Tajuk kat atas ni aku saja ajak menyimpan sikit dri tujuan asal blog ni.Kat bawah ni aku ambil dr Wikipedia penerangan sapa tulis tah pasal sapa mat rempit ni.Korang baca dulu nanti aku komen.
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan , pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit . Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.
GELARAN 'MAT REMPIT' SEOLAH PENGIKTIRAFAN
Hentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai 'Mat Rempit' - demikian langkah pertama yang dicadangkan pakar psikiatari terkenal, Prof Mohamad Hussain Habil bagi mengatasi masalah itu.
Beliau memberitahu dengan memberi gelaran itu kepada mereka, golongan berkenaan akan berasa lebih besar kepala dan mendorong mereka untuk meneruskan gelagat mereka dengan lebih kerap dan angkuh.
Mohamad Hussain, yang menerajui Jabatan Psikiatari Universiti Malaya, berkata sebenarnya, remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label 'Mat Rempit' yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat terhadap kegiatan mereka
Mohamad Hussain, yang menerajui Jabatan Psikiatari Universiti Malaya, berkata sebenarnya, remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label 'Mat Rempit' yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat terhadap kegiatan mereka
"Cerita tentang mereka yang sering tersiar dalam akhbar, majalah, radio dan televisyen juga menjadikan mereka lebih berazam untuk meneruskan gaya hidup mereka itu kerana ia memenuhi ego mereka yang kononnya merupakan golongan yang macho dan berani," katanya
INDIVIDU YANG TERLIBAT DENGAN GEJALA INI
1. Remaja
2. Remaja Bawah Umur dan Masih Bersekolah
1. Remaja
2. Remaja Bawah Umur dan Masih Bersekolah
PUNCA-PUNCA
1. perasaan ingin mencuba
2. tiada kawalan atau perhatian dari ibu bapa
3. kurang kasih sayang keluarga
4. pengaruh kawan-kawan
5. mengisi masa lapang/senggang
6. mendapat kepuasan ekstrem untuk menunjuk-nunjuk
7. mendapatkan habuan atau ganjaran
8. gaya hidup dan taraf pendidikan yang rendah
9. pengaruh filem atau cerita
10. tanda protes
1. perasaan ingin mencuba
2. tiada kawalan atau perhatian dari ibu bapa
3. kurang kasih sayang keluarga
4. pengaruh kawan-kawan
5. mengisi masa lapang/senggang
6. mendapat kepuasan ekstrem untuk menunjuk-nunjuk
7. mendapatkan habuan atau ganjaran
8. gaya hidup dan taraf pendidikan yang rendah
9. pengaruh filem atau cerita
10. tanda protes
MAT REMPIT JUGA MELAKUKAN JENAYAH SEPERTI:
1. kegiatan gengster
2. rompak berkumpulan
3. pergaduhan
4. laku musnah
5. membunuh
6. kecurian
7. buli
8. rogol
9. seks bebas
10. pengambilan dadah dan alkohol
Ok lepas baca apa yang ditulis dalam wikipedia ni,bagi golongan mat rempit mesti akan panas hati atau bengang betol?? bagi yang bukan kononnya mat rempit mesti akan ckp "betol ape?" "memang dorang ni patot bla bla bla" tp sekarang kita tengok diorang boleh buat statistik yang mat rempit kat malaysia mencecah 200,000 anggaran.Kita cuba renungkan kenapa semua ni bole jadi? salah siapa?
Sebenarnya lah mat rempit ni kita boleh positifkan mereka,mereka ada yang ok ada yang intelek cuma mereka perlukan tempat untuk meluahkan,diberikan peluang,diberikan 1 tempat khas untuk menunjukkan bakat dan kemahuan mereka.Sama mcm kerajaan kita galakkan usahawan berniaga,buat tempat berniaga,mudahkan pendaftaran perniagaan ,buat kursus & permudahkan untuk dapat modal.See?? kenapa semua ni tak kita salurkan kemudahan pada mat rempit? sediakan banyak litar lumba yang tak bebankan mat rempit,sediakn tempat mereka lepak,dalam 1 kawasan sediakan tempat niaga,galakkan mereka,kiat kumpulkan mereka di one stop center.Semua ada kat situ,cyber cafe,gim,trek lumba,trek to drag race,trek untuk go kart,warung2 semua 24jam.TP JGN DIPOLITIKKAN kalo ada temapt one stop center ni.caj macam2,sewa mahal,pengurusan tamak,birokrasi,pilih bulu.Tempat ni boleh dikatakan macam pusat komuniti dan sasaran untuk remaja berkumpul dan melakukan aktiviti sihat.Salurankan adrenalin mereka ni ke arah yang betul.Kita juga dapat rujuk apa yang golongan bijak pandai tulis kat atas.mereka tahu apa masalah mereka merempit.kita kena pergi pada punca dan sediakan penyelesaian.Tu tugas wakil Pemuda parti politik buat tok anak bangsa bukan buat kerja semata2 nak masuk tv dan mainkan isu x penting.KIta 1 Malaysia nak negara maju tp maju mcmana? maju dgn setiap rakyat di layan x sama rata? kalau mat rempit di tangkap di hukum,macamana pulak yang x merempit tp telan dadah,minum arak suka hati kat bukit bintang 2? seks bebas? macamana? kita kalo nak menghukum kenalah sama rata.Jgn semata2 isu je kita akan keluar statement sekejap lepas 2 senyap.
Ni rempit jugak??
Berbalik pada mat rempit td,apa aku sampaikan cadangan buat "one stop center" mmg aku tgk sgt perlu pada masa sekarang dgn pelumba malaysia dah masuk motoGP n dah ada F1 team sendiri.Malaysia patot orak langkah untuk memajukan lagi industri pemotoran ni.Kita boleh jadi hebat dan yang pertama kat dunia yang bole dijadikan hub untuk lahirkan pasukan permotoran yang hebat.Bila ada 1 stop center ni,kita bole kumpulkan semua golongan,yang mereka gelar mat rempit,pelajar universiti n semua yang berkaitan dgn dunia permotoran untuk sertai aktiviti yang mereka minat dlm dunia perlumbaan dan dibuatkan bengkel2 khas mengenai dunia permotoran,cara untuk jadikan ia perniagaan,cara untuk mereka jadi rider yang bagus,boleh dijemput pelumba terbaik dunia kongsi idea mereka dgn golongan yang minat pada dunia permotoran & mcm2 lagi aktiviti yang bole dibuat tok kebaikan bersama.Secara tak langsung mereka akan dibentuk profesionalisme dalam diri,mereka dilatih,di beri tunjuk ajar,disediakan temapt untuk berlumba,SEKARANG BOLEH DAH NAMPAK ?? Dimana silapnya kita semua yang tunding jari pada masalah keluarga n mcm2 tp xda jalan penyelesaian yang mcm aku ckp ni?? NAK CKP MODAL TOK BUAT SEMUA NI?? AKU BERANI CKP INVESTOR LUAR NEGARA MESTI SUKA BENDA NI. sSEBAB APE?? profit jangka panjang akan membayar segala perlaburan mereka.Tp masalah sekarang xda org yang berani dan berkedudukan untuk bawka perkara ni.AKU CABAR SEGALA DATO2,TAN SRI sahut cabaran aku ni UNTUK ANAK BANGSA KITA 1 MALAYSIA!!
KITA SAMA SOKONG GROUP NI UNTUK MASA DEPAN ANAK BANGSA KITA!!!
BANGKIT SEMUA YANG DIGELAR MAT REMPIT BAIK DAH TUA OR MUDA!!! KITA BERSATU 1 MALAYSIA!!!
http://www.facebook.com/group.php?gid=366560646565&ref=mf
KITA SAMA SOKONG GROUP NI UNTUK MASA DEPAN ANAK BANGSA KITA!!!
BANGKIT SEMUA YANG DIGELAR MAT REMPIT BAIK DAH TUA OR MUDA!!! KITA BERSATU 1 MALAYSIA!!!
KAMI NAK 1 TREK LUMBA MOTOR UNTUK MENGGANTIKAN TREK SHAH ALAM(DEKAT KL)SOKONGGROUP NI UNTUK KEBAIKAN NEGARA N BERSAMA (CAPAIKAN TARGET 10000)
http://www.facebook.com/group.php?gid=366560646565&ref=mf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERIKAN KOMEN BERNAS ANDA TENTANG PENULISAN SAYA INI(CUMA TULIS DAN HANTAR)