THIS BLOG IS WRITTEN IN "MALAYSIAN" LANGUAGE SOMETIMES MIXED WITH ENGLISH DEPENDS ON THE TOPIC POSTED.
FOR ALL THE VIEWER@READERS THANK YOU FOR YOUR SUPPORT FOR VISITING THIS BLOG

-AJAK MUSANG-( >_<)V

AJAK MUSANG RACING TEAM PAST & PRESENT SLIDESHOW SCROLL DOWN FOR STORY

Selasa, 14 Disember 2010

AJAK MOTOR @ AJAK MUSANG CURRENT & EX- RIDERS

 THE HALL OF FAME

ZAKI MISMAN @ PUTONG JANGGUT
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000750022498
YAMAHA RXZ

NIZAM CHENON (RIDER PARANG)

YAMAHA 125Z

YAMAHA 110SS & YAMAHA 125

BAHTIAR ISA (BELLA)
bella:belakang (kiri ajak musang)
  YAMAHA 110SS


NALIE
http://www.facebook.com/album.php?id=100000612286767&aid=27328#!/nazrie.khalam
YAMAHA 110SS

FAISAL YAHYA
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000864173257#!/profile.php?id=100001102214388
YAMAHA 110SS,YAMAHA RXZ,SUZUKI PANTHER


MAZLAN KHAMIS
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001421091374#!/profile.php?id=100001855527470&sk=wall
Mazlan khamis : kanan ajak musang (uniform)
YAMAHA RXZ & 125Z


SHARIMAN HJ MUSA 
YAMAHA RXZ & 125Z


WONG WAI TENG(ELYAS WONG)
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001421091374#!/profile.php?id=1182853852
CUB CROSS & YAMAHA 110SS



ARWAH ARIP
YAMAHA RXZ & SUZUKI PANTHER

SYED KABEER(KUPPANG)
http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100000866004530

YAMAHA RXZ,YAMAHA 110SS,YAMAHA SPORT 100

ARWAH SYED ABDUL HILLAR (KERANG)

YAMAHA RXZ,YAMAHA 110SS,YAMAHA SPORT 100


ROSMAZA RAMLI
 http://www.facebook.com/album.php?id=100000864173257&aid=5553#!/profile.php?id=100000751884372

YAMAHA RXZ

PASUKAN-PASUKAN YANG PERNAH DIBERI TAJAAN 

SHELL YAMAHA TAKONG MOTOR
MAXOIL RACING (BATU TIGA SHAH ALAM)


MAXOIL RACING TEAM


MEREKA SEMUA BERBAKAT & MEMPUNYAI KESUNGGUHAN DI DALAM DUNIA PERMOTORAN INI.KEBANYAKAN RIDER2 MASIH ADA ,ADA YANG SUDAH MEMPUNYAI PERNIAGAAN & PASUKAN SENDIRI.AKU TUMPANG BANGGA & BERSYUKUR MELIHAT MEREKA BERJAYA.

INSYA ALLAH GENERASI BARU AKAN MENJELMA LAGI..ZAMAN KEGEMILANGAN AJAK MOTOR @ AJAK MUSANG AKAN BERTERUSAN.

"RACING IS THE MATTER OF SPIRIT NOT STRENGTH"
















Selasa, 30 November 2010

REVIEW SEASON 2010 AMRT IN MSS

Tahun 2010 adalah tahun kemunculan semula AJAK MOTOR RACING TEAM @ nama baru AJAK MUSANG RACING TEAM..Team yang asasnya amat kecil bajet untuk berlumba.memodalkan sebuah Yamaha RXZ team bermula untuk mencari setting yang sesuai & kompetatif untuk bersaing dengan mereka yang lebih berpengalaman berlumba di Litar Sepang.

Pada awalnya kami menyangkakan kategori "Production Bike" masih ada untuk MSS 2010,akan tetapi kategori baru telah diwujudkan oleh penganjur iaitu mencampurkan motorsikal 150cc (2lejang) & 250 (4 lejang) di dalam 1 kategori  iaitu BIKERS CUP A.



Walaupun perubahan   kategori ini terjadi AMRT menyahut cabaran setidak2nya memberi persaingan untuk motosikal lebih tinggi CC nya.Berbekal pengalaman yang ada pada aku  & rider yang dikira belum khatam dengan machine aku sejak tutupnya Litar Batu Tiga Shah Alam,kira 7 tahun jugalah.


Secara keseluruhan lepas 6 pusingan walaupun keputusan tidak berapa memberansangkan ,kedudukan 10 terbaik adalah di kira baik untuk tahun pertama.Bersaing dengan Kawasaki KIPS yang sememangkan tidak dinafikan laju kerana kelebihan dari segi coolant & monoshock.Nak rider & team yang masuk tu dah biasa main KIPS mmg aku akui susah sikit nak kejar.

Apa dapat aku rumuskan dari 2 segi untuk tahun ni.1st moto..2nd rider.
Motor

Secara keseluruhan moto rxz tu dah alami evolusi banyak setting sentiasa berubah serta machine pun aku x dapat buat secara maksimum sebab kekangan bajet,sebab aku pun dah xda bengkel macam dulu,lepas tu kekangan tempat untuk setting motor.Trackday pun 2jam je hari biasa pulak tu.So mana yang aku dah ada pengalaman & kongsi idea dengan anak aku yang beri pendapatan secara teori dalam setting & style modfied block baru.kira boleh lah moto aku pergi.Motor rxz tahun ni masih banyak belum dibuat..belum maksimum..aku rasa keupayaan motor tu hanya aku dapat buat 60% sahaja.Banyak lagi yang boleh dibuat.

Rider

Pada pendapat aku rider aku walaupun dah bertahun dengan aku dia masih  banyak lagi untuk belajar,tapi xpalah lagi pon dia dah cuti "bersalin 7 tahun" baru nak aktif balik.Apa2 pun dia cepat sesuaikan diri dengan litar cuma kekurangan dia cara dia baca machine aku kurang faham sikit cara dia komen.(pening gak la memikirkan) tapi xpalah itu semua boleh di improve untuk tahun2 mendatang.apa pun aku bangga dengan pencapaian dia yang overall top 10 rider2 yg join MSS Bikers Cup.


Tahun ni juga ramai crew2 baru yang dah ditrain untuk mereka belajar keadaan sebenar menjadi pit crew racing team.Ada yang boleh jadi crew & ada yang screw.Apa pun kesungguhan budak2 muda ni aku suka tengok & ajar supaya 1 hari nanti mana tahu dorang akan ada team sendiri (kebanyakan anak buah aku yang lama dah jadi sparing aku 2010 ni dah ada team sendiri) aku tumnpang bangga sebab team dorang lebih berjaya dari team aku.

Kat sini aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung,yang menyumbang wang ringgit,keringat & masa mereka untuk menyokong pasukan AJAK MUSANG RACING TEAM.Semoga sokongan mereka yang terlibat ni berpanjangan & berterusan untuk tahun2 mendatang.

Semoga semangat anak muda & belia kita ni yang betul menunjukkan semangat setia kawan untuk mencapaikan 1 matlamat team ini untuk menjadi yang terbaik berterusan selagi hayat di kandung badan.insya Allah...


 SEHINGGA BERTEMU LAGI UNTUK MUSIM 2011......

"RACING IS THE MATTER OF SPIRIT NOT STRENGTH"











Sabtu, 27 November 2010

PETISYEN BANTAHAN KEPADA PIHAK PENGANJUR MALAYSIAN SUPER SERIES 2011 & YANG BERKENAAN.


Merujuk kepada perkara di atas ,tujuan penulisan petisyen ini adalah untuk membantah keputusan pihak penganjur yang ingin memansuhkan penggunaan motosikal berkuasa rendah iaitu merujuk kepada motosikal berkuasa 150cc ke bawah (2 lejang & 4 lejang).

Melalui pengumuman yang telah dibuat oleh pihak penganjur bertarikh 27 November 2010,pihak penganjur akan memansuhkan perlumbaan untuk kategori Bikers Cup A & B (Rujuk penerangan) dan akan ditukar ke kategori baru yang memerlukan pasukan atau peserta mempunyai motosikal 250cc ke atas untuk menyertai perlumbaan tahun 2011.

Untuk makluman pada tahun 2010 penganjuran kategori juga telah diubah format yang berbeza berbanding tahun 2009 iaitu lebih banyak pecahan kategori yang telah dibuat.Pelbagai kategori yang ada sebagai contoh Kips 150 (hanya untuk motosikal berkuasa 150cc) ,Production bike ( Yamaha  Rxz 135cc & Yamaha 125z 125cc) dan pelbagai lagi kategori yang boleh diserta berlainan motosikal.Sambutan juga amat mengalakkan (Rujuk senarai nama pelumba tahun 2009 ke bawah pada laman sesawang Sepang Circuit).

Pada tahun 2010 akibat daripada perubahan kategori perlumbaan serta yuran penyertaan yang meningkat naik.Penyertaan telah berkurangan,serta  kurang mendapat sambutan.Akan tetapi perkara pokok yang perlu dilihat adalah perubahan kategori adalah punca utama penyertaan semakin berkurang.

Oleh kerana keputusan yang telah dibuat oleh pihak penganjur ini telah serta merta memperkecilkan serta membantutkan usaha peserta yang kurang berkemampuan untuk bergiat cergas didalam kategori perlumbaan yang lebih kecil kapasiti enjin.Ini kerana kos modifikasi untuk motosikal berkapasiti lebih rendah adalah lebih murah serta mudah untuk didapati sumbernya.Secara tidak langsung sekiranya kategori ini dikekal akan menarik minat lebih ramai golongan belia yang tidak mempunyai hala tuju berlumba diluar untuk berlumba secara sah dilitar.

 Adalah secara realitinya memiliki motosikal berkuasa lebih tggi dari 250cc yang sedia maklum mahal harganya di pasaran , kos ini pula tidak termasuk kos modifikasi untuk sesebuah motosikal yang mencapai berlipat kali ganda dari harga motosikal itu sendiri.Jika diperhatikan mereka yang menyertai perlumbaan Malaysian Super Series untuk kategori motosikal yang lebih lecil ini dari golongan muda yang berpendapatan rendah yang mempunyai minat yang tinggi untuk berlumba secara sah di litar.

Jika kategori motosikal lebih kecil dimansuhkan dimanakah hala tuju mereka ini? Cub prix? Tidak semua berkemampuan untuk menyertai Cub prix yang menelan belanja besar tanpa tajaan untuk menjelajah serata Malaysia.Litar lain? Berikan litar yang menganjurkan perlumbaan kapasiti kecil serta sesuai untuk motosikal seperti Yamaha 135 RXZ & Kawasaki 150 Kips & Yamaha 150 TZM & Yamaha LC135 .TIADA!.
Cukuplah penutupan Litar Batu Tiga Shah Alam yang dahulunya menjadi saksi zaman kegemilangan motosikal berkapasiti rendah berlumba secara sah.Kini timbul pula masalah baru di Litar yang kita banggakan dibina megah dan di kenali Dunia akan tetapi membunuh minat serta belia muda yang ingin berlumba secara sah di LITAR ANTARABANGSA SEPANG.Apakah ini tanggungjawab sosial yang dikatakan ramai untuk mengurangkan gejala MAT REMPIT di luar? Dengan membunuh secara senyap minat serta cita-cita belia kita.

Kebanyakan peserta tidak kisah pada jumlah hadiah kemenangan yang ditawarkan akan tetapi kepuasan yang dicari oleh peserta yang menyertai perlumbaan yang dianjurkan.Kita dapat lihat walaupun pihak penganjur menaikkan yuran penyertaan untuk tahun 2010 akan tetapi masih ada yang sanggup menyertai kerana minat serta motosikal yang digunakan adalah mampu milik serta tidak membebankan peserta.

Diharap petisyen ini diambil tindakan kerana perkara ini akan dipanjangkan ke pihak Kementerian Belia & Sukan serta pihak yang berkenaan.Jika perlu akan dibuat sidang media.Diharap perkara ini tidak berpanjangan hingga memburukkan nama LITAR ANTARA BANGSA SEPANG.

Kami tidak akan berdiam diri lagi untuk ditindas golongan yang tidak memahami situasi pelumba yang  kurang berkemampuan seperti kami.Tindakan lebih agresif akan dilakukan sekiranya hak kami tidak di bela oleh pihak yang diamanahkan untuk menganjur serta menyediakan prasarana bertaraf dunia.

“KURANGKAN MAT REMPIT ,BANYAKKAN JUARA DUNIA”


”KAMI MEMBANTAH KATEGORI MOTOSIKAL DI BAWAH 150CC DIMANSUHKAN”

Wakil peserta,pasukan yang menyertai.BIKERS CUP.

*Penerangan sebahagian dari Kategori perlumbaan 2010

Bikers Cup A
 Motosikal berkapasiti 150cc ke bawah (2lejang)
 Motosikal berkapasiti 250cc ke bawah (4lejang)

Bikers Cup B
Motosikal berkapasiti 150cc ke bawah (4lejang)

Penerangan lebih terperinci sila rujuk laman sesawang Sepang Circuit di bawah MSS.

Sabtu, 31 Julai 2010

AJAK MUSANG DESIGN 2010

Aku ambil projek sambilan ni asa side income sahaja...lagi pun owner motor ni anak buah aku kat tempat kerja..dia beli moto ni dari keadaan agak rentung @ togel la juga.Aku dah buat balik enjin & luaran moto ni..seminggu lebih jugalah..maklumlah aku pon ada kerja tetap nak buat.moto ni aku buat slow2..At last siap gaklah..dan hasilnya....

 
SIMPLE JE...UNTUK PAKAI ON THE ROAD JE NI....BUKAN UNTUK RACING PUN..=)

Ahad, 18 Julai 2010

MY RACING SUIT !!!!

THANKS TO BRO ZAINUREN KHALIL FOR THIS SUIT...NICE ONE!!!

ANY ONE WHO WANT TO RENT SUIT FOR TRACKDAY OR RACE DAY JUST GO TO THE LINK BELOW 
SESIAPA NAK SEWA SUIT RACING BOLEH TENGOK PADA LINK DIBAWAH
(DENGAN SYARAT MESTI KENA ADA FACEBOOK ACCOUNT UNTUK LIHAT)

MURAH SAHAJA CUMA RM60 SEHARI... 

http://www.facebook.com/photo.php?pid=31130955&id=1586463605#!/album.php?aid=2060292&id=1586463605


Rabu, 23 Jun 2010

THANKS TO ALL THE SPONSORS (till dated)

For the 2nd round of Malaysian Super Series our team are sponsored by individual & small amount of sponsorship to do some upgrading to our and one bike.

THANKS TO :

PERSONELS:

-PUTONG JANGGUT AND HIS WIFE & FAMILY
-MY FAMILY
-PUTONG JANGGUT AND THE CREWS@SCREWS (SORRY TO NOT MENTIONED THE NAMES)
-DOJEK : OWNER MOTO MY (MOTO SPARE YANG BANYAK BERJASA SEPANJANG RACE)
-TO ALL THE BUYERS OF OUR TEAM SHIRTS
-MAN KG BARU (OUR BIKE COLOUR)


COMPANYS:
 OWNER : ANGAH KAJANG

OWNER : ZAINUREN KALIL

TO ALL WHO INTERESTED TO GIVE A SPONSORSHIP EVEN RM50 WE WILL ACCEPT IT....AS LONG AS THE SPIRIT WILL GO ON...

THANK YOU AGAIN FOR ALL THE SPONSORSHIP....WE WILL TRY OUR BEST TO PROVE THAT WE ARE CAPABLE EVEN WITH SMALL BUDJET..

* sapa2 nama xda aku sebut ,minta maaf sangat2..penhargaan secara umum aku ucapkan..penghargaan akan diteruskan memlalui post2 lain..

"RACING IS THE MATTER OF SPIRIT NOT STRENGTH"

Ahad, 16 Mei 2010

INGIN MENJADI PELUMBA?

erminat menjadi pelumba? Berikut beberapa langkah yang anda perlukan untuk membabitkan diri dalam dunia sukan pemotoran.
LANGKAH 1: TELEFON AAM ATAU MAM
Langkah pertama untuk memperoleh lesen perlumbaan adalah menghubungi AAM Motorsports melalui Talian Umum AAM iaitu 03-7622 8000 atau MAM (MotorSports Association of Malaysia) di talian 03-7622 8000. Kakitangan AAM/MAM akan memberi nama, nombor telefon, dan alamat panel doktor AAM/MAM yang terdekat kepada anda.
LANGKAH 2: JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN
Bagi menjadi pelumba, anda harus mempunyai kesihatan yang baik. Justeru, selepas memperoleh maklumat mengenai panel doktor AAM/MAM, anda harus membuat pertemuan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
LANGKAH 3: SERTAI KELAB BERDAFTAR AAM
Selepas lulus ujian pemeriksaan kesihatan, anda perlu menjadi ahli salah satu kelab berdaftar AAM. Di situ, pegawai kelab berdaftar AAM berkenaan akan memberi anda bimbingan mengenai proses seterusnya.
Senarai kelab berdaftar AAM:1. Johor Motor Club 07-252 1313 2. Kelab Kart Selangor & Wilayah Persekutuan 03-7729 0725 3. Kelab Sukan Motor Perlis 03-4270 9748 4. MotorSports Association of Malaysia 03-7622 8000 5. Penang Motorsports Club 04-226 0355 6. Persatuan Kart Motosikal Kedah 012-933 5124 7. Kedah Motor Sports Club 04-733 8653 8. Kelab Kart Wawasan Kuala Lumpur 012-2100069 9. Langkawi Motorsports Club 012-4000165 10. Sarawak Automotive Racing Sport Association 019-8277866 11.Motorcyclist Association of Federal Territory & Selangor 03-7785 2400 12. Royal Perak Motor Club 05-547 7007 13. Kelab Sukan Bermotor Intergrasi 012-4000165 14. Kelab Sukan Bermotor Maju Sepangor/W. Persekutuan 016-369 7782 15. Kelab Sukan Bermotor Litar Sepang 03-8778 2200
LANGKAH 4: LULUS UJIAN PENULISAN
Langkah terakhir sebelum memperoleh lesen perlumbaan ialah anda perlu lulus ujian penulisan yang perlu dilalui oleh semua pelumba. Jika gagal, anda perlu menduduki sesi tutorial dan ujian penulisan sekali lagi. Lesen perlumbaan hanya akan dikeluarkan selepas anda lulus ujian penulisan ini.
LANGKAH 5: SERAHAN DOKUMEN
Dokumen yang diperlukan untuk memohon lesen perlumbaan adalah seperti berikut:
1. Salinan lesen memandu RTD dan lesen memandu yang sudah diperbaharui (jika ada) 2. Salinan kad pengenalan/pasport 3. Salinan ahli kelab berdaftar AAM atau resit rasmi 4. 3 keping gambar saiz pastport (2 keping gambar tambahan bagi kategori lebihan) 5. Borang "A" AAM diperlukan bagi pendaftar di bawah umur 18 tahun 6. Bagi pemohon yang ingin memperbaharui lesen perlumbaan, mereka harus menyerahkan lesen perlumbaan AAM yang sudah tamat.

Issued by: Global PR Sdn Bhd
Copyright to: Safe Aim Mutual Sdn Bhd

FAKTA CUBPRIX MALAYSIA

TAHUKAH ANDA?



1.Juara Expert Paling Senior



Shahrun Nizam Tamin memegang rekod selaku pelumba paling senior dalam sejarah Cub Prix tanahair apabila memenangi gelaran Raja Expert ketika berusia 37 tahun. Dia memulakan karier perlumbaan pada tahun 1983 namun kejayaan hanya menyusul selepas 20 tahun beraksi dalam kejuaraan ini. Semangat tidak putus asa yang dimiliki Shahrun akhirnya memberi kejayaan manis buat dirinya apabila membawa pulang mahkota Expert pada musim 2003.  



2.Juara Expert Termuda



Norizman Ismail merupakan pelumba paling muda dalam sejarah Cub Prix yang pernah ditabalkan juara Expert. Pada tahun 2005, dia mencipta kejayaan besar itu ketika berusia 20 tahun dan 8 bulan.  



3.Cipta Kejayaan Pada Penampilan Sulung



Musim 1998 menyaksikan Mohd Faisal Yahya mencipta kejutan dalam saingan kelas Expert apabila memenangi gelaran keseluruhan pada penampilan sulung bersama pelumba ternama lain. Dia menyaingi nama-nama hebat seperti Chia Tuck Cheong, Abdul Halim Mohd Zahid dan Soong Chee Kieong namun kekurangan pengalaman  sedikitpun tidak mengugatnya untuk mengegar litar sekali gus mencipta kejayaan terbesar dalam kariernya.  



4.Juara Expert 4 kali



Rekod hebat M. Meganathan masih sukar di atasi oleh pelumba lain sehingga ke hari ini. Dia memenangi gelaran Expert pada dua musim berturut-turut dan mengumpul empat kejuaraan Expert sepanjang kariernya. Pelumba yang cukup dihormati ini memenangi gelaran Raja Expert pada musim 1994, 1995, 1999 dan 2000. Mega memulakan karier perlumbaan seawal musim 90an dan hanya bersara dari dunia Cub Prix pada tahun 2008.  



5.Cipta 2 Gelaran Berbeza Semusim



Tiada pelumba yang sehebat Chia Tuck Cheong sehingga kini. Dikenali sebagai 'Ko Lou' oleh komuniti Cub Prix, Chia berada pada satu tahap yang berbeza dengan pelumba lain. Chia memenangi gelaran Expert pada musim 2001 dan pada masa yang sama dijulang selaku juara bagi kategori SuperSports 600cc dalam Kejuaraan Asia Road Racing. Untuk rekod, Chia sudah mengumpul dua gelaran Expert dan dua gelaran SuperSports 600cc. 

 

6.Juara Tanpa Kemenangan



Dua pelumba, K. Sivanesan dan Muhd. Suhadi Ali Rahmat beraksi bijak dan mempamerkan tunggangan selamat sepanjang musim yang membolehkan mereka konsisten pada setiap pusingan. Sivanesan berjaya menaiki podium sebanyak 3 kali sepanjang lapan pusingan yang dipertandingkan sementara Suhadi menduduki 5 podium penamat dari 10 pusingan berlangsung. 



7.Memenangi gelaran pada musim gemilang



Memakai nombor '46' pada jenteranya, Ahmad Fazli Sham bagaikan memiliki aura juara dunia, Valentino Rossi. Dia mencipta rekod peribadi apabila memenangi peringkat perlumbaan paling banyak dengan kejayaan enam podium juara dari 10-pusingan pada musim 2007 



8.Catatan Hatrik



Selepas 14 musim, akhirnya seorang pelumba berjaya mencipta rekod dalam kelas Expert. Ahmad Fazli Sham merupakan pelumba pertama mencipta kemenangan secara hatrik apabila dia melakukan pada musim 2008 dengan memenangi perlumbaan di Kluang (Pusingan 2), Sepang Selatan (Pusingan 3) dan Kota Bahru (Pusingan 4). 



9.Paling banyak memenangi perlumbaan kelas Expert



Pelumba kelahiran Taiping, Ahmad Fazli Sham turut mencipta sejarah tersendiri dalam arena Cub Prix tanahair. Dia merupakan pelumba paling banyak memenangi perlumbaan dalam kelas Expert15 kemenangan keseluruhan. Pada 2006 dia memenangi empat peringkat perlumbaan diikuti 6 kemenangan musim berikutnya. Pada 2008, Fazli memenangi tiga gelaran juara sebelum musim lepas menambah dua lagi koleksi.



10.Pelumba menakluki mahkota Expert dua kali dalam jarak masa terpanjang.



M. Meganathan dan Ahmad Fazli Sham memenangi juara Expert dua kali berturut-turut manakala Chia Tuck Cheong menjuarai kategori Expert sekali lagi selepas empat tahun. Namun, Juara Expert 2002, Ahmad Fuad Baharudin membuktikan bahawa dia masih berbisa walaupun kini bersaing dengan ramai pelumba muda yang hebat-hebat belaka apabila dia muncul juara buat kali kedua selepas 7 tahun. 
Issued by: Global PR Sdn Bhd

Coyright to: Safe Aim Mutual Sdn Bhd

Jumaat, 14 Mei 2010

BERJIWA PEMENANG

Sedarilah bahawa kamu dilahirkan ke dalam dunia dengan potensi yang besar untuk menjadi seorang pemenang dalam hidup. Kamu mempunyai perlengkapan hidup yang sangat hebat berupa fikiran, kehendak bebas dan hati nurani. Pergunakanlah secara optimal.

Ingatlah selalu bahawa menjadi pemenang tidak bererti selalu menang, tapi tetap tenang ketika mengalami kegagalan dan tidak panik ketika mengalami kekalahan. Bagi seorang pemenang, kekalahan hanyalah sementara dan kegagalan hanyalah keberhasilan yang tertunda.

Pemenang dalam hidup adalah peribadi yang berani menghadapi kehidupan, tidak gentar menghadapi tentangan, tidak takut menghadapi kesulitan, tidak bergantung pada situasi, dan tidak dikalahkan oleh hal-hal negatif

Jadikan orang lain sebagai motivator, guru dan cermin yang baik. Belajarlah dari kejayaan dan kegagalan mereka. Jangan sombong kalau kamu lebih hebat dalam beberapa bidang dibandingkan dengan orang lain, dan jangan berkecil hati kalau kamu tidak setanding mereka dalam bidang lainnya.

Beranilah mengambil risiko, kerana banyak hal berharga dalam hidup ini yang harus diraih dengan keberanian. Kalau semua faktor sudah diperhitungkan, lakukanlah apapun yang dapat meningkatkan kualiti hidupmu.

Berfikirlah sebagai seorang pemenang. Fikiran adalah potensi dan kekuatanmu yang boleh membangun dan merosakkan hidupmu tergantung bagaimana kamu mengarahkannya. Arahkanlah selalu fikiranmu untuk memikirkan hal-hal yang mulia, yang benar, yang adil, yang penting dan yang membahagiakan.

Berkatalah sebagai seorang pemenang. Jadikan kata-kata positifmu sebagai alat untuk memberkat jiwamu, bukan untuk melemahkan. Lebih baik kamu berkata “Aku akan segera sembuh” daripada “Aku sudah bosan berubat tapi tidak ada hasil”. Atau, “Kalau hari ini aku tidak beruntung, masih ada hari esok” lebih baik daripada “Aku memang sedang sial hari ini!”

Bersikaplah sebagai seorang pemenang. Seorang pemenang akan bersikap aktif dan tidak pasif, rajin dan tidak malas, tidak mudah menyerah, jujur dan tidak bohong. Bila setiap hari kamu bertindak sebagai pemenang, kamu betul-betah melatih otot-otot jiwa menjdi otot seorang pemenang. Jangan biarkan jiwamu menjadi lemah sehingga kamu selalu mengalami kekalahan. Berusahalah terus untuk mengembangkan sifat-sifat seorang pemenang, seperti rendah hati, berani, berjiwa  besar, tekun, dsb. Hindari sifat-sifat pengecut seperti menyalahkan orang lain, egois, iri hati, sombong, mencari perhatian, dsb.

Bertekunlah untuk meraih apa yang kamu inginkan. Jangan mudah kecewa dan putus asa ketika menghadapi hambatan. Jangan menyerah dalam keadaan apapun. Orang-orang besar sepanjang sejarah telah membuktikan bahwa banyak hal yang sulit dan tampak tidak mungkin didobrak oleh ketekunan.

Hargailah dirimu. Perhatikan sikap, ucapan dan penampilanmu. Hanya setelah kamu bisa menghargai diri sendiri, kamu akan bisa menghargai orang lain. Dan ketika kamu menghargai orang lain, mereka pun akan menghargaimu.

Berusahalah untuk mengendalikan dirimu. Jadilah pemenang atas diri sendiri, maka kamu akan lebih mudah menjadi pemenang dalam lingkup yang lebih  luas. Sebagai contoh, jujurlah pada diri sendiri, kendalikanlah emosi, bersikaplah tenang, dan berdisiplinlah.

Beranilah mengalah untuk menang. Seorang pemenang tidak akan ngotot memenangkan perdebatan dan pertengkaran. Hanya orang berjiwa pengecut yang ingin memuaskan harga dirinya dengan kemenangan sementara.

Beranilah untuk berubah. Hidup yang berkemenangan ditandai dengan perubahan-perubahan ke arah yang lebih baik, lebih menyenangkan dan lebih berhasil. Jangan mengharapkan situasi atau orang lain yang akan mengubah hidupmu. Kamu sendiri yang bertanggung jawab memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidupmu.

Bergembiralah atas setiap kemenangan yang kamu raih. Ketika kamu berhasil melakukan apa yang sudah kamu rencanakan, ketika kamu berhasil mendisiplin diri, ketika kamu berhasil menyelesaikan konflik dengan baik, ketika kamu tidak lagi membohongi orang lain, dsb. Teruskanlah usahamu untuk menjadi pemenang dan nikmatilah banyak kejutan menyenangkan sepanjang hidupmu.


Ahad, 9 Mei 2010

DID YOU KNOW???

History

Boasting 60 years of history, MotoGP is the oldest of all motorsports World Championships - its first annual competition having been held in 1949.
From the early 1900s motorcycle Grands Prix were held in various countries and in 1938 the predecessor to the current FIM, the FICM (Fédération Internationale des Clubs Motocyclistes), announced a European Championship. However, the start of the Second World War interrupted the competition and it then took some time after the war for fuel to become available, before a truly international series could be created.

EARLY DAYS

When the first formal World Championship was held in 1949 Grand Prix racing comprised four solo classes, with the inaugural ‘premier class’ 500cc title being won by British rider Leslie Graham on AJS machinery. Another Brit, Freddie Frith (Velocette) took the first ever 350cc World title, while Italians Bruno Ruffo (Moto Guzzi) and Nello Pagani (Mondial) were the first 250cc and 125cc World Champions respectively.
A 600cc sidecar championship in the same season was won by Britons Eric Oliver and Denis Jenkinson with Norton machinery, though the sidecar category became a 500cc competition in 1951.
The Italian manufacturers such as the aforementioned Mondial and Moto Guzzi firms, along with companies such as Gilera and MV Agusta, dominated the World Championships during the 1950s, reflecting the strength of the country’s motorcycle industry at the time. MV Agusta were particularly prolific late in the decade, taking a clean sweep of World titles across all four categories for three seasons from 1958 to 1960 – while their dominance in the 500cc class was unbroken for 17 years from 1958 until 1974.

THE SWINGING SIXTIES

During the ‘60s the Japanese motorbike industry began to boom and during that decade many of the manufacturers that participate in modern day MotoGP racing, such as Honda, Suzuki and Yamaha, arrived to pick up their first World Championship title wins across the 125, 250 and 500 categories, as they announced themselves in Grand Prix racing. Suzuki in particular enjoyed great success in a new 50cc class which was introduced in 1962.
The late ‘60s brought the start of the glory days for MotoGP Legend Giacomo Agostini – the most successful rider in the history of World Championship competition. Up until the modern era riders regularly competed in two or three classes simultaneously and Agostini took 10 of his 15 titles in five successive seasons as double champion in 350cc and 500cc - in a golden period commencing in 1968, riding for MV Agusta.
At this time the escalating costs associated with Grand Prix racing had reached such a level that several Japanese firms withdrew from competition - with only Yamaha left at the end of the ‘60s. In response the FIM introduced rules which limited the bikes to single cylinder engines in the 50cc class, two cylinders in 125cc and 250cc, and four cylinders in 350cc and 500cc.

LEVEL PLAYING FIELD

In the period that followed the level playing field saw title wins for firms from Europe (Bultaco, Kreidler, Morbidelli, MV Agusta), Japan (Kawasaki, Suzuki, Yamaha) and North America (Harley Davidson) – with the Japanese firms finally breaking MV Agusta’s stranglehold on the premier class by the mid 1970s.
After a break of almost 12 years from racing, Honda rejoined the World Championships in the late 1970s and by 1983 they had changed their philosophy from using 4-stroke machinery to build the V3 500 2-stroke, known as the NS500, on which Freddie Spencer took the 500cc World title – his first championship win and the first for Honda since their return to Grand Prix.
The previous season racing in the 350cc class had been brought to a conclusion after 34 years of competition, leaving four classes in the World Championship - 50cc, 125cc, 250cc and 500cc – with 50cc subsequently replaced by an 80cc category in 1984. A short lived affair, the 80cc World Championship was contested for just six seasons, yielding four titles for Derbi, three courtesy of Spanish rider Jorge Martinez.

AMERICAN IDOLS

The 1980s and 1990s saw some superb quality racing in the premier class in particular with fierce competition between Honda, Suzuki and Yamaha and some great battles between American stars such as Eddie Lawson, Randy Mamola, Freddie Spencer, Wayne Rainey and Kevin Schwantz. Meanwhile in the 125cc and 250cc categories European factories such as Derbi, Garelli and later Aprilia were fighting for the honours with the Japanese giants.
The long association that sidecars had with Grand Prix racing came to an end after the 1996 season, when the class evolved into the Sidecar World Cup in 1997.
In the late 1990s the 500cc class was utterly dominated by Honda hero and MotoGP Legend Mick Doohan who took five consecutive titles, before a combination of racing injuries brought the Australian’s career to a premature end in 1999.

THE MODERN AGE

Before the revision of regulations which brought about the move to 990cc 4-stroke competition in the premier class - in line with modern engineering and production trends - a young Italian rider called Valentino Rossi took the last ever 500cc title in 2001 on Honda machinery, having won the 1997 edition of the 125cc championship and the 1999 quarter litre crown with Aprilia.
After the re-branding of the World Championship as MotoGP in 2002 and the introduction of 990cc racing, Rossi went on to win four further consecutive titles, two with Honda and two after a sensational move to Yamaha.
In recent seasons the lower cylinder categories have been ruled by young European riders preparing for MotoGP on Aprilia and Honda bikes, with Dani Perdosa epitomising the trend with three successive titles – one in 125 in 2003 followed by two in 250 – riding for Honda before moving into the premier class. In his first season in MotoGP Pedrosa shared the Repsol Honda pit-box with American rider Nicky Hayden, whose aggressive but consistent riding earned him the 2006 title and ended Rossi’s annual procession to glory.
At the start of the 2007 season, new rules restricting the number of tyres used on Grand Prix weekends and a reduction in engine size from 990cc to 800cc again levelled the playing field in MotoGP – with Bridgestone-equipped Ducati Marlboro rider Casey Stoner emerging as the first standout rider of the new era, as the runaway 2007 World Champion. In 2008, however, Rossi returned to the pinnacle, taking his sixth premier class title, with Stoner a distant runner-up in the standings.
The 2009 season saw the introduction of a single-tyre rule, as Bridgestone were named the sole suppliers for the MotoGP class. Rossi took his seventh title in the premier class after a battle with team-mate Jorge Lorenzo, taking him to within one more of equalling Giacomo Agostini’s all-time record of eight.

MANUFACTURERS – THE GREAT NAMES

The following list provides the main statistics on the key manufacturers who have participated in the World Championships over the past six decades (statistics correct as of end of 2009 season):
AJS 1 Constructors World title, 9 victories in all classes
Aprilia 18 Constructors World titles, 274 victories in all classes
Derbi 8 Constructors World titles, 93 victories in all classes
Ducati 1 Constructors World title, 32 victories in all classes
Garelli 5 Constructors World titles, 51 victories in all classes
Gilera 5 Constructors World titles, 59 victories in all classes
Kreidler 7 Constructors World titles, 71 victories in all classes
Harley Davidson 1 Constructors World title, 28 victories in all classes
Honda 59 Constructors World titles, 630 victories in all classes
Kawasaki 9 Constructors World titles, 85 victories in all classes
Mondial 5 Constructors World titles, 18 victories in all classes
Moto Guzzi 6 Constructors World titles, 45 victories in all classes
MV Agusta 37 Constructors World titles, 275 victories in all classes
Norton 4 Constructors World titles, 41 victories in all classes
Suzuki 15 Constructors World titles, 155 victories in all classes
Yamaha 36 Constructors World titles, 450 victories in all classes

MOTO GP LEGENDS

Since the launch of the MotoGP Hall of Fame in 2000, a series of riders who have each been key protagonists throughout more than half a century of Grand Prix racing have been inducted as MotoGP Legends. The first rider to become a MotoGP Legend was Australia’s aforementioned five-time World Champion Mick Doohan, who was honoured at Mugello, in May 2000.
Since then several additional illustrious names from different eras of racing have been inducted into the MotoGP Hall of Fame, as listed in full here:
Giacomo Agostini (Italy) 15 World titles, 122 victories in all classes
Mick Doohan (Australia) 5 World titles, 54 victories in all classes
Geoffrey Duke (GB) 6 World titles, 33 victories in all classes
Mike Hailwood (GB) 9 World titles, 76 victories in all classes
Daijiro Kato (Japan) 1 World title, 17 victories in all classes
Wayne Gardner (Australia) 1 World title, 18 victories in all classes
Eddie Lawson (USA) 4 World titles, 31 victories in all classes
Anton Mang (Germany) 5 World titles, 42 victories in all classes
Angel Nieto (Spain) 13 World titles, 90 victories in all classes
Wayne Rainey (USA) 3 World titles, 24 victories in all classes
Phil Read (GB) 7 World titles, 52 victories in all classes
Kenny Roberts (USA) 3 World titles, 24 victories in all classes
Kevin Schwantz (USA) 1 World title, 25 victories in all classes
Barry Sheene (GB) 2 World titles, 23 victories in all classes
Freddie Spencer (USA) 3 World titles, 27 victories in all classes
John Surtees (GB) 7 World titles, 38 victories in all classes
Carlo Ubbiali (Italy) 9 World titles, 39 victories in all classes