THIS BLOG IS WRITTEN IN "MALAYSIAN" LANGUAGE SOMETIMES MIXED WITH ENGLISH DEPENDS ON THE TOPIC POSTED.
FOR ALL THE VIEWER@READERS THANK YOU FOR YOUR SUPPORT FOR VISITING THIS BLOG

-AJAK MUSANG-( >_<)V

AJAK MUSANG RACING TEAM PAST & PRESENT SLIDESHOW SCROLL DOWN FOR STORY

Sabtu, 10 April 2010

AJAK MUSANG RACING TEAM RACE FOR 2010 - ALL IN SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT



MALAYSIAN SUPER SERIES 2010 -CLUB DIVISION

ROUND
DATES
CATEGORY
STATUS (Bikes)
1
28th - 30th May
Cars & Bikes
UPDATED!!!
(27 MAY 2010)





MALAYSIAN CUB PRIX 2010 (ONE MADE RACE FOR RXZ)

TRACK DAY (SEPANG) WILL BE UPDATED..
  Looking for a place to test your car or bike? Sepang Circuit organises track days on most weekends (subject to circuit availability) to cater for the high request for personal track usage. We organise two different track days, the Sunday Track Day and the Saturday Night Special.

TIME
CATEGORY
28TH MAY   &   15 JULY 2010            UPDATED!!! (19 APRIL 2010)
1430 hrs-1630 hrs
Bikes below 400cc
1630 hrs-1830 hrs
Bikes above 400cc
 
Track info/ rates kindly contact :
Mr. Kumarasamy
(kumar.chellappan@sepangcircuit.com.my)

Contact No : 03-8778 2240.


*Starting on 2010, the new track fees shall be:


Bikes <400 cc - RM100
Bikes >400 cc - RM150
Cars Open - RM300









Selasa, 6 April 2010

ADAKAH INI AGENDA POLITIK SEMATA-MATA ATAU AKAN MENJADI KENYATAAN??

IKBN Sukan Permotoran Bakal Diwujudkan, Kata Ahmad Shabery

SERDANG, 5 April (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menjurus kepada pengajian sukan permotoran bagi memajukan lagi industri sukan itu di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata IKBN itu akan menawarkan pengajian berkaitan kemahiran kejuruteraan dan teknikal dalam sukan permotoran dan dibangunkan dengan kerjasama pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

"Kita akan membawa cadangan ini (kepada Kabinet) untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sukan Permotoran Malaysia di sini Isnin.

Ahmad Shabery berkata sukan permotoran berpotensi untuk dimajukan sehingga menjadi sebuah industri yang kukuh dan dapat membantu menjana ekonomi negara termasuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Beliau berkata di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, penganjuran sesebuah acara sukan bermotor merupakan suatu projek besar yang melibatkan industri lain termasuk pelancongan, makanan, hiburan, insurans dan penginapan.

"Ini merupakan suatu industri baru yang boleh dimajukan malah memenuhi tuntutan Model Ekonomi Baru. Bayangkan peluang pekerjaan yang ada yang boleh diwujudkan termasuk penemuan-penemuan baru dalam R&D (penyelidikan dan pembangunan)," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery berkata usaha memajukan industri sukan permotoran hanya akan dapat dicapai jika sukan itu menjadi sukan pilihan rakyat.

"Ini memerlukan satu lonjakan paradigma dalam pemikiran dan budaya rakyat.

"Sekarang ini pun ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam sukan. Mereka lebih mengutamakan akademik. Jadi, ini suatu pemikiran yang perlu kita ubah," katanya.

Beliau berkata usaha mendidik masyarakat dalam membudayakan sukan sedang dijalankan kerajaan termasuk langkah memperkenalkan dasar '1Murid 1 Sukan' yang akan dikuatkuasakan mulai tahun depan.

Terdahulu, forum yang membincangkan cabaran-cabaran dalam industri sukan permotoran itu dihadiri kira-kira 300 penggiat sukan permotoran dan pegawai kementerian.

Tiga pakar sukan permotoran yang terdiri daripada Ketua Eksekutif Persatuan Industri Sukan Permotoran (MIA) Chris Aylett, Pengarah Urusan Apex Circuit Design Ltd Clive Bowen dan pakar pembinaan litar Guy Austin berkongsi pengetahuan mereka dengan peserta forum.

Turut hadir Pengerusi SIC Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir yang bertindak sebagai Pengerusi forum.

-- BERNAMA

 Apa yang aku boleh katakan,janganlah projek ni jadi cuma AGENDA POLITIK & ISU semata2.. Menteri sendiri dapat sendiri lihat potensi yang dah aku bagitahu dalam post sebelum ni...Kalau betul serius memang akan menjadikan Malaysia HUB TENAGA PAKAR & PELUMBA TERBAIK DUNIA..Akan tetapi projek ni kena mengambil kira mereka yang sudah tiada minat untuk belajar di IKBN tu tp tumpu jugak ke mereka yang minat pada dunia perlumbaan.Satu litar kos sederhana yang mampu untuk mereka berlatih dan menunjukkan bakat mereka.,ini kerana kebanyak golongan berpendapatan rendah tidak mampu untuk berlumba ditrek yang bole dikatakan untuk HI-END racing(SIC),kerana kos yang mahal serta litar yang tidak sesuai untuk kenderaan yang mempunyai kapasiti enjijn yang kecil.(MAT REMPIT BANYAK GUNAKAN KAPCAI ) Jika projek ini dilakukan dengan kadar segera mcm twinning program dgn org luar jika tiada kesinambungan mesti akan terkubur macam 2 je..Mereka (Kementerian) kena kaji dari semua aspek..bukan mereka yang ada duit n minat sahaja,tp tumpu juga pada masalah REMPIT ni.Sama2 turun padang dahnberbincang dan ambil kira pandangan semua pihak,bukan pihak yang profesional je akan tetapi pihak amatur dan berpengalaman lama dalam dunia permotoran ini. DS Najib  sendiri telah banyak kali cakap "ZAMAN KERAJAAN KNOWS BEST IS OVER" so ini slogan yang perlu DIPANDANG & DIAMBIL PERHATIAN oleh semua menteri2 kabinet dalam membuat keputusan yang benar2 mengambil kira pandangan semua pihak.

SAYA BERDOA SERTA BERHARAP AGAR APA YANG TELAH SAYA LUAHKAN INI DAPAT DI DENGAR DAN DIAMBIL PERHATIAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DEMI MENCAPAI TARGET M.E.B SERTA SEKALIGUS MENCAPAI INTIPATI WAWASAN 2020

Jumaat, 2 April 2010

REALITI SUKAN MOTOR NEGARA

MEMPERKATAKAN tentang kemajuan sukan motor di Malaysia adalah satu perkara yang agak umum. Apabila melihat kejayaan penganjuran acara sukan besar seperti Japan GT, Grand Prix Formula Satu, MotoGP, MME, Formula BMW Asia, AFOS, MSS, A1GP, Kejohanan Kart antarabangsa, D1 dan sebagainya, ia menggambarkan bahawa sukan motor adalah satu kebanggaan bagi rakyat negara ini.

Namun, di sebalik gahnya nama-nama acara besar yang dipertandingkan, sebenarnya, barah gejala seperti mat rempit dan perlumbaan haram seakan tiada jalan penyelesaiannya.

Andai ada satu fakta membuktikan kemunduran arena sukan bermotor tempatan, litar BTSC (Batu Tiga Speedway Circuit) ditutup buat selama-lamanya untuk memberi laluan pada satu projek perumahan mewah adalah contoh terbaik.

Projek jutaan ringgit ini yang nyata tidak langsung mengambil kira kepentingan minat dan kecenderungan pelumba kelas bawahan tempatan.

Litar Batu Tiga menjadi satu-satunya lokasi bagi anak muda sekitar Lembah Klang untuk menghabiskan masa hujung minggu mereka dengan pelbagai acara sukan bermotor yang mampu mereka sertai.

Misalnya perlumbaan CCT kereta dan perlumbaan rempit di litar yang ringkas. Malah, ketika pada waktu kemuncaknya, pelbagai acara dan karnival telah dijalankan hampir setiap minggu.

Jadi siapa yang harus dipersalahkan? Kemajuan yang hanya dinikmati oleh mungkin untuk 500 orang kaya, berbanding kesengsaraan 50,000 lagi rakyat Malaysia yang berjiwa sukan motor.

Ramai yang mencadangkan litar Antarabangsa Sepang sebagai alternatif. Tetapi, cuba tanyakan kepada mat rempit yang melepak di Dataran Merdeka, berminatkah mereka untuk ke Sepang?

Berapa banyak pula acara yang dijalankan benar-benar menjurus kepada program khusus untuk mereka?

Kebanyakan agenda dan pembangunan sukan bermotor di Malaysia ini terlalu gah dan mahal untuk melibatkan golongan ini.

Namun akhirnya, litar dihuni oleh sukan go-kart mewah dan persatuan sukan bermotor yang mengaku mereka berusaha ke arah memantapkan sukan motor tempatan. Terlalu banyak kelemahan yang perlu diatasi.

Karnival yang dijalankan pula seperti melepaskan batuk di tangga.

Jadi apabila sampai satu tahap, hilangnya pentas untuk beraksi, maka mat rempit menjadikan jalan raya sebagai litar mereka.

Mat rempit lazimnya terdiri dari mereka dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah, tinggal di kawasan perumahan flat yang biasanya sempit untuk sebuah keluarga moden.

Maka, dengan motosikal custom made, pada malam minggu, mereka mencari hiburan dengan merempit. Begitu juga dengan lumba haram kereta yang kewujudannya jarang sekali diakui.

Hakikatnya, perlumbaan tidak sah ini berlaku dengan berleluasa kerana mereka mempunyai sebab yang logik untuk sama-sama kita fikirkan.

Sukan motor kelas bawahan (grassroots) sebenarnya telah lama mati. Khasnya untuk sukan yang melibatkan motosikal. Mujur, masih ada usaha untuk terus mempertahankan kejohanan cub prix. Namun, itu pun bukan mudah kerana persaingan kini banyak menyaksikan syarikat korporat menaja pelumba handalan.

Bercakap tentang perlumbaan kereta pula, nasib kita mungkin sedikit beruntung kerana masih ada acara-acara kecil yang dijalankan seperti Drag Battle Sepang, drift hujung minggu bersifat kelab dan sukan drift yang masih lagi logik yuran dan syarat penyertaannya.

Tetapi, acara seperti Malaysian Super Series, MME dan satu dua acara di Sepang kembali menjadi sukan mahal dalam kategorinya.

Sempena lebih 50 tahun merdeka ini juga, adalah amat diharapkan akan wujudnya kesedaran di kalangan pembuat dasar tentang peri pentingnya melihat 'ke bawah' untuk memajukan sukan motor di Malaysia. Ia lebih daripada sekadar membawa sukan bertaraf dunia.

Tidak guna kita ada 50 acara antarabangsa sekalipun sedangkan yang menikmatinya tidak sampai pun satu peratus dari rakyat Malaysia.

Jika kos membina sebuah litar lengkap atau kompleks sukan memakan belanja yang tinggi, bina sahaja drag strip yang ringkas. Pokok pangkalnya ialah usaha dan kesedaran.

Kita perlukan pentas asas yang lebih banyak untuk melahirkan pelumba bertaraf dunia. Kita perlukan lebih ramai Alex Yoong dan Fairuz Fauzy. Generasi baru perlu diberi peluang mengetengahkan bakat mereka dengan betul.

Ramai anak muda yang ingin mengembangkan bakat mereka ke peringkat yang lebih baik. Tetapi malangnya, mereka tidak tahu di manakah saluran yang betul. Minat dan bakat ini akhirnya diterjemahkan di jalan-jalan raya yang akhirnya merugikan kita semua. 

PAUTAN KE LUAH RASA TIDAK PUAS HATI MEREKA DI FORUM >>
http://www.facebook.com/people/Ajak-Musang/100000864173257#!/topic.php?uid=366560646565&topic=20549

LUAHAN PENULISAN BLOG TENTANG TREK SHAH ALAM & MAT REMPIT

By zamj

Luahan rasa Mat Rempit apabila ditemuramah oleh wartawan...

Angah{bukan nama sebenar}...Mat Rempit merupakan manifestasi atau suara anak muda yg 'menjerit' meminta agar jiwa dan rintihan mereka didengar oleh masyarakat serta pihak berkuasa. Mat rempit tercipta hasil daripada luahan rasa anak muda yg merasakan diri mereka semakin dipinggirkan dan dibiarkan tenggelam dalam arus modenisasi.
'Cuba bayangkan, apa lagi kami hendak buat, rumah padat macam ikan sardin...lepak tepi jalan dituduh mat gian, main gitar kat dewan dihalau ketua kampung, pergi disko kena serbu, jadi inilah yg 'termampu'.
Katanya, semua pihak harus mencari punca utama wujudnya mat rempit dan bukannya terus-terusan mencari salah dan menjadikan mereka kambing hitam dalam masyarakat. Kami masih muda, masih cergas dan mempunyai kemampuan tetapi tiada siapa datang untuk membawa kami ke arah yg sepatutnya, yg mereka tahu kutuk dan terus menyimpan prasangka yg bukan2. 'Jadi alang2 orang dah anggap kami jahat, biar kami 'jahat betul', puas hati bukan?' katanya.

Fitri{bukan nama sebenar}...berlumba dijalanraya adalah hobi paling murah dan tidak memerlukan wang yg banyak. Dengan hanya berbekalkan RM3, dia sudah dapat mengisi minyak dan seterusnya memecut motorsikalnya ke mana saja dia suka. Adakalanya bukan saja kepuasan yg dia capai tetapi juga ganjaran berbentuk wang tunai hasil daripada wang pertaruhan yg terkumpul. Hajat hati saya hendak masuk perlumbaan yg sebenar dan sah tetapi mana nak korek duit, hendak bayar lesen lumbalah, kena beli baju dan seluar khas dan macam2 lagi. Jadi pilihan yg ada hanyalah berlumba secara haram, kalau ada polis panda-pandailah 'cabut', katanya.

Halim{bukan nama sebenar}...kegiatan mat rempit hanyalah bersifat sementara dan akan berhenti dengan sendirinya bila umur semakin meningkat. Ujarnya, hampir 90 peratus mat rempit tidak akan 'merempit' lagi bila sudah berkahwin, dapat pekerjaan tetap atau usia semakin bertambah. 'Cuba tanya orang yg hentam kami sekarang, dulu ketika mereka muda apa aktiviti yg mereka buat, silap-silap lebih teruk daripada kami. Ini proses biasa bang...dulu pun ada budaya tak elok seperti 'hippies, bohsia, anak ABU dan macam2 istilah lagi. 'Sekarang ni mat rempit pula. Bagi saya kalau pihak berkuasa 'gentlemen' buka litar lumba biar kami semua merempit beramai-ramai. Ini tidak. Litar Batu Tiga Shah Alam ditutup sebab nak beri laluan pembinaan rumah mewah, habis kami ni hendak berlumba kat mana, tepi sawah?' katanya.

Bagi seorang Pakar Ortopedik Hospital Kuala Lumpur {HKL}, ramai mat rempit lumpuh akibat kemalangan. Katanya, kebanyakan daripada mereka masih dibangku sekolah tetapi terpaksa melupakan sepenuhnya keindahan serta kemanisan hidup seperti yg rakan2 mereka nikmati ketika ini.
'Sedih saya melihat mereka terbaring lesu dan tidak bermaya malah hendak buang air besar pun ,mereka tak mampu sehingga kita terpaksa memasukkan ubat bagi membolehkan najis keluar dari dubur mereka.
'Namun ada satu perkara yg membuatkan saya kagum, jarang sekali saya lihat pesakit2 saya ni menitiskan airmata. Seolah-olah mereka pasrah dan menerima dengan redha ketentuan Tuhan ke atas nasib yg menimpa diri mereka.' katanya.

Bagi aku. kita tidak boleh meletakkan kesalahan 100 peratus kepada mat rempit. Dulu jarang kita dengar pasal hal mat rempit nie tetapi sejak Litar Lumba Shah Alam ditutup beberapa tahun yg lalu, isu ini semakin serius di lembah kelang. Dulu disitulah dorang berlumba terutamanya pada setiap hujung minggu. Yang dari luar daerah pun datang. Aku pun pernah ke sana menonton perlumbaan. Dulu aku pun pakai motor jugak dan aku memahami apa yg mereka rasai. Kebanyakan dari mereka memang berani atau hati kering. Dari mereka nie lah juga timbulnya ilham untuk penggiat seni memaparkan kisah mereka dilayar perak. Bukan semua mat rempit nie jahat, ada segelintir je. Dalam setandan pisang bukan semuanya elok...

Oleh Ahmad Sharidan 
 
Kebetulan di sebelah bangunan ada Karnival Gegar. Aku pergi dengan niat mencari makanan untuk mengalas perut. Tapi kamera tidak aku tinggal. Mana tahu aku boleh mengambil gambar beberapa aksi yang menarik. Sampai di tapak Karnival, aku terpinga-pinga melihat sekumpulan 'mat rempit' dengan motosikal yang telah diubahsuai sepenuhnya.

Aku hairan. Apa yang sedang berlaku? Sebahagian Persiaran Perdana ditutup dan ada beberapa orang polis dan Rela sedang berkawal. Aku berjalan lagi dan akhirnya baru aku sedar yang ada pertandingan 'drag race' atau 'sprint-test' motosikal dan kereta.

Aku tidak mahu bercerita sangat mengenai apa yang berlaku semasa hari tersebut. Aku cuma lebih tersentuh dan berminat mengenai usaha ubahsuai motosikal oleh sekumpulan pemuda. Ubahsuaian mereka adalah pada tahap yang ekstrem. Pastinya kalau di jalanraya, motosikal ini takkan lepas dari dikejar oleh polis atau JPJ, itu pun kalau boleh dikejar.

Sebenarnya, timbul rasa hormat dan kagum aku kepada anak-anak muda ini. Mereka punyai bakat dan kemahiran yang tinggi. Cuma rasanya, modal saja yang kurang. Aku pasti kebanyakkan motosikal yang digunakan adalah motosikal curi. Tapi itu bukan masalahnya.

Aku mahu lihat dari sudut yang berbeza. Kalau mereka ini diberi sedikit modal atauditaja oleh korporat-korporat yang terlebih untung, mereka boleh hasilkan motosikal drag yang jauh lebih hebat dan mungkin, mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Secara asasnya, drag-race memang wujud di beberapa negara di dunia ini. USA dan Australia ada kejohanannya sendiri dan motosikal yang digunakan adalah motosikal berkuasa tinggi yang hebat serta memperolehi tajaan syarikat-syarikat antarabangsa. Aku pasti suatu ketika dahulu, mereka juga bermula sebagaiamana anak-anak muda kita ini lakukan.

Bezanya mereka mendapat galakan dan sokongan. Jadi akhirnya drag-race di negara barat menjadi maju dan popular. Aku yakin, sekiranya ada organisasi di Malaysia ini ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk membantu, drag-race di Malaysia boleh menjadi popular dan jentera yang digunakan pastinya hebat dengan teknologi terkini. Keadah tuning dan setting jentera boleh dilakukan dengan komputer berbanding sekarang yang hanya sedap telinga mendengar dan 'pengalaman'.

Malah, kalau dilatih dengan betul dan diberi pendedahan yang sewajarnya, 'jurutera' yang membangunkan motosikal rempit ini boleh diketengahkan untuk menjadi jurutera motosikal profesional yang mampu bersaing diperingkat yang lebih tinggi.

Tapi itulah masalahnya di Malaysia ini. Padang golf untuk permainan orang kaya jauh lebih banyak dari orang kaya sendiri. Tapi untuk bina litar lumba di setiap negeri yang pastinya boleh menarik puluhan ribu orang pun susah nak dilaksanakan. Mungkin kerana target pasaran adalah dikalangan orang-orang biasa yang tidak berkereta BMW atau Mercedes-Benz, jadi ianya tidak signifikan.Buat litar lumba skala kecil di setiap negeri. Tidak perlu secanggih litar F1 Sepang. Biar cukup dengan keperluan asas dan tahap keselamatan yang baik. Anjurkan pertandingan sukan permotoran. Letak beberapa peringkat. Maksudnya dari peringkat profesional hingga amatur. Peringkat amatur boleh disertai oleh sesiapa saja yang mahu dengan sedikit bayaran minima. Maksud aku tidak mencecah ribuan ringgit. Atau sediakan jentera yang boleh disewa semasa perlumbaan seperti BMW sediakan untuk Formula BMW.

Lambat laun kita akan temui jaguh sukan permotoran di Malaysia. Kamu orang kaya nak buat duit juga ke? Kamu masuk bertanding atau kalau lebih hebat, taja pasukan untuk bertanding atau buat sindiket betting.

SEBAHAGIAN ORANG-ORANG POSITIF "MINDED" TENTANG MAT REMPIT

Kat sini aku nak share melalui pembacaan aku,kata2 org yang memberi reaksi POSITIF terhadap mat rempit ni.(Bacalah.....JANGAN MALAS N CAKAP PANJANG SANGAT...)

Dr Mohamad Khir Toyo said... 
 
http://www.drkhir.com/2010/04/meb-perlu-kurangkan-kos-sara-hidup.html#comments
 
Saudara Musang, Minat kepada sukan permotoran memang baik jika mempunyai kemampuan dan kewangan yang stabil. Saya sendiri berminat dengan motor dan mempunyai motor. Tetapi untuk menjadi pelumba motosikal bukan murah dan mudah. Jika bersungguh menjadi pelumba motosikal maka harus mempunyai usaha ke arah itu. Ramai yang patah pinggang, kudung kaki dan hilang upaya kerana merempit. Apa akan jadi kepada masa depan mereka? Mereka yang berminat haruslah menyertai kelab-kelab motor sedia ada atau menubuhkan kelab motor baru. Uruskan mengikut lunas undang-undang termasuk bila mahu berlumba. Saya percaya jika dibuat mengikut undang-undang maka Polis tidak ada masalah membenarkan jalan raya tertentu ditutup sekali sekala untuk menjadi trek lumba seperti dalam pertandingan cub prix. Malahan melalui kelab lumba juga, mereka boleh memohon kebenaran polis untuk berlumba di kawasan tertentu yang sesuai. Cuma kebanyakan (saya katakan kebanyakan, bukannya semua) bukan berminat untuk menjadi pelumba dalam erti kata sukan. Sebaliknya mereka hanya berminat berlumba untuk mendapat "habuan" tertentu dan sebagai satu jalan menentang undang2 dan pihak berkuasa. Saya tidak ada masalah dengan mereka yang ingin berlumba sebagai satu bidang sukan. Malah mungkin saya boleh menyokong mana-mana kelab motor yang berhasrat meminta jalan tertentu ditutup pada malam minggu untuk kegiatan berlumba. Namun ia harus diadakan secara profesional termasuk mempunyai pegawai kesihatan dan sebagainya. Jika mereka hanya ingin berlumba atas jalan raya untuk menunjukkan siapa yang hebat, gah dan jaguh dalam menyusahkan pengguna jalan raya lain dan menentang undang2 saya rasa ia sangat tidak patut kita menggalakkan anak muda kita ke arah tersebut. Sebab itu saya suka membezakan antara mereka yang merempit dengan pelumba yang tulen. Saya bersetuju mungkin kerajaan boleh melakukan lebih baik dalam mengawal selia keinginan berlumba motor ini dengan cara yang sihat.
SHAHROL YUZY- bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP)
"Malaysia saja ada Mat Rempit" - Shahrol Yuzy

MUNGKIN ada benarnya kata-kata bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Shahrol Yuzy Ahmad Zaini yang tidak menolak bahawa di negara ini saja berlaku masalah perlumbaan motosikal haram.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Penunggang Motosikal Profesional Malaysia (Prorider) berpendapat, di negara luar seperti Thailand dan Indonesia tidak pula mempunyai kelompok Mat Rempit jalanan disebabkan faktor kesesakan lalu lintas di negara berkenaan yang mungkin menyukarkan aktiviti haram berkenaan.
"Apatah lagi di negara Eropah yang langsung tidak wujud istilah lumba motosikal haram.
"Berbeza pula di negara ini.Generasi muda termasuk mereka yang seawal usia 16 tahun berani menjadikan jalan raya sebagai medan untuk berlumba serta melakukan aksi merbahaya," katanya sambil mengatakan ada saluran yang boleh mencungkil bakat sebenar pelumba untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan.
Shahrol Yuzy berkata, negara ini sebenarnya mempunyai ramai pelapis pelumba motosikal berbakat tetapi tidak digilap sepenuhnya.
Beliau berkata, kekurangan pendedahan serta sokongan daripada pelbagai pihak menyebabkan ramai pelumba berbakat memilih jalan raya sebagai medan mempamer kebolehan sehingga menggadaikan nyawa sendiri... juga orang lain!
Katanya, antara sebab yang mematahkan impian Mat Rempit untuk menyertai pertandingan profesional adalah kekangan kewangan untuk membeli motosikal yang sesuai untuk perlumbaan di litar selain kelengkapan pakaian perlumbaan yang agak mahal.
"Pada pandangan saya, usaha menangani masalah rempit seperti tangkapan tidak memberikan impak yang besar buat mereka (Mat Rempit ).
"Lebih baik mendekati mereka dan fahami minat sebenar dalam bidang permotoran. Ini adalah langkah bijak bagi membendung permasalahan ini," katanya yang turut berpendapat hanya pakar motosikal saja yang boleh memahami jiwa Mat Rempit.
Ditanya mengenai peranan dan usaha persatuan itu dalam mengatasi kemelut Mat Rempit , Shahrol Yuzy berkata, Prorider turut menjadi `suara' dan menggilap pelapis pelumba motosikal berbakat menerusi program Akademi Sukan Bermotor.
Kata Shahrol Yuzy, setakat ini persatuan itu berjaya menganjurkan beberapa siri perlumbaan litar Cub Prix, termasuk menganjurkan bengkel untuk mencungkil bakat baru dalam sukan permotoran berkenaan.
Sambutannya, kata Sharol Yuzy, memberangsangkan. Pada satusatu program yang dijalankan, pihaknya menerima kira-kira 1,000 permohonan namun hanya boleh menerima 100 peserta terawal.
"Keadaan ini membuktikan jika Mat Rempit diberi saluran yang betul, mereka tidak akan berlumba secara haram lagi," katanya yang kini mempunyai kelab motosikal sendiri, Yuzy Racing Team yang dianggotai enam anak muda berbakat dalam sukan lumba motosikal berusia antara 13 dan 14 tahun.

Presiden kelab motosikal Kelab RD, Azhanyzam Zakaria
Presiden kelab motosikal Kelab RD, Azhanyzam Zakaria pula berpendapat langkah kerajaan itu baik, namun masih belum mencukupi untuk membendung gejala mat rempit.
Ketika dihubungi, beliau berkata, kerajaan juga perlu menimbangkan untuk mewujudkan satu lagi litar lumba yang dirasakannya strategik iaitu di Bukit Jalil, selain mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram

Azhanyzam berpendapat, pembinaan litar lumba di Bukit Jalil berhampiran Kuala Lumpur mungkin mampu mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di jalan raya ibu kota.
“Kalau di Bukit Jalil, dekatlah sikit berbanding Sepang. Mereka ini tak mahu tempat yang jauh. Sekiranya kerajaan sudah menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti dan kalau mereka masih lagi berlumba haram di luar, kenakan sahaja tindakan tegas terhadap mereka.
“Tindakan merampas motosikal bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya akan mengundang jenayah lain seperti mencuri motosikal. Kita kena tahu kebanyakan mereka ini datang dari keluarga bermasalah serta hidup dalam kemiskinan,” katanya.
Azhanyzam juga berpendapat, tindakan undang-undang yang lebih ketat harus meliputi pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman pembelian motosikal bagi mereka yang disabitkan kesalahan.

TheSuparman


Masih anda ingatkah litar lumba Shah Alam dahulu yang terkenal dengan Mick Doohan dan lain-lain. Selain itu litar di Batu Tiga itu memberi platform untuk mat rempit berlumba pada hujung minggu. Litar tersebut di musnahkan oleh Khir Toyo dan memberi peluang kepada Lebar Daun untuk membina kawasan perumahan baru. Sekarang anda dapat melihat bandar Anggerik ini dipenuhi oleh Mat Rempit setiap malam dan menjadi sesak dan tidak selamat. Kenapa tidak membina litar trek yang baru untuk mereka berlumba dengan kos yang kecil? Saya amat membenci bila melihat dataran Shah Alam dipenuhi oleh mat rempit dan membuat bising sesuka hati. Munkin mereka menjadi begitu kerana tidak mempunyai tempat berlumba yang sah atau memang mat rempit lebih baik langgar pokok aje, aah lupakan ajalah tentang Shah Alam kalau anda merasakan Shah Alam tidak memerlukan perubahan……..
Lumba Kaedah Terbaik Banteras Mat Rempit – Azalina (Bekas Menteri Belia & Sukan)October 23, 2007
Semua kerajaan negeri dan kerajaan tempatan disaran menyediakan kemudahan litar lumba sebagai kaedah terbaik membanteras gejala “Mat Rempit” atau lumba haram di kalangan golongan muda yang semakin berleluasa sekarang.  Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ketiadaan litar lumba dan kemudahan seumpamanya adalah antara penyebab mengapa remaja suka berlumba di jalan raya hingga membahayakan pengguna lain.
“Kebanyakan Mat Rempit ini terdiri daripada golongan anak muda yang amat meminati sukan permotoran. Kerana tidak ada litar lumba bersesuaian, mereka tidak ada pilihan selain berlumba di jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya melalui kemudahan litar lumba itu juga boleh membantu mengembangkan minat remaja untuk berlatih dan menjadi pelumba motosikal profesional negara. “Sebelum litar lumba Sepang, terdapat dua litar iaitu Batu Tiga di Shah Alam dan Pasir Gudang di Johor Baharu, menjadi tempat peminat dan pelumba kenderaan terutama motosikal meneruskan minat mereka dalam suasana yang selamat dan mengikut peraturan,” katanya. Beliau berkata dua litar itu menjadi tumpuan kerana menawarkan yuran pendaftaran yang murah berbanding Litar Antarabangsa Sepang yang mengenakan yuran pendaftaran mahal dan tempoh tempahan yang lama. Azalina berkata semua pihak perlu memandang positif cadangan menyediakan litar lumba yang sah dan mendapat sokongan daripada pelbagai industri permotoran. Menurutnya perlumbaan di litar boleh mendedahkan remaja kepada teori dan teknik pengendalian motosikal daripada jurulatih profesional. Terdahulu, Azalina merasmikan pameran Motosikal Antarabangsa Asia (AIME) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini yang diadakan bersempena dengan Kejohanan Grand Prix Dunia MotoGP Polini di Litar Antarabangsa Sepang akhir minggu ini. Pameran empat hari itu yang terbesar di rantau Asia mempamerkan pelbagai model motosikal berkuasa tinggi termasuk motosikal rekaan sendiri oleh beberapa pereka motosikal rakyat tempatan dan luar negara.

Rabu, 31 Mac 2010

MODEL EKONOMI BARU & IMPAK PADA GOLONGAN REMPIT

Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lapan inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada: 
  • Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
  • Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan       kepada pekerja asing;
  • Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
  • Memperkukuhkan sektor awam;
  • Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
  • Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
  • Meningkatkan sumber pertumbuhan;
  • Memastikan pertumbuhan yang mapan. 
Modal Ekonomi baru dah dilancarkan PM kita menggantikan Dasar Ekonomi baru yang selaras dengan vision negara untuk jadi negara maju menjelang 2020,nak jadi negara maju bukan senang nak di capai berdasarkan makna negara maju tu sendiri.Negara maju adalah sebutan untuk negara teknologi tinggi dan ekonomi yang merata.(Maksud merata tu bermakna semua rakyat mempunyai pendapat yang tinggi dan tiada yang ketinggalan)
Oklah kat semua ni komen secara formal yang aku tulis,aku nak "hi-light"kan kat sini apa kesannya kat mat rempit dgn pembaharuan yang PM kita buat ni. PM berjanji yang semua golongan tidak akan ketinggalan dgn MEB ni means golongan rakyat yang di gelar "mat rempit"@ "samseng jalanan" @ macam2 gelaran pun tetap rakyat Malaysia yang akan kena impak juga. So dari apa yang aku fikirkan jika betul kita nak tolong menjanakan MEB ni sepatotnya langkah yang menyeluruh patut dirangka untuk golongan belia terutamanya.Ini kerana golongan belia ni adalah akar umbi untuk kepimpinan masa depan.Jadi pendekatan yang harus aku rasa ditekankan layanan sama rata untuk setiap belia di Malaysia tanap mengira darjat,perbezaan tahap pendidikan dan latar belakang.Semua ini harus digerakkan sekarang melalui macam2 program yang menuntut golongan pemimpin mendekati setiap golongan yang terutamanya mat rempit ni.(Sebab ni blog yang menyentuh isu mat rempit so akan diulas lebih untuk mat rempit) 

Persoalannya disini apa yang boleh mat rempit ni sumbang dalam menjayakan MEB ni.

1. PEMBANGUNAN MODAL INSAN 

Modal insan disini bermaksud kita boleh meningkatkan pendapatan golongan ini dengan menyalurkan minat mereka kearah yang betul.Disini bermaksud jika mereka minat pada perlumbaan ,kita seharusnya sokong minat mereka dgn membina tempat yang boleh dan mampu untuk mereka belajar dan berlatih untuk berlumba.Definasi berlumba ini bukan semata2 kita bersaing sahaja akan tetapi bole juga di kembangkan dengan freestyle,drag race. & drifting.jika kita lihat di negara maju semua yang aku sebut tadi menjadi 1 kerjaya dan setiap aksi mereka dibayar dan setiap pertandingan mereka diberikan bermacam liputan media yang menarik minat pelaburan dari luar bidang permotoran untuk menaja mereka.Ini secara tak langsung akan menambah pendapatan negara.Rite?? Bole nampakkan dah sikitkan apa sumbangan golongan rempit yang minat dunia permotoran ni pada MEB.Ini sebenarny a boleh di kaitan dgn MEB yang ingin melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi.
Selain itu kita boleh menjadikan tempat yang khas "one stop center" macam post aku yang sebelum ni "http://ajakmotor.blogspot.com/2010/03/1-stop-centre-for-all-1-malaysia-racer.html" sebagai hub untuk melatih mekanik yang berkemahiran tinggi,mekanik ni kita bole beri pendedahan menyeluruh dan profesional supaya dgn minat yang mendalam yang mereka ada ini boleh mendatangkan manfaat kepada sukan permotoran negara.Berikan mereka peluang dgn membuatkan perjanjian seperti bola sepak yang bole kita berikan macam2 insentif,sebagai contoh kita jadikanlah mana2 pasukan ternama dari pelbagai jenis sukan permotoran di negara maju separti F1 team,daytona race,motogp,Touring car,ralli dunia,paris dakar n macam2 perlumbaan bertaraf dunia.Bayangkan jika seorang di hantar berapa banyak kita bole timba ilmu dari pasukan2 bertaraf dunia ni.


Bukan senang kita nak dapat peluang ni jika xda dorongan dari pihak atasan yang boleh menyuara dan menunaikan hasrat ni.kalau di lihat secara pandangan ekonomi kita boleh mendapat modal insan yang betul2 bertaraf dunia,selain itu kita juga boleh meletakkan nama malaysia di setiap pasukan didunia.Bannga kan rakyat Malaysia?? siapa yang akan di kenali nanti?? Malaysia kan?? PM kita kan?? pelabur2 pun akan yakin pada kita kerana kita sudah bolehg buktikan yang kita pun boleh bersaing dgn mereka.

Tapi semua ini mestilah bermula di negara sendiri dahulu dengan mermula menyedikan tempat khas untuk golongan ini buktikan bakat dan minat mereka di peringkat tempatan dulu.Lepas mereka dah boleh di ketengahkan nanti kita bole lihat akan ramai membuka mata.MENTALITI SANJUNG BILA DAH BERJAYA kena kita ubah.Bila org dah berjaya barulah macam2 kita buat lepas tu sejuk je..Ni x menunjukkan mereka x ikhlas n benar2 berjuang untuk menjayakan sesautu perkara ,semua di buat kerana agenda @ nak mencapaikan NKRA negara.sepatotnya berterusan dan berkesinambungan dari generasi ke generasi.Sama seperti negara maju yang buat sesuatu perkara dan perancangan amat2 menyeluruh dan jangka masa 100tahun akan datang.

2. MENJANA EKONOMI MELALUI PEMINAT DUNIA PERMOTORAN

Jika kita lihat negara maju setiap sukan yang mereka anjurkan pastikan penuh stdium @ litar @ venue tempat mereka anjurkan pertandingan.Negara kita pun boleh sebenarnya akan tetapi masih kurang menyeluruh dari segi penganjuran dari pihak penganjur,kurang tempat khas yang benar2 untuk berlumba dan berlatih.Yang dah ada kat mnalaysia ni pun hanya cubprix yang dibuat dijalan2 awam .
Bayangkan kalau disediakan tempat khas disetiap negeri,kita sediakan tempat duduk berbayar dan selesa untuk mereka tonton dan mesra keluarga.Bayangan berapa banyak kita boleh dapat dari penganjuran aktiviti seperti ini sekiranya ada tempat khas disetiap negeri.tempat2 sebegini pasti tidak akan kosong sekiranya pihak yang menguruskan tempat macam ni X PENTING DIRI SENDIRI KENAKAN CAJ YANG MENGARUT.Niat 2 kena betulbila ada tempat macam ni jangan digelapkkan dgn duit semata2 ,semua ini boleh dip[antrau dengan ada nya AUDIT bulanan dan SPRM sebagai org yang mengawasi.Secara tidak langsung kan mewujudkan peluang kerja baru untuk mat rempit ni.Mereka pasti suka berkerja di tempat berkaitan dengan mereka.Bak kata org dolu2 "org mengantuk disorongkan bantal" bukan org mengantuk dibedalkan dengan penyapu..=) 

Konklusinya semua benda aku luahkan ni xkan jadi kenyataan if xda org yang ada kuasa & dipilih rakyat & TUHAN untuk mewakilkan mereka untuk meyampaikan apa hasrat gologan rempit ni.Kalau perlu wujudkan 1 kementerian khas atau cabang khas untuk menangani isu ini ke arah yang lebih positif ,kalau ada menteri khas pun lebih bagus.Ini isu negara ,jika dibiarkan tanpa penyelesaian isu ini tidak akan selesai hingga berkurun lamanya..PERCAYALAH!!

 Saksikan kehadiran penonton di setiap race cubprix,bayangkan sekiranya ada trek yang baik dengan tempat duduk di setiap negeri,secara tidak langsung akan menjadikan sukan permotoran ini aktiviti keluarga seperti JOM HEBOH ,disamping menjana pendapatan negeri melalui sewaan tapak perniagaan dan tiket yang mesra peniaga dan penonton dengan harga yang berpatotan.PERNAH KE KITA SEMUA FIKIR YANG DATANG NI KEBANYAKAN MAT REMPIT.mereka ada minat akan tetapi xda yang guide & beri mereka peluang yang mudah.Bantulah golongan ini.Jika orang luar datang untuk buat show kita boleh sediakan macam2 untuk mereka ,masakan anak tempatan kita biarkan terbiar dan dihina,dikutuk,dipandang negatif..akan tetapi bila dah berjaya BARULAH ORG SANJUNG SETINGGI2NYA.MANA SILAPNYA?? BAK KATA PEPATAH "ANAK KERA DI HUTAN DISUSUKAN SIAP BG SUSU DUMEX PLUS,ANAK KAT RUMAH SATU APA PUN TAK BAGI..MATI KELAPARAN"

FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI PEMBACA BLOGKU INI,SAMA2 KITA BANGKIT PERJUANGKAN HAK KITA & GESA ORANG YANG ADA KUASA NI BERTINDAK,JANGAN TAHU MAKAN SHARE,MENGAYAKAN KRONI2 SENDIRI ....INGAT MEREKA DIPILIH UNTUK "WAKIL" RAKYAT.BUKAN "MAKAN" RAKYAT.




Jumaat, 26 Mac 2010

MAT-MAT REMPIT = SIMBOLIK 1MALAYSIA


Semalam aku tengok cerita GILA-GILA REMAJA terpanggil pulak aku nak share cerita ni dengan korang semua. Sebenarnya apa yang di papar cerita ni yang bole aku nak share dgn korang banyak menyentuh pasal perhubungan kaum masa aku main moto dulu n buka kedai dulu.

Chin, Kuzi, Roy,Ravi n Remy

Apa yang kita tgk sebenarnya memang realiti dari segi keakraban x kira bangsa n agama.Aku teringat balik kawan2 aku dulu Kalai(india) ,Sam Karat(Punjabi tp dlm convert islam sbb kawin melayu),Jebon (Cina),Malcom aka Apek( cina),Ah weng(cina),Wong(cina dlm convert ke islam dah) n ramai lagi yang sama2 geng motor aku dulu.Haa terlupa pulak aku Deen Mamak n Syed Kabeer (nii setengah melayu setengah india aku rasa) yang Deen mamak ni dulu mat rempit skang dah jadi pelakon GREAK@ KHAS...Syed Kaber dah jadi ahli politik dari rider dulu..Kami memang sgt akrab,misal katalah ada kawan yang excident ke nak perlukan darah (macamcite gila2 remaja gak) ramai jemesti dtg hospital derma darah,then kalo ada kematian ,collection untuk urus kematian 2 mesti x jadi masalah.Boleh dikatakan semua saling kuar duit sorang sikit.
Korang boleh bayangkan kan? sampai sekarang pon even masing2 dah berusia n berkeluarga tp kami masih akrab n kalau ada masa mesti kami akan berkumpul tok cite hal masing2.Aku tgk budak2 motor sekarang pon ada lagi macam kitaorg dulu tp setakat mana dorang rapat 2 aku xtao lah.Tp at least kalau kita dapat kumpulkan mat2 motor n kete yang bole duk setempat mesti definisi 1 malaysia 2 akan jadi kenyataan n keakraban 2 I.Allah akan dijalinkan.
Menteri2 ni kena la turun padang n jumpa la n bincang apa golongan ni nak sebenarnya sebab alih2 nak pilihan raya drg ni jugak yg mentri2 merayu undi.Kalau asik gado sesama bangsa kat parlimen 2 macamanalah 1 Malaysia 2 nak jadi.Mat2 rempit yang drg dok hina n caci ni pun tao respek sesama kaum.Apela..aku pun x faham ape sebenarnya dah jadi dgn Golongan org kaya kat Parlimen 2..Tolong lah buka mata.
 SELAMAT HARI JADI AJAK MUSANG & KIMI
DARI ANAK2 MU & ISTERIMU

IMAH...

ALONG
DILA
FALI
ATIKAH
ADIB
RAZIQ
KIMI   

Selasa, 23 Mac 2010

1ST PRACTICE SESSION 2010

Isnin bulan 3,Ajak Musang n Putong janggut  n pit crew lain turun practice untuk sekian lama x main trek ni,rasanya dekat 6-7 tahun berenti kejap,disebabkan Putong kawin n masalah perubahan bidang perniagaan.So sekarang WE ARE BACK!!!
Aku bertolak pukul 6.30 pg sebab ari isnin kononnya nak elak jem,skali sangkut jugak.Selit sana sini sampai gak la sepang dr rawang dekat 2 jam gak la..JAUH!!! n sesak jalan nak kesana.Sampai2 je terasa lapak pulak,xda tempat makan!!! kena la keluar jap ke bandar enstek cri makan.Tapi tapau jela sebab putong dah sampai lagi awal dah tunggu kat trek.Kenala aku makan nasi kerabu kat trek pagi 2.
1st thing aku buat macam biasalah Remp tgk rpm cne sama x mcm test kat langat aritu.Semua ok n Putong pon yang dah siap pakai racing suit test la se round then aku suh masuk balik tgk plug bakar cne.tgk plug mcm ok,tp pas putong bg komen dia.Tukar la spocket depan nak bg pakai hbs gear 6.Xnak potong minyak lagi sebab awal lagi.
Then putong masuk balik tengok macamana motor.Mula2 tgk motor macam ok,tapi bila masuk 2 lap motor dah macam berat je kat straight grand stand.Masuk lap ke 3 dah putong ilang.
Rupa2nya motor jem,aku buka la head enjin tgk jem panas kot,tp tgk blok kering sgt.Macam kurang 2T ,then tambah la 2T kat minyak,pasang2 balik.Bila start je ada bunyi kasar,padahal td xda la calar ke blok or tercabut piston pin ke.Aku x puas ati aku buka blok semua tgk rod dah biru.Sah la ni jem rod melekat.Putong muka  frust je.yelah dah la training terhad 2jam je,then motor jem.baru nak baca line n bagi lembut balik badan dah jahanam motor 2.Kira xda rejeki la aritu.
Lepas 2 aku teros je balik nak tggu pun x guna dah,baik aku selesaikan keje yang x selsesai lagi kat office.putong jela stay sebab nak tgk rider lain masuk corner macamana.At least ada la dia blaja sket pasal sepang 2 aritu.
Pas dah 2-3 hari putong buka enjin then anta ke asang skali dah post mortem.Rupanya rod 2 di pam ketat sgt.So 2 la kesimpulan jem rod aritu.bukan masalah bancuhan minyal or putong mis gear ke ape.Pasni tunggulah next practice on 15 April.Time ni jela last sebelum race day 18 April ni..

Isnin, 22 Mac 2010

1 STOP CENTRE FOR ALL 1 MALAYSIA RACER & BIKERS & DRIVERS


Kat atas ni saja aku bg link n gambar2 tanah yang terbiar area selangor ni sebagai mukhadimah untuk aku hujah lebih lagi idea yang aku post kat atas ni.Sebenarnya tanah memang banyak kat selangor ni untuk aku cadangkan buat tempat yang aku tulis kat tajuk post aku ni.Tapi masalah birokrasi,hak pemilikan tanah,politik dalam,politik kawasan jadi penghalang utama.Aku sedar benda ni mmg susah nak kita atasi lebih2 lagi dgn org yang x snggup berkorban n memahami masalah yang timbul akibat mementingkan diri sendiri,tapi kalau kita fikir2kan balik sbenarnya tempat yg aku cadangkan ni bergguna untuk masyarakat if kita betul2 wujudkan pengursan yang baik,kerjasama semua pihak,sbenar2nya tempat ni untuk anak bangsa kita juga.tempat mereka tunjuk minat,kita pula kembangkan minat mereka & macam2 aktiviti yang boleh dibuat macam astro 2 "macam2 ada" .Akan aku huraikan  satu persatu idea aku ni untuk tatapan umum,aku memang x kesah sesiapa ada kuasa atau duit untuk ciplak or gunakan idea aku ni untuk kita semua.

Ferrari Park Dubai (Ni yang aku gambarkan tapi xla se "GRAND" ni)

1 STOP CENTER FOR ALL MALAYSIANS RACER (terutama untuk low income) ni cuma idea secara brief yang boleh aku rungkaikan untuk korang fikir2kan relevan atau x idea aku ni.

TEMPAT &; AKTIVITI & TUJUAN
1st skali aku anggap tempat ni sememangnya dikhaskan untuk dunia permotoran sahaja,dia macam komples sukan negara 2 tp tempat ni khas untuk dunai permotoran je.Tempat dia x perlulah besar2 or grand sgt mcm FERRARI PARK DUBAI 2.Biar ada asas2 untuk setiap perlumbaan dalam dunia permotoran macam trek untuk kereta n motor yang skala dia x sebesar sepang 2 tp sederhanalah,trek untuk minibike,untuk drag race,trek untuk drift,trek untuk go-kart,tempat stunt bikers(wekang,pacak) n trek untuk motorcross.
Semua ni dikumpulkan 1 tempat.Korang semua boleh bayangkan betapa meriahnya tempat ni if kita betol2 bersatu tenaga pakar n yang berpengalaman uruskan trek ni.Berapa banyak peluang kerja akan ada?? berapa banyak pulangan akan kita dapat?? selain 2 kita bole fikir berapa ramai anak2 muda kita yang meminati sukan permotoran ni ada tujuan untuk mereka tuju banding dengan sekarang mereka lumba kat jalanan,wat stunt kat jalan?? mati katak macam 2 je.Rugi 2 lagi banyak dri duit kita bole laburkan untuk buat tempat yg mcm aku cdgkan ni??

Tempat- tempat aku leh cadangkan :
1.Bukit Beruntung,Rawang
2.Sg.Buloh
3.Gombak
3.Puchong
 Banyak lagi tempat sebenarnya boleh di buat,nak dgn x nak je sekarang ni...

PUSAT LATIHAN & BERNIAGA & AKADEMI
Selain aku dr  aku tulis kat atas ,tempat ni bole di jadikan pusat latihan untuk bakal pelumba baru dan mekanik bertauliah.Semua aktiviti ni mesti melibatkan semua pihak untuk mempromosikannya termasuk media cetak mahupun elektronik.Kita boleh jemput semau rider2 lama kita yang berpengalaman bagi ceramah kat golongan muda ni,kalo ada event moto GP or F1 kita jemput pulak driver2 n rider antarabangsa ni share pengalaman dorang dgn org kita.SEE??? macamana tempat ni kita bole "fully utilized".Selain 2 kita bole wujudkan akademi untuk mereka yang keciciran dalam pelajaran untuk belajar bidang yang mereka minat sebagai contoh berkaitan dgn dunia permotoran ni.Kita jemput pengeluar kenderaan negara setup akademi kat sini sebagai permulaan,bila dah berjaya kita jemput pula pengeluar kereta luar setup akademi kat sini.Secara x langsung bila kita himpunkan mereka ni kat 1 tempat kita bole bertukar idea,dismping 2 kita bole buat 1 tournament tok akademi bersaing antara 1 sama lain ,macam kita buat piala tahunan yang kita kena rebut( alah mcm bola) nampak x?? masa depan anak muda kita boleh dislaurkan dengan baik dari kita caci maki,cari masalah,popularkan isu TAPI?? MANA JALAN PENYELESIANNYA?? Nak salahkan mak ayah? 2je yang biasa kita dgr dr "pakar2" yang kena interbiu 2.Come on la kita dah nak capai status negara maju,BUANG2 PHD n SALAH SANGKA n SUKA MENJATUHKAN idea org lain ,untuk kebaikan bersama. 
Selain dr akademi ni kita bole wujudkan kawasan perniagaan untuk mereka yang berminat berniaga terutama dalam bidang permotoran,macam bengkel spare part,air brush,n aksesories ke.Hjung minggu atau dimalam nya kita buat 1 medan selera atau pasar untuk golongan muda ni berniaga atau macam Danau kota 2.Bila kita buat macam ni secara x langsung juga kita bole kumpulkan mereka 1 tempat untuk berniaga dan beraktiviti setiap malam.Kita boleh buat macam2 aktivti yang berkaitan dunia permotoran bersesuaian dengan pelbagai peringat usia dan minat mereka.Boleh bayangkan x? Mereka akan berkumpul di satu tempat yang khas untuk mereka beraktiviti dari merempit x tentu hala.Bukakan trek untuk mereka siang dan malam.Tapi tempat macam ni kita wujudkan balai polis untuk pantau "mereka" yang suka membuat onar seperti rompak,dadah dan gejala maksiat yang x sihat.Pemantauan juga harus ada untuk keselamatan pengunjung yang datang untuk menyalurkan minat mereka ke arah yang betul.
Media juga bole terlibat sama bila race2 ni ada n terlibat mempopularkan tempat ni,x rugi kalau tempat macam ni di popularkan,sama2 boleh dapat benefit,secara x langsung boleh bakar semangat mereka kat luar masih merempit tok join tempat macam ni.Tapi jgn di eksplotasi dgn bayaran mahal n di salah guna & di politikkan bg yang menguruskan tempat ni.Kalau berkhidmat dgn tempat ni biarlah di jadikan jawatan tetap serta mereka yang betol2 layak n minat dalam bidang ni uruskan tempat ni.barulah macam2 aktiviti & idea dapat diterbitkan dari pemikiran yang betul2 minat dunia permotoran ni.

RUMUSAN

Dari apa yang aku cadangkan ni memang byk pro n kontra nya tp kalau semua pihak berkerjasama dan memberikan pendapat bernas demi masa depan anak bangsa kita mesti x mustahil tempat macam ni akan membawa kebaikan pada kita warga  1 MALAYSIA!!!
AKU LETAKKAN GAMBAR FERRARI PARK NI UNTUK KORANG FIKIR KALO TEMPAT MACAM NI ADA KAT NEGARA KITA


AMACAM? BOLEH BAYANG TEMPAT MACAM NI ADA KAT MALAYSIA?

Link2 Berkaitan Ferrari World :
http://www.ferrari.com/English/about_ferrari/Theme-Park/Pages/Theme-Park.aspx
http://www.automotorblog.com/ferrari-theme-park-in-abu-dhabi/
http://www.ferrariworldabudhabi.com/careers.asp

Rabu, 17 Mac 2010

KENAPA SEMUA YANG BAWAK MOTOR JE "MAT REMPIT" ?


Tajuk kat atas ni aku saja ajak menyimpan sikit dri tujuan asal blog ni.Kat bawah ni aku ambil dr Wikipedia penerangan sapa tulis tah pasal sapa mat rempit ni.Korang baca dulu nanti aku komen.

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan , pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi  Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit . Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.

GELARAN 'MAT REMPIT' SEOLAH PENGIKTIRAFAN

Hentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai 'Mat Rempit' - demikian langkah pertama yang dicadangkan pakar psikiatari terkenal, Prof Mohamad Hussain Habil bagi mengatasi masalah itu.
Beliau memberitahu dengan memberi gelaran itu kepada mereka, golongan berkenaan akan berasa lebih besar kepala dan mendorong mereka untuk meneruskan gelagat mereka dengan lebih kerap dan angkuh.
Mohamad Hussain, yang menerajui Jabatan Psikiatari Universiti Malaya, berkata sebenarnya, remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label 'Mat Rempit' yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat terhadap kegiatan mereka
"Cerita tentang mereka yang sering tersiar dalam akhbar, majalah, radio dan televisyen juga menjadikan mereka lebih berazam untuk meneruskan gaya hidup mereka itu kerana ia memenuhi ego mereka yang kononnya merupakan golongan yang macho dan berani," katanya

INDIVIDU YANG TERLIBAT DENGAN GEJALA INI
1. Remaja
2. Remaja Bawah Umur dan Masih Bersekolah
PUNCA-PUNCA
1. perasaan ingin mencuba
2. tiada kawalan atau perhatian dari ibu bapa
3. kurang kasih sayang keluarga
4. pengaruh kawan-kawan
5. mengisi masa lapang/senggang
6. mendapat kepuasan ekstrem untuk menunjuk-nunjuk
7. mendapatkan habuan atau ganjaran
8. gaya hidup dan taraf pendidikan yang rendah
9. pengaruh filem atau cerita
10. tanda protes
MAT REMPIT JUGA MELAKUKAN JENAYAH SEPERTI:
1. kegiatan gengster
2. rompak berkumpulan
3. pergaduhan
4. laku musnah
5. membunuh
6. kecurian
7. buli
8. rogol
9. seks bebas
10. pengambilan dadah dan alkohol


Ok lepas baca apa yang ditulis dalam wikipedia ni,bagi golongan mat rempit mesti akan panas hati atau bengang betol?? bagi yang bukan kononnya mat rempit mesti akan ckp "betol ape?" "memang dorang ni patot bla bla bla" tp sekarang kita tengok diorang boleh buat statistik yang mat rempit kat malaysia mencecah 200,000 anggaran.Kita cuba renungkan kenapa semua ni bole jadi? salah siapa? 
Dorang ni rempit gak ke??

Sebenarnya lah mat rempit ni kita boleh positifkan mereka,mereka ada yang ok ada yang intelek cuma mereka perlukan tempat untuk meluahkan,diberikan peluang,diberikan 1 tempat khas untuk menunjukkan bakat dan kemahuan mereka.Sama mcm kerajaan kita galakkan usahawan berniaga,buat tempat berniaga,mudahkan pendaftaran perniagaan ,buat kursus & permudahkan untuk dapat modal.See?? kenapa semua ni tak kita salurkan kemudahan pada mat rempit? sediakan banyak litar lumba yang tak bebankan mat rempit,sediakn tempat mereka lepak,dalam 1 kawasan sediakan tempat niaga,galakkan mereka,kiat kumpulkan mereka di one stop center.Semua ada kat situ,cyber cafe,gim,trek lumba,trek to drag race,trek untuk go kart,warung2 semua 24jam.TP JGN DIPOLITIKKAN kalo ada temapt one stop center ni.caj macam2,sewa mahal,pengurusan tamak,birokrasi,pilih bulu.Tempat ni boleh dikatakan macam pusat komuniti dan sasaran untuk remaja berkumpul dan melakukan aktiviti sihat.Salurankan adrenalin mereka ni ke arah yang betul.Kita juga dapat rujuk apa yang golongan bijak pandai tulis kat atas.mereka tahu apa masalah mereka merempit.kita kena pergi pada punca dan sediakan penyelesaian.Tu tugas wakil Pemuda parti politik buat tok anak bangsa bukan buat kerja semata2 nak masuk tv dan mainkan isu x penting.KIta 1 Malaysia nak negara maju tp maju mcmana? maju dgn setiap rakyat di layan x sama rata? kalau mat rempit di tangkap di hukum,macamana pulak yang x merempit tp telan dadah,minum arak suka hati kat bukit bintang 2? seks bebas? macamana? kita kalo nak menghukum kenalah sama rata.Jgn semata2 isu je kita akan keluar statement sekejap lepas 2 senyap.

Ni rempit jugak??

Berbalik pada mat rempit td,apa aku sampaikan cadangan buat "one stop center" mmg aku tgk sgt perlu pada masa sekarang dgn pelumba malaysia dah masuk motoGP n dah ada F1 team sendiri.Malaysia patot orak langkah untuk memajukan lagi industri pemotoran ni.Kita boleh jadi hebat dan yang pertama kat dunia yang bole dijadikan hub untuk lahirkan pasukan permotoran yang hebat.Bila ada 1 stop center ni,kita bole kumpulkan semua golongan,yang mereka gelar mat rempit,pelajar universiti n semua yang berkaitan dgn dunia permotoran untuk sertai aktiviti yang mereka minat dlm dunia perlumbaan dan dibuatkan bengkel2 khas mengenai dunia permotoran,cara untuk jadikan ia perniagaan,cara untuk mereka jadi rider yang bagus,boleh dijemput pelumba terbaik dunia kongsi idea mereka dgn golongan yang minat pada dunia permotoran & mcm2 lagi aktiviti yang bole dibuat tok kebaikan bersama.Secara tak langsung mereka akan dibentuk profesionalisme dalam diri,mereka dilatih,di beri tunjuk ajar,disediakan temapt untuk berlumba,SEKARANG BOLEH DAH NAMPAK ?? Dimana silapnya kita semua yang tunding jari pada masalah keluarga n mcm2 tp xda jalan penyelesaian yang mcm aku ckp ni?? NAK CKP MODAL TOK BUAT SEMUA NI?? AKU BERANI CKP INVESTOR LUAR NEGARA MESTI SUKA BENDA NI. sSEBAB APE?? profit jangka panjang akan membayar segala perlaburan mereka.Tp masalah sekarang xda org yang berani dan berkedudukan untuk bawka perkara ni.AKU CABAR SEGALA DATO2,TAN SRI sahut cabaran aku ni UNTUK ANAK BANGSA KITA 1 MALAYSIA!!

KITA SAMA SOKONG GROUP NI UNTUK MASA DEPAN ANAK BANGSA KITA!!!
BANGKIT SEMUA YANG DIGELAR MAT REMPIT BAIK DAH TUA OR MUDA!!! KITA BERSATU 1 MALAYSIA!!!

KAMI NAK 1 TREK LUMBA MOTOR UNTUK MENGGANTIKAN TREK SHAH ALAM(DEKAT KL)SOKONGGROUP NI UNTUK KEBAIKAN NEGARA N BERSAMA (CAPAIKAN TARGET 10000)


http://www.facebook.com/group.php?gid=366560646565&ref=mf