI KATAK??

Nak harapkan Cub prix..siapa mampu?? x semua mampu..x semua boleh keluar duit yang banyak nak lawan dengan team yang ada sponsor besar..pulangan x semewah mana..Walaupun ada privateers category tp mereka hanya main di jalan yang pendek & bukan hi speed track...berbeza dengan race di hi speed track..LAIN SANGAT!!

Tertarik dengan status FB ni...ini reality SIC sekrang..

Dear friends, if you have RM 20,000,000.00 and don't know where to spend, please... help us build proper race track to replace Sepang and I will wash your dishes and do your dirty laundry for the next 20 million years ♥

For those who don't know, Sepang International Circuit does not have open trackday listed in their 2012 calendar as of now and that means we need RM50,000 to rent the track which we don't have so some of us end up racing on public roads. some of us get killed, some break legs while the rest of us stay home and do crossword puzzle. so, if you're rich and you love motorsports, this the least you could do and it's definitely gonna be bigger and better than Sepang International Circus, maybe smaller in size but you will be remembered in the historybook of motorsports!

see that tiny petronas banner in the picture? imagine you have your own race track, thousands of people coming in and out, and the ability to hang your banner at any size you want because you own it. that could be good eh? plus you don't need to worry about your dishes and laundrys for 20 million years!

RACING IS THE MATTER OF SPIRIT NOT STRENGTH

Selasa, 12 April 2011

SUPERM0T0 MALAYSIA!!!

Salam semua,

Di atas permintaan ramai, Kelab Supermoto dgn kerjasama Scramriders.com membawakan kepada anda perlumbaan yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dan mendapat pengiktirafan daripada AAM dengan status "National".

Berdasarkan kepada kejayaan penganjuran perlumbaan "Scramriders.com Supermoto Championship 2010", kali ini kami menjanjikan perlumbaan yang lebih menarik dengan kehadiran beberapa pasukan seperti KTM Malaysia Racing, KL One Racing, Pyoorr Garage Motorsports, Demak Factory Racing dan banyak lagi.

Adakah Abdul Wafi mampu mempertahankan kejuaraan tahun lepas?? Kita hanya mampu untuk melihat persembahan mereka sehingga penghujung tahun 2011.

Malaysian Supermoto Championship 2011
ini akan diadakan sebanyak 8 pusingan dia 4 venue yang berbeza. Tarikh-tarikh perlumbaan tersebut seperti berikut:

Date + Venue


Round 1: 26th February - 27th February (Official Launching), Elite Speedway.
Round 2: 2nd April - 3rd April, Sepang Go-Kart.
Round 3: 30th April - 1st May, TBA.
Round 4: 25th June - 26th June, TBA.
Round 5:  30th July - 31st July, TBA.
Round 6: 17th September - 18th September, TBA.
Round 7: 28th October - 29th October, TBA.
Round 8: 26th November - 27th November, TBA.


Track for 2011

1. Elite Speedway, USJ.
2. Go Kart Track, Sepang.
3. Dato' Sagor Track, Pasir Salak.
4. Malacca International Motorsports Circuit.



Note:

1. No license required for the 1st round.
2. License (AAM/MAM) is compulsory starting from 2nd round.
3. International riders are allowed but must have an approval from their respective body (e.g Spore = SMSA).


Segala pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh melayari laman Facebook di: http://http://www.facebook.com/pages/Malaysian-Supermoto-Championship/156328081062221

NEW ERA F0R NEW C0MERS..

TERKINI 13 APRIL 2011

GeMS Moto Cub Prix Selangor..kami akan menekankan konsep MESRA kos,.kategori motor 1. 116cc,130cc & 150cc (4T) 2. 125 cc (2T)..modification sama mcm cub prix tapi utk kategori 4T komponen GEARBOX,MAGNETO & IGNITION wajib ASAL/PRODUCTION/STANDARD.,hanya kategori 125cc 2 STROKE bebas sama mcm setting cub prix 

 12 APRIL 2011
Setelah dia war2kan oleh abol dalam MBC forum yang race untuk moto di bawah 150cc 2 lejang akan di mansuhkan..perkara ni mmg memberi impak pada anak muda yang ingin mencuba nasib serta meminati sukan permotoran berkuasa rendah ...tapi apa kan daya CE0 pun asalnya bukan dari dunia motor..lebih pada kete n race2 yang untuk 0rang2 kaya..

ini k0men dari ab0l


Berita terkini!!!!! sebelum tu saya nak minta maaf awal2 kepada yang dah buat motor dan ambil lesen MAM or AAM.


Tadi saya pegi satu majlis terjumpa CEO Sepang, sebab dah ramai yang bertanya rider sms dari perlis sampai ke Johor., di MBC pun ramai yg PM.

"saya tanya bila nak bagi kompemkan kita punya slot. Dia jawab Bikerz tak Berminat, bila masa pula saya kata saya tak berminat. Lepas tu, saya jawab dari bulan 1 saya tanya dengan pihak SIC, last2 ini jawapanya. Kompem dengan saya pun tidak, pandai2 saja kata Bikerz tak minat. Last Year bukan main lagi merayu2 sebab tak ada orang nak race dekat SIC.

29/november/2010 sehari selepas MSS last round, selepas Ajak Musang and the geng kecoh dan hantar surat bantahan sebab Tuan CEO sendiri yang cakap nak tamatkan Riwayat Underbone dan RXZ, kips kat Sepang ketika meeting bersama rider. Tuan CEO call saya, kata sila infom budak-budak Bikerz Cup, dia memberikan 1 tahun lagi(2011) untuk motorsikal rxz dan underbone beraksi di sepang selepas 2011 semua kena tukar ke full chasis 4-stroke bike nak ikut standard motogp katanya. Rider yg terbaik akan masuk selection wild card moto3.

Korek punya korek, Tuan CEO terlepas cakap kata diorang nak buat proggram pembinaan moto3 menggunakan HONDA 250cc yg baru. Perancanganya SIC akan beli 16 buah dari Honda dan sewakan dengan rider2 yang mampu.
Bagi saya oklah juga proggram ni, saya dah pernah bincang antara Pihak Honda (mr. rodney), Tuan CEO Dato Razlan dan Bikerz Magazine untuk menggunakan honda cbr 250cc, dalam mss.

Sebulan lagi nak race,Saya wakil Bikerz minta maaf banyak sangat2 kepada yang dah beli motor baru, dah buat motor dan lesen untuk perlumbaan tahun ini. Track tu, bukan saya yang punya, jadi kepada rider2 kalau pihak SIC mengatakan saya yang batalkan Bikerz Cup untuk tahun ini, memang tak masuk akal.

Ini juga luahan2 mereka di facebook:

http://www.facebook.com/login/setashome.php?ref=genlogin#!/topic.php?uid=293903234635&topic=15843 

BERITA GEMBIRA AKAN DIUMUMKAN BUAT RIDER2 YANG KURANG MAMPU,1 KEJ0HANAN SEUMPAMA CUBPRIX AKAN DIADAKAN DI SEKITAR SELANG0R AKAN DIADAKAN TAHUN INI..YANG PASTI PENGGUNAAN MAGNET RACING & GEARB0X RACING TIDAK DIBENARKAN DIDALAM RACE INI..BERMAKNA RACE INI AKAN TERTUMPU PADA KEKUATAN PELUMBA SEMATA2..

SEGALA PERATURAN TERPERINCI AKAN DIUPDATE TIDAK LAMA LAGI...SAYA SELAKU PENASIHAT TEKNIKAL RACE INI AKAN CUBA MEMBERI INF0 SECEPAT MUNGKIN..INSYA ALLAH... 


 RACING IS THE MATTER 0F SPIRIT N0T STRENGTH 

Selasa, 14 Disember 2010

AJAK MOTOR @ AJAK MUSANG CURRENT & EX- RIDERS

 THE HALL OF FAME

ZAKI MISMAN @ PUTONG JANGGUT
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000750022498
YAMAHA RXZ

NIZAM CHENON (RIDER PARANG)

YAMAHA 125Z

YAMAHA 110SS & YAMAHA 125

BAHTIAR ISA (BELLA)
bella:belakang (kiri ajak musang)
  YAMAHA 110SS


NALIE
http://www.facebook.com/album.php?id=100000612286767&aid=27328#!/nazrie.khalam
YAMAHA 110SS

FAISAL YAHYA
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000864173257#!/profile.php?id=100001102214388
YAMAHA 110SS,YAMAHA RXZ,SUZUKI PANTHER


MAZLAN KHAMIS
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001421091374#!/profile.php?id=100001855527470&sk=wall
Mazlan khamis : kanan ajak musang (uniform)
YAMAHA RXZ & 125Z


SHARIMAN HJ MUSA 
YAMAHA RXZ & 125Z


WONG WAI TENG(ELYAS WONG)
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001421091374#!/profile.php?id=1182853852
CUB CROSS & YAMAHA 110SS



ARWAH ARIP
YAMAHA RXZ & SUZUKI PANTHER

SYED KABEER(KUPPANG)
http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100000866004530

YAMAHA RXZ,YAMAHA 110SS,YAMAHA SPORT 100

ARWAH SYED ABDUL HILLAR (KERANG)

YAMAHA RXZ,YAMAHA 110SS,YAMAHA SPORT 100


ROSMAZA RAMLI
 http://www.facebook.com/album.php?id=100000864173257&aid=5553#!/profile.php?id=100000751884372

YAMAHA RXZ

PASUKAN-PASUKAN YANG PERNAH DIBERI TAJAAN 

SHELL YAMAHA TAKONG MOTOR
MAXOIL RACING (BATU TIGA SHAH ALAM)


MAXOIL RACING TEAM


MEREKA SEMUA BERBAKAT & MEMPUNYAI KESUNGGUHAN DI DALAM DUNIA PERMOTORAN INI.KEBANYAKAN RIDER2 MASIH ADA ,ADA YANG SUDAH MEMPUNYAI PERNIAGAAN & PASUKAN SENDIRI.AKU TUMPANG BANGGA & BERSYUKUR MELIHAT MEREKA BERJAYA.

INSYA ALLAH GENERASI BARU AKAN MENJELMA LAGI..ZAMAN KEGEMILANGAN AJAK MOTOR @ AJAK MUSANG AKAN BERTERUSAN.

"RACING IS THE MATTER OF SPIRIT NOT STRENGTH"
















Selasa, 30 November 2010

REVIEW SEASON 2010 AMRT IN MSS

Tahun 2010 adalah tahun kemunculan semula AJAK MOTOR RACING TEAM @ nama baru AJAK MUSANG RACING TEAM..Team yang asasnya amat kecil bajet untuk berlumba.memodalkan sebuah Yamaha RXZ team bermula untuk mencari setting yang sesuai & kompetatif untuk bersaing dengan mereka yang lebih berpengalaman berlumba di Litar Sepang.

Pada awalnya kami menyangkakan kategori "Production Bike" masih ada untuk MSS 2010,akan tetapi kategori baru telah diwujudkan oleh penganjur iaitu mencampurkan motorsikal 150cc (2lejang) & 250 (4 lejang) di dalam 1 kategori  iaitu BIKERS CUP A.



Walaupun perubahan   kategori ini terjadi AMRT menyahut cabaran setidak2nya memberi persaingan untuk motosikal lebih tinggi CC nya.Berbekal pengalaman yang ada pada aku  & rider yang dikira belum khatam dengan machine aku sejak tutupnya Litar Batu Tiga Shah Alam,kira 7 tahun jugalah.


Secara keseluruhan lepas 6 pusingan walaupun keputusan tidak berapa memberansangkan ,kedudukan 10 terbaik adalah di kira baik untuk tahun pertama.Bersaing dengan Kawasaki KIPS yang sememangkan tidak dinafikan laju kerana kelebihan dari segi coolant & monoshock.Nak rider & team yang masuk tu dah biasa main KIPS mmg aku akui susah sikit nak kejar.

Apa dapat aku rumuskan dari 2 segi untuk tahun ni.1st moto..2nd rider.
Motor

Secara keseluruhan moto rxz tu dah alami evolusi banyak setting sentiasa berubah serta machine pun aku x dapat buat secara maksimum sebab kekangan bajet,sebab aku pun dah xda bengkel macam dulu,lepas tu kekangan tempat untuk setting motor.Trackday pun 2jam je hari biasa pulak tu.So mana yang aku dah ada pengalaman & kongsi idea dengan anak aku yang beri pendapatan secara teori dalam setting & style modfied block baru.kira boleh lah moto aku pergi.Motor rxz tahun ni masih banyak belum dibuat..belum maksimum..aku rasa keupayaan motor tu hanya aku dapat buat 60% sahaja.Banyak lagi yang boleh dibuat.

Rider

Pada pendapat aku rider aku walaupun dah bertahun dengan aku dia masih  banyak lagi untuk belajar,tapi xpalah lagi pon dia dah cuti "bersalin 7 tahun" baru nak aktif balik.Apa2 pun dia cepat sesuaikan diri dengan litar cuma kekurangan dia cara dia baca machine aku kurang faham sikit cara dia komen.(pening gak la memikirkan) tapi xpalah itu semua boleh di improve untuk tahun2 mendatang.apa pun aku bangga dengan pencapaian dia yang overall top 10 rider2 yg join MSS Bikers Cup.


Tahun ni juga ramai crew2 baru yang dah ditrain untuk mereka belajar keadaan sebenar menjadi pit crew racing team.Ada yang boleh jadi crew & ada yang screw.Apa pun kesungguhan budak2 muda ni aku suka tengok & ajar supaya 1 hari nanti mana tahu dorang akan ada team sendiri (kebanyakan anak buah aku yang lama dah jadi sparing aku 2010 ni dah ada team sendiri) aku tumnpang bangga sebab team dorang lebih berjaya dari team aku.

Kat sini aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung,yang menyumbang wang ringgit,keringat & masa mereka untuk menyokong pasukan AJAK MUSANG RACING TEAM.Semoga sokongan mereka yang terlibat ni berpanjangan & berterusan untuk tahun2 mendatang.

Semoga semangat anak muda & belia kita ni yang betul menunjukkan semangat setia kawan untuk mencapaikan 1 matlamat team ini untuk menjadi yang terbaik berterusan selagi hayat di kandung badan.insya Allah...


 SEHINGGA BERTEMU LAGI UNTUK MUSIM 2011......

"RACING IS THE MATTER OF SPIRIT NOT STRENGTH"











Sabtu, 27 November 2010

PETISYEN BANTAHAN KEPADA PIHAK PENGANJUR MALAYSIAN SUPER SERIES 2011 & YANG BERKENAAN.


Merujuk kepada perkara di atas ,tujuan penulisan petisyen ini adalah untuk membantah keputusan pihak penganjur yang ingin memansuhkan penggunaan motosikal berkuasa rendah iaitu merujuk kepada motosikal berkuasa 150cc ke bawah (2 lejang & 4 lejang).

Melalui pengumuman yang telah dibuat oleh pihak penganjur bertarikh 27 November 2010,pihak penganjur akan memansuhkan perlumbaan untuk kategori Bikers Cup A & B (Rujuk penerangan) dan akan ditukar ke kategori baru yang memerlukan pasukan atau peserta mempunyai motosikal 250cc ke atas untuk menyertai perlumbaan tahun 2011.

Untuk makluman pada tahun 2010 penganjuran kategori juga telah diubah format yang berbeza berbanding tahun 2009 iaitu lebih banyak pecahan kategori yang telah dibuat.Pelbagai kategori yang ada sebagai contoh Kips 150 (hanya untuk motosikal berkuasa 150cc) ,Production bike ( Yamaha  Rxz 135cc & Yamaha 125z 125cc) dan pelbagai lagi kategori yang boleh diserta berlainan motosikal.Sambutan juga amat mengalakkan (Rujuk senarai nama pelumba tahun 2009 ke bawah pada laman sesawang Sepang Circuit).

Pada tahun 2010 akibat daripada perubahan kategori perlumbaan serta yuran penyertaan yang meningkat naik.Penyertaan telah berkurangan,serta  kurang mendapat sambutan.Akan tetapi perkara pokok yang perlu dilihat adalah perubahan kategori adalah punca utama penyertaan semakin berkurang.

Oleh kerana keputusan yang telah dibuat oleh pihak penganjur ini telah serta merta memperkecilkan serta membantutkan usaha peserta yang kurang berkemampuan untuk bergiat cergas didalam kategori perlumbaan yang lebih kecil kapasiti enjin.Ini kerana kos modifikasi untuk motosikal berkapasiti lebih rendah adalah lebih murah serta mudah untuk didapati sumbernya.Secara tidak langsung sekiranya kategori ini dikekal akan menarik minat lebih ramai golongan belia yang tidak mempunyai hala tuju berlumba diluar untuk berlumba secara sah dilitar.

 Adalah secara realitinya memiliki motosikal berkuasa lebih tggi dari 250cc yang sedia maklum mahal harganya di pasaran , kos ini pula tidak termasuk kos modifikasi untuk sesebuah motosikal yang mencapai berlipat kali ganda dari harga motosikal itu sendiri.Jika diperhatikan mereka yang menyertai perlumbaan Malaysian Super Series untuk kategori motosikal yang lebih lecil ini dari golongan muda yang berpendapatan rendah yang mempunyai minat yang tinggi untuk berlumba secara sah di litar.

Jika kategori motosikal lebih kecil dimansuhkan dimanakah hala tuju mereka ini? Cub prix? Tidak semua berkemampuan untuk menyertai Cub prix yang menelan belanja besar tanpa tajaan untuk menjelajah serata Malaysia.Litar lain? Berikan litar yang menganjurkan perlumbaan kapasiti kecil serta sesuai untuk motosikal seperti Yamaha 135 RXZ & Kawasaki 150 Kips & Yamaha 150 TZM & Yamaha LC135 .TIADA!.
Cukuplah penutupan Litar Batu Tiga Shah Alam yang dahulunya menjadi saksi zaman kegemilangan motosikal berkapasiti rendah berlumba secara sah.Kini timbul pula masalah baru di Litar yang kita banggakan dibina megah dan di kenali Dunia akan tetapi membunuh minat serta belia muda yang ingin berlumba secara sah di LITAR ANTARABANGSA SEPANG.Apakah ini tanggungjawab sosial yang dikatakan ramai untuk mengurangkan gejala MAT REMPIT di luar? Dengan membunuh secara senyap minat serta cita-cita belia kita.

Kebanyakan peserta tidak kisah pada jumlah hadiah kemenangan yang ditawarkan akan tetapi kepuasan yang dicari oleh peserta yang menyertai perlumbaan yang dianjurkan.Kita dapat lihat walaupun pihak penganjur menaikkan yuran penyertaan untuk tahun 2010 akan tetapi masih ada yang sanggup menyertai kerana minat serta motosikal yang digunakan adalah mampu milik serta tidak membebankan peserta.

Diharap petisyen ini diambil tindakan kerana perkara ini akan dipanjangkan ke pihak Kementerian Belia & Sukan serta pihak yang berkenaan.Jika perlu akan dibuat sidang media.Diharap perkara ini tidak berpanjangan hingga memburukkan nama LITAR ANTARA BANGSA SEPANG.

Kami tidak akan berdiam diri lagi untuk ditindas golongan yang tidak memahami situasi pelumba yang  kurang berkemampuan seperti kami.Tindakan lebih agresif akan dilakukan sekiranya hak kami tidak di bela oleh pihak yang diamanahkan untuk menganjur serta menyediakan prasarana bertaraf dunia.

“KURANGKAN MAT REMPIT ,BANYAKKAN JUARA DUNIA”


”KAMI MEMBANTAH KATEGORI MOTOSIKAL DI BAWAH 150CC DIMANSUHKAN”

Wakil peserta,pasukan yang menyertai.BIKERS CUP.

*Penerangan sebahagian dari Kategori perlumbaan 2010

Bikers Cup A
 Motosikal berkapasiti 150cc ke bawah (2lejang)
 Motosikal berkapasiti 250cc ke bawah (4lejang)

Bikers Cup B
Motosikal berkapasiti 150cc ke bawah (4lejang)

Penerangan lebih terperinci sila rujuk laman sesawang Sepang Circuit di bawah MSS.

Sabtu, 31 Julai 2010

AJAK MUSANG DESIGN 2010

Aku ambil projek sambilan ni asa side income sahaja...lagi pun owner motor ni anak buah aku kat tempat kerja..dia beli moto ni dari keadaan agak rentung @ togel la juga.Aku dah buat balik enjin & luaran moto ni..seminggu lebih jugalah..maklumlah aku pon ada kerja tetap nak buat.moto ni aku buat slow2..At last siap gaklah..dan hasilnya....

 
SIMPLE JE...UNTUK PAKAI ON THE ROAD JE NI....BUKAN UNTUK RACING PUN..=)

Ahad, 18 Julai 2010

MY RACING SUIT !!!!

THANKS TO BRO ZAINUREN KHALIL FOR THIS SUIT...NICE ONE!!!

ANY ONE WHO WANT TO RENT SUIT FOR TRACKDAY OR RACE DAY JUST GO TO THE LINK BELOW 
SESIAPA NAK SEWA SUIT RACING BOLEH TENGOK PADA LINK DIBAWAH
(DENGAN SYARAT MESTI KENA ADA FACEBOOK ACCOUNT UNTUK LIHAT)

MURAH SAHAJA CUMA RM60 SEHARI... 

http://www.facebook.com/photo.php?pid=31130955&id=1586463605#!/album.php?aid=2060292&id=1586463605


Rabu, 23 Jun 2010

THANKS TO ALL THE SPONSORS (till dated)

For the 2nd round of Malaysian Super Series our team are sponsored by individual & small amount of sponsorship to do some upgrading to our and one bike.

THANKS TO :

PERSONELS:

-PUTONG JANGGUT AND HIS WIFE & FAMILY
-MY FAMILY
-PUTONG JANGGUT AND THE CREWS@SCREWS (SORRY TO NOT MENTIONED THE NAMES)
-DOJEK : OWNER MOTO MY (MOTO SPARE YANG BANYAK BERJASA SEPANJANG RACE)
-TO ALL THE BUYERS OF OUR TEAM SHIRTS
-MAN KG BARU (OUR BIKE COLOUR)


COMPANYS:
 OWNER : ANGAH KAJANG

OWNER : ZAINUREN KALIL

TO ALL WHO INTERESTED TO GIVE A SPONSORSHIP EVEN RM50 WE WILL ACCEPT IT....AS LONG AS THE SPIRIT WILL GO ON...

THANK YOU AGAIN FOR ALL THE SPONSORSHIP....WE WILL TRY OUR BEST TO PROVE THAT WE ARE CAPABLE EVEN WITH SMALL BUDJET..

* sapa2 nama xda aku sebut ,minta maaf sangat2..penhargaan secara umum aku ucapkan..penghargaan akan diteruskan memlalui post2 lain..

"RACING IS THE MATTER OF SPIRIT NOT STRENGTH"

Ahad, 16 Mei 2010

INGIN MENJADI PELUMBA?

erminat menjadi pelumba? Berikut beberapa langkah yang anda perlukan untuk membabitkan diri dalam dunia sukan pemotoran.
LANGKAH 1: TELEFON AAM ATAU MAM
Langkah pertama untuk memperoleh lesen perlumbaan adalah menghubungi AAM Motorsports melalui Talian Umum AAM iaitu 03-7622 8000 atau MAM (MotorSports Association of Malaysia) di talian 03-7622 8000. Kakitangan AAM/MAM akan memberi nama, nombor telefon, dan alamat panel doktor AAM/MAM yang terdekat kepada anda.
LANGKAH 2: JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN
Bagi menjadi pelumba, anda harus mempunyai kesihatan yang baik. Justeru, selepas memperoleh maklumat mengenai panel doktor AAM/MAM, anda harus membuat pertemuan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
LANGKAH 3: SERTAI KELAB BERDAFTAR AAM
Selepas lulus ujian pemeriksaan kesihatan, anda perlu menjadi ahli salah satu kelab berdaftar AAM. Di situ, pegawai kelab berdaftar AAM berkenaan akan memberi anda bimbingan mengenai proses seterusnya.
Senarai kelab berdaftar AAM:1. Johor Motor Club 07-252 1313 2. Kelab Kart Selangor & Wilayah Persekutuan 03-7729 0725 3. Kelab Sukan Motor Perlis 03-4270 9748 4. MotorSports Association of Malaysia 03-7622 8000 5. Penang Motorsports Club 04-226 0355 6. Persatuan Kart Motosikal Kedah 012-933 5124 7. Kedah Motor Sports Club 04-733 8653 8. Kelab Kart Wawasan Kuala Lumpur 012-2100069 9. Langkawi Motorsports Club 012-4000165 10. Sarawak Automotive Racing Sport Association 019-8277866 11.Motorcyclist Association of Federal Territory & Selangor 03-7785 2400 12. Royal Perak Motor Club 05-547 7007 13. Kelab Sukan Bermotor Intergrasi 012-4000165 14. Kelab Sukan Bermotor Maju Sepangor/W. Persekutuan 016-369 7782 15. Kelab Sukan Bermotor Litar Sepang 03-8778 2200
LANGKAH 4: LULUS UJIAN PENULISAN
Langkah terakhir sebelum memperoleh lesen perlumbaan ialah anda perlu lulus ujian penulisan yang perlu dilalui oleh semua pelumba. Jika gagal, anda perlu menduduki sesi tutorial dan ujian penulisan sekali lagi. Lesen perlumbaan hanya akan dikeluarkan selepas anda lulus ujian penulisan ini.
LANGKAH 5: SERAHAN DOKUMEN
Dokumen yang diperlukan untuk memohon lesen perlumbaan adalah seperti berikut:
1. Salinan lesen memandu RTD dan lesen memandu yang sudah diperbaharui (jika ada) 2. Salinan kad pengenalan/pasport 3. Salinan ahli kelab berdaftar AAM atau resit rasmi 4. 3 keping gambar saiz pastport (2 keping gambar tambahan bagi kategori lebihan) 5. Borang "A" AAM diperlukan bagi pendaftar di bawah umur 18 tahun 6. Bagi pemohon yang ingin memperbaharui lesen perlumbaan, mereka harus menyerahkan lesen perlumbaan AAM yang sudah tamat.

Issued by: Global PR Sdn Bhd
Copyright to: Safe Aim Mutual Sdn Bhd

FAKTA CUBPRIX MALAYSIA

TAHUKAH ANDA?



1.Juara Expert Paling Senior



Shahrun Nizam Tamin memegang rekod selaku pelumba paling senior dalam sejarah Cub Prix tanahair apabila memenangi gelaran Raja Expert ketika berusia 37 tahun. Dia memulakan karier perlumbaan pada tahun 1983 namun kejayaan hanya menyusul selepas 20 tahun beraksi dalam kejuaraan ini. Semangat tidak putus asa yang dimiliki Shahrun akhirnya memberi kejayaan manis buat dirinya apabila membawa pulang mahkota Expert pada musim 2003.  



2.Juara Expert Termuda



Norizman Ismail merupakan pelumba paling muda dalam sejarah Cub Prix yang pernah ditabalkan juara Expert. Pada tahun 2005, dia mencipta kejayaan besar itu ketika berusia 20 tahun dan 8 bulan.  



3.Cipta Kejayaan Pada Penampilan Sulung



Musim 1998 menyaksikan Mohd Faisal Yahya mencipta kejutan dalam saingan kelas Expert apabila memenangi gelaran keseluruhan pada penampilan sulung bersama pelumba ternama lain. Dia menyaingi nama-nama hebat seperti Chia Tuck Cheong, Abdul Halim Mohd Zahid dan Soong Chee Kieong namun kekurangan pengalaman  sedikitpun tidak mengugatnya untuk mengegar litar sekali gus mencipta kejayaan terbesar dalam kariernya.  



4.Juara Expert 4 kali



Rekod hebat M. Meganathan masih sukar di atasi oleh pelumba lain sehingga ke hari ini. Dia memenangi gelaran Expert pada dua musim berturut-turut dan mengumpul empat kejuaraan Expert sepanjang kariernya. Pelumba yang cukup dihormati ini memenangi gelaran Raja Expert pada musim 1994, 1995, 1999 dan 2000. Mega memulakan karier perlumbaan seawal musim 90an dan hanya bersara dari dunia Cub Prix pada tahun 2008.  



5.Cipta 2 Gelaran Berbeza Semusim



Tiada pelumba yang sehebat Chia Tuck Cheong sehingga kini. Dikenali sebagai 'Ko Lou' oleh komuniti Cub Prix, Chia berada pada satu tahap yang berbeza dengan pelumba lain. Chia memenangi gelaran Expert pada musim 2001 dan pada masa yang sama dijulang selaku juara bagi kategori SuperSports 600cc dalam Kejuaraan Asia Road Racing. Untuk rekod, Chia sudah mengumpul dua gelaran Expert dan dua gelaran SuperSports 600cc. 

 

6.Juara Tanpa Kemenangan



Dua pelumba, K. Sivanesan dan Muhd. Suhadi Ali Rahmat beraksi bijak dan mempamerkan tunggangan selamat sepanjang musim yang membolehkan mereka konsisten pada setiap pusingan. Sivanesan berjaya menaiki podium sebanyak 3 kali sepanjang lapan pusingan yang dipertandingkan sementara Suhadi menduduki 5 podium penamat dari 10 pusingan berlangsung. 



7.Memenangi gelaran pada musim gemilang



Memakai nombor '46' pada jenteranya, Ahmad Fazli Sham bagaikan memiliki aura juara dunia, Valentino Rossi. Dia mencipta rekod peribadi apabila memenangi peringkat perlumbaan paling banyak dengan kejayaan enam podium juara dari 10-pusingan pada musim 2007 



8.Catatan Hatrik



Selepas 14 musim, akhirnya seorang pelumba berjaya mencipta rekod dalam kelas Expert. Ahmad Fazli Sham merupakan pelumba pertama mencipta kemenangan secara hatrik apabila dia melakukan pada musim 2008 dengan memenangi perlumbaan di Kluang (Pusingan 2), Sepang Selatan (Pusingan 3) dan Kota Bahru (Pusingan 4). 



9.Paling banyak memenangi perlumbaan kelas Expert



Pelumba kelahiran Taiping, Ahmad Fazli Sham turut mencipta sejarah tersendiri dalam arena Cub Prix tanahair. Dia merupakan pelumba paling banyak memenangi perlumbaan dalam kelas Expert15 kemenangan keseluruhan. Pada 2006 dia memenangi empat peringkat perlumbaan diikuti 6 kemenangan musim berikutnya. Pada 2008, Fazli memenangi tiga gelaran juara sebelum musim lepas menambah dua lagi koleksi.



10.Pelumba menakluki mahkota Expert dua kali dalam jarak masa terpanjang.



M. Meganathan dan Ahmad Fazli Sham memenangi juara Expert dua kali berturut-turut manakala Chia Tuck Cheong menjuarai kategori Expert sekali lagi selepas empat tahun. Namun, Juara Expert 2002, Ahmad Fuad Baharudin membuktikan bahawa dia masih berbisa walaupun kini bersaing dengan ramai pelumba muda yang hebat-hebat belaka apabila dia muncul juara buat kali kedua selepas 7 tahun. 
Issued by: Global PR Sdn Bhd

Coyright to: Safe Aim Mutual Sdn Bhd

Jumaat, 14 Mei 2010

BERJIWA PEMENANG

Sedarilah bahawa kamu dilahirkan ke dalam dunia dengan potensi yang besar untuk menjadi seorang pemenang dalam hidup. Kamu mempunyai perlengkapan hidup yang sangat hebat berupa fikiran, kehendak bebas dan hati nurani. Pergunakanlah secara optimal.

Ingatlah selalu bahawa menjadi pemenang tidak bererti selalu menang, tapi tetap tenang ketika mengalami kegagalan dan tidak panik ketika mengalami kekalahan. Bagi seorang pemenang, kekalahan hanyalah sementara dan kegagalan hanyalah keberhasilan yang tertunda.

Pemenang dalam hidup adalah peribadi yang berani menghadapi kehidupan, tidak gentar menghadapi tentangan, tidak takut menghadapi kesulitan, tidak bergantung pada situasi, dan tidak dikalahkan oleh hal-hal negatif

Jadikan orang lain sebagai motivator, guru dan cermin yang baik. Belajarlah dari kejayaan dan kegagalan mereka. Jangan sombong kalau kamu lebih hebat dalam beberapa bidang dibandingkan dengan orang lain, dan jangan berkecil hati kalau kamu tidak setanding mereka dalam bidang lainnya.

Beranilah mengambil risiko, kerana banyak hal berharga dalam hidup ini yang harus diraih dengan keberanian. Kalau semua faktor sudah diperhitungkan, lakukanlah apapun yang dapat meningkatkan kualiti hidupmu.

Berfikirlah sebagai seorang pemenang. Fikiran adalah potensi dan kekuatanmu yang boleh membangun dan merosakkan hidupmu tergantung bagaimana kamu mengarahkannya. Arahkanlah selalu fikiranmu untuk memikirkan hal-hal yang mulia, yang benar, yang adil, yang penting dan yang membahagiakan.

Berkatalah sebagai seorang pemenang. Jadikan kata-kata positifmu sebagai alat untuk memberkat jiwamu, bukan untuk melemahkan. Lebih baik kamu berkata “Aku akan segera sembuh” daripada “Aku sudah bosan berubat tapi tidak ada hasil”. Atau, “Kalau hari ini aku tidak beruntung, masih ada hari esok” lebih baik daripada “Aku memang sedang sial hari ini!”

Bersikaplah sebagai seorang pemenang. Seorang pemenang akan bersikap aktif dan tidak pasif, rajin dan tidak malas, tidak mudah menyerah, jujur dan tidak bohong. Bila setiap hari kamu bertindak sebagai pemenang, kamu betul-betah melatih otot-otot jiwa menjdi otot seorang pemenang. Jangan biarkan jiwamu menjadi lemah sehingga kamu selalu mengalami kekalahan. Berusahalah terus untuk mengembangkan sifat-sifat seorang pemenang, seperti rendah hati, berani, berjiwa  besar, tekun, dsb. Hindari sifat-sifat pengecut seperti menyalahkan orang lain, egois, iri hati, sombong, mencari perhatian, dsb.

Bertekunlah untuk meraih apa yang kamu inginkan. Jangan mudah kecewa dan putus asa ketika menghadapi hambatan. Jangan menyerah dalam keadaan apapun. Orang-orang besar sepanjang sejarah telah membuktikan bahwa banyak hal yang sulit dan tampak tidak mungkin didobrak oleh ketekunan.

Hargailah dirimu. Perhatikan sikap, ucapan dan penampilanmu. Hanya setelah kamu bisa menghargai diri sendiri, kamu akan bisa menghargai orang lain. Dan ketika kamu menghargai orang lain, mereka pun akan menghargaimu.

Berusahalah untuk mengendalikan dirimu. Jadilah pemenang atas diri sendiri, maka kamu akan lebih mudah menjadi pemenang dalam lingkup yang lebih  luas. Sebagai contoh, jujurlah pada diri sendiri, kendalikanlah emosi, bersikaplah tenang, dan berdisiplinlah.

Beranilah mengalah untuk menang. Seorang pemenang tidak akan ngotot memenangkan perdebatan dan pertengkaran. Hanya orang berjiwa pengecut yang ingin memuaskan harga dirinya dengan kemenangan sementara.

Beranilah untuk berubah. Hidup yang berkemenangan ditandai dengan perubahan-perubahan ke arah yang lebih baik, lebih menyenangkan dan lebih berhasil. Jangan mengharapkan situasi atau orang lain yang akan mengubah hidupmu. Kamu sendiri yang bertanggung jawab memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidupmu.

Bergembiralah atas setiap kemenangan yang kamu raih. Ketika kamu berhasil melakukan apa yang sudah kamu rencanakan, ketika kamu berhasil mendisiplin diri, ketika kamu berhasil menyelesaikan konflik dengan baik, ketika kamu tidak lagi membohongi orang lain, dsb. Teruskanlah usahamu untuk menjadi pemenang dan nikmatilah banyak kejutan menyenangkan sepanjang hidupmu.