Merujuk kepada perkara di atas ,tujuan penulisan petisyen ini adalah untuk membantah keputusan pihak penganjur yang ingin memansuhkan penggunaan motosikal berkuasa rendah iaitu merujuk kepada motosikal berkuasa 150cc ke bawah (2 lejang & 4 lejang).
Melalui pengumuman yang telah dibuat oleh pihak penganjur bertarikh 27 November 2010,pihak penganjur akan memansuhkan perlumbaan untuk kategori Bikers Cup A & B (Rujuk penerangan) dan akan ditukar ke kategori baru yang memerlukan pasukan atau peserta mempunyai motosikal 250cc ke atas untuk menyertai perlumbaan tahun 2011.
Untuk makluman pada tahun 2010 penganjuran kategori juga telah diubah format yang berbeza berbanding tahun 2009 iaitu lebih banyak pecahan kategori yang telah dibuat.Pelbagai kategori yang ada sebagai contoh Kips 150 (hanya untuk motosikal berkuasa 150cc) ,Production bike ( Yamaha Rxz 135cc & Yamaha 125z 125cc) dan pelbagai lagi kategori yang boleh diserta berlainan motosikal.Sambutan juga amat mengalakkan (Rujuk senarai nama pelumba tahun 2009 ke bawah pada laman sesawang Sepang Circuit).
Pada tahun 2010 akibat daripada perubahan kategori perlumbaan serta yuran penyertaan yang meningkat naik.Penyertaan telah berkurangan,serta kurang mendapat sambutan.Akan tetapi perkara pokok yang perlu dilihat adalah perubahan kategori adalah punca utama penyertaan semakin berkurang.
Oleh kerana keputusan yang telah dibuat oleh pihak penganjur ini telah serta merta memperkecilkan serta membantutkan usaha peserta yang kurang berkemampuan untuk bergiat cergas didalam kategori perlumbaan yang lebih kecil kapasiti enjin.Ini kerana kos modifikasi untuk motosikal berkapasiti lebih rendah adalah lebih murah serta mudah untuk didapati sumbernya.Secara tidak langsung sekiranya kategori ini dikekal akan menarik minat lebih ramai golongan belia yang tidak mempunyai hala tuju berlumba diluar untuk berlumba secara sah dilitar.
Adalah secara realitinya memiliki motosikal berkuasa lebih tggi dari 250cc yang sedia maklum mahal harganya di pasaran , kos ini pula tidak termasuk kos modifikasi untuk sesebuah motosikal yang mencapai berlipat kali ganda dari harga motosikal itu sendiri.Jika diperhatikan mereka yang menyertai perlumbaan Malaysian Super Series untuk kategori motosikal yang lebih lecil ini dari golongan muda yang berpendapatan rendah yang mempunyai minat yang tinggi untuk berlumba secara sah di litar.
Jika kategori motosikal lebih kecil dimansuhkan dimanakah hala tuju mereka ini? Cub prix? Tidak semua berkemampuan untuk menyertai Cub prix yang menelan belanja besar tanpa tajaan untuk menjelajah serata Malaysia.Litar lain? Berikan litar yang menganjurkan perlumbaan kapasiti kecil serta sesuai untuk motosikal seperti Yamaha 135 RXZ & Kawasaki 150 Kips & Yamaha 150 TZM & Yamaha LC135 .TIADA!.
Cukuplah penutupan Litar Batu Tiga Shah Alam yang dahulunya menjadi saksi zaman kegemilangan motosikal berkapasiti rendah berlumba secara sah.Kini timbul pula masalah baru di Litar yang kita banggakan dibina megah dan di kenali Dunia akan tetapi membunuh minat serta belia muda yang ingin berlumba secara sah di LITAR ANTARABANGSA SEPANG.Apakah ini tanggungjawab sosial yang dikatakan ramai untuk mengurangkan gejala MAT REMPIT di luar? Dengan membunuh secara senyap minat serta cita-cita belia kita.
Kebanyakan peserta tidak kisah pada jumlah hadiah kemenangan yang ditawarkan akan tetapi kepuasan yang dicari oleh peserta yang menyertai perlumbaan yang dianjurkan.Kita dapat lihat walaupun pihak penganjur menaikkan yuran penyertaan untuk tahun 2010 akan tetapi masih ada yang sanggup menyertai kerana minat serta motosikal yang digunakan adalah mampu milik serta tidak membebankan peserta.
Diharap petisyen ini diambil tindakan kerana perkara ini akan dipanjangkan ke pihak Kementerian Belia & Sukan serta pihak yang berkenaan.Jika perlu akan dibuat sidang media.Diharap perkara ini tidak berpanjangan hingga memburukkan nama LITAR ANTARA BANGSA SEPANG.
Kami tidak akan berdiam diri lagi untuk ditindas golongan yang tidak memahami situasi pelumba yang kurang berkemampuan seperti kami.Tindakan lebih agresif akan dilakukan sekiranya hak kami tidak di bela oleh pihak yang diamanahkan untuk menganjur serta menyediakan prasarana bertaraf dunia.
“KURANGKAN MAT REMPIT ,BANYAKKAN JUARA DUNIA”
”KAMI MEMBANTAH KATEGORI MOTOSIKAL DI BAWAH 150CC DIMANSUHKAN”
Wakil peserta,pasukan yang menyertai.BIKERS CUP.
*Penerangan sebahagian dari Kategori perlumbaan 2010
Bikers Cup A
Motosikal berkapasiti 150cc ke bawah (2lejang)
Motosikal berkapasiti 250cc ke bawah (4lejang)
Bikers Cup B
Motosikal berkapasiti 150cc ke bawah (4lejang)
Penerangan lebih terperinci sila rujuk laman sesawang Sepang Circuit di bawah MSS.
Salam, perkara ini telah diperbincangkan oleh pihak berkenaan tetapi untuk makluman perkara tersebut sebenarnya tidak diketahui atau tiada dalam agenda oleh pihak yang terbabit..
BalasPadamAdakah sumber ini benar??..
Mohon maklum balas segera untuk tindakan susulan..
Thx
keputusan telah dibuat..perkara ini kira selesai..CEO Sepang telah memberi lampu hijau untuk motor2 terbabit berlumba lagi tahun hadapan.kita berterima kasih atas budi bicara dia.
BalasPadammmg kite patut boikot bnde nie
BalasPadamOk Roger That..
BalasPadamTahun Depan Kasi Pakai Maksimum Spec. 150cc/30mm Carb.. ;>