THIS BLOG IS WRITTEN IN "MALAYSIAN" LANGUAGE SOMETIMES MIXED WITH ENGLISH DEPENDS ON THE TOPIC POSTED.
FOR ALL THE VIEWER@READERS THANK YOU FOR YOUR SUPPORT FOR VISITING THIS BLOG

-AJAK MUSANG-( >_<)V

AJAK MUSANG RACING TEAM PAST & PRESENT SLIDESHOW SCROLL DOWN FOR STORY

Selasa, 30 November 2010

REVIEW SEASON 2010 AMRT IN MSS

Tahun 2010 adalah tahun kemunculan semula AJAK MOTOR RACING TEAM @ nama baru AJAK MUSANG RACING TEAM..Team yang asasnya amat kecil bajet untuk berlumba.memodalkan sebuah Yamaha RXZ team bermula untuk mencari setting yang sesuai & kompetatif untuk bersaing dengan mereka yang lebih berpengalaman berlumba di Litar Sepang.

Pada awalnya kami menyangkakan kategori "Production Bike" masih ada untuk MSS 2010,akan tetapi kategori baru telah diwujudkan oleh penganjur iaitu mencampurkan motorsikal 150cc (2lejang) & 250 (4 lejang) di dalam 1 kategori  iaitu BIKERS CUP A.



Walaupun perubahan   kategori ini terjadi AMRT menyahut cabaran setidak2nya memberi persaingan untuk motosikal lebih tinggi CC nya.Berbekal pengalaman yang ada pada aku  & rider yang dikira belum khatam dengan machine aku sejak tutupnya Litar Batu Tiga Shah Alam,kira 7 tahun jugalah.


Secara keseluruhan lepas 6 pusingan walaupun keputusan tidak berapa memberansangkan ,kedudukan 10 terbaik adalah di kira baik untuk tahun pertama.Bersaing dengan Kawasaki KIPS yang sememangkan tidak dinafikan laju kerana kelebihan dari segi coolant & monoshock.Nak rider & team yang masuk tu dah biasa main KIPS mmg aku akui susah sikit nak kejar.

Apa dapat aku rumuskan dari 2 segi untuk tahun ni.1st moto..2nd rider.
Motor

Secara keseluruhan moto rxz tu dah alami evolusi banyak setting sentiasa berubah serta machine pun aku x dapat buat secara maksimum sebab kekangan bajet,sebab aku pun dah xda bengkel macam dulu,lepas tu kekangan tempat untuk setting motor.Trackday pun 2jam je hari biasa pulak tu.So mana yang aku dah ada pengalaman & kongsi idea dengan anak aku yang beri pendapatan secara teori dalam setting & style modfied block baru.kira boleh lah moto aku pergi.Motor rxz tahun ni masih banyak belum dibuat..belum maksimum..aku rasa keupayaan motor tu hanya aku dapat buat 60% sahaja.Banyak lagi yang boleh dibuat.

Rider

Pada pendapat aku rider aku walaupun dah bertahun dengan aku dia masih  banyak lagi untuk belajar,tapi xpalah lagi pon dia dah cuti "bersalin 7 tahun" baru nak aktif balik.Apa2 pun dia cepat sesuaikan diri dengan litar cuma kekurangan dia cara dia baca machine aku kurang faham sikit cara dia komen.(pening gak la memikirkan) tapi xpalah itu semua boleh di improve untuk tahun2 mendatang.apa pun aku bangga dengan pencapaian dia yang overall top 10 rider2 yg join MSS Bikers Cup.


Tahun ni juga ramai crew2 baru yang dah ditrain untuk mereka belajar keadaan sebenar menjadi pit crew racing team.Ada yang boleh jadi crew & ada yang screw.Apa pun kesungguhan budak2 muda ni aku suka tengok & ajar supaya 1 hari nanti mana tahu dorang akan ada team sendiri (kebanyakan anak buah aku yang lama dah jadi sparing aku 2010 ni dah ada team sendiri) aku tumnpang bangga sebab team dorang lebih berjaya dari team aku.

Kat sini aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung,yang menyumbang wang ringgit,keringat & masa mereka untuk menyokong pasukan AJAK MUSANG RACING TEAM.Semoga sokongan mereka yang terlibat ni berpanjangan & berterusan untuk tahun2 mendatang.

Semoga semangat anak muda & belia kita ni yang betul menunjukkan semangat setia kawan untuk mencapaikan 1 matlamat team ini untuk menjadi yang terbaik berterusan selagi hayat di kandung badan.insya Allah...


 SEHINGGA BERTEMU LAGI UNTUK MUSIM 2011......

"RACING IS THE MATTER OF SPIRIT NOT STRENGTH"











Sabtu, 27 November 2010

PETISYEN BANTAHAN KEPADA PIHAK PENGANJUR MALAYSIAN SUPER SERIES 2011 & YANG BERKENAAN.


Merujuk kepada perkara di atas ,tujuan penulisan petisyen ini adalah untuk membantah keputusan pihak penganjur yang ingin memansuhkan penggunaan motosikal berkuasa rendah iaitu merujuk kepada motosikal berkuasa 150cc ke bawah (2 lejang & 4 lejang).

Melalui pengumuman yang telah dibuat oleh pihak penganjur bertarikh 27 November 2010,pihak penganjur akan memansuhkan perlumbaan untuk kategori Bikers Cup A & B (Rujuk penerangan) dan akan ditukar ke kategori baru yang memerlukan pasukan atau peserta mempunyai motosikal 250cc ke atas untuk menyertai perlumbaan tahun 2011.

Untuk makluman pada tahun 2010 penganjuran kategori juga telah diubah format yang berbeza berbanding tahun 2009 iaitu lebih banyak pecahan kategori yang telah dibuat.Pelbagai kategori yang ada sebagai contoh Kips 150 (hanya untuk motosikal berkuasa 150cc) ,Production bike ( Yamaha  Rxz 135cc & Yamaha 125z 125cc) dan pelbagai lagi kategori yang boleh diserta berlainan motosikal.Sambutan juga amat mengalakkan (Rujuk senarai nama pelumba tahun 2009 ke bawah pada laman sesawang Sepang Circuit).

Pada tahun 2010 akibat daripada perubahan kategori perlumbaan serta yuran penyertaan yang meningkat naik.Penyertaan telah berkurangan,serta  kurang mendapat sambutan.Akan tetapi perkara pokok yang perlu dilihat adalah perubahan kategori adalah punca utama penyertaan semakin berkurang.

Oleh kerana keputusan yang telah dibuat oleh pihak penganjur ini telah serta merta memperkecilkan serta membantutkan usaha peserta yang kurang berkemampuan untuk bergiat cergas didalam kategori perlumbaan yang lebih kecil kapasiti enjin.Ini kerana kos modifikasi untuk motosikal berkapasiti lebih rendah adalah lebih murah serta mudah untuk didapati sumbernya.Secara tidak langsung sekiranya kategori ini dikekal akan menarik minat lebih ramai golongan belia yang tidak mempunyai hala tuju berlumba diluar untuk berlumba secara sah dilitar.

 Adalah secara realitinya memiliki motosikal berkuasa lebih tggi dari 250cc yang sedia maklum mahal harganya di pasaran , kos ini pula tidak termasuk kos modifikasi untuk sesebuah motosikal yang mencapai berlipat kali ganda dari harga motosikal itu sendiri.Jika diperhatikan mereka yang menyertai perlumbaan Malaysian Super Series untuk kategori motosikal yang lebih lecil ini dari golongan muda yang berpendapatan rendah yang mempunyai minat yang tinggi untuk berlumba secara sah di litar.

Jika kategori motosikal lebih kecil dimansuhkan dimanakah hala tuju mereka ini? Cub prix? Tidak semua berkemampuan untuk menyertai Cub prix yang menelan belanja besar tanpa tajaan untuk menjelajah serata Malaysia.Litar lain? Berikan litar yang menganjurkan perlumbaan kapasiti kecil serta sesuai untuk motosikal seperti Yamaha 135 RXZ & Kawasaki 150 Kips & Yamaha 150 TZM & Yamaha LC135 .TIADA!.
Cukuplah penutupan Litar Batu Tiga Shah Alam yang dahulunya menjadi saksi zaman kegemilangan motosikal berkapasiti rendah berlumba secara sah.Kini timbul pula masalah baru di Litar yang kita banggakan dibina megah dan di kenali Dunia akan tetapi membunuh minat serta belia muda yang ingin berlumba secara sah di LITAR ANTARABANGSA SEPANG.Apakah ini tanggungjawab sosial yang dikatakan ramai untuk mengurangkan gejala MAT REMPIT di luar? Dengan membunuh secara senyap minat serta cita-cita belia kita.

Kebanyakan peserta tidak kisah pada jumlah hadiah kemenangan yang ditawarkan akan tetapi kepuasan yang dicari oleh peserta yang menyertai perlumbaan yang dianjurkan.Kita dapat lihat walaupun pihak penganjur menaikkan yuran penyertaan untuk tahun 2010 akan tetapi masih ada yang sanggup menyertai kerana minat serta motosikal yang digunakan adalah mampu milik serta tidak membebankan peserta.

Diharap petisyen ini diambil tindakan kerana perkara ini akan dipanjangkan ke pihak Kementerian Belia & Sukan serta pihak yang berkenaan.Jika perlu akan dibuat sidang media.Diharap perkara ini tidak berpanjangan hingga memburukkan nama LITAR ANTARA BANGSA SEPANG.

Kami tidak akan berdiam diri lagi untuk ditindas golongan yang tidak memahami situasi pelumba yang  kurang berkemampuan seperti kami.Tindakan lebih agresif akan dilakukan sekiranya hak kami tidak di bela oleh pihak yang diamanahkan untuk menganjur serta menyediakan prasarana bertaraf dunia.

“KURANGKAN MAT REMPIT ,BANYAKKAN JUARA DUNIA”


”KAMI MEMBANTAH KATEGORI MOTOSIKAL DI BAWAH 150CC DIMANSUHKAN”

Wakil peserta,pasukan yang menyertai.BIKERS CUP.

*Penerangan sebahagian dari Kategori perlumbaan 2010

Bikers Cup A
 Motosikal berkapasiti 150cc ke bawah (2lejang)
 Motosikal berkapasiti 250cc ke bawah (4lejang)

Bikers Cup B
Motosikal berkapasiti 150cc ke bawah (4lejang)

Penerangan lebih terperinci sila rujuk laman sesawang Sepang Circuit di bawah MSS.