THIS BLOG IS WRITTEN IN "MALAYSIAN" LANGUAGE SOMETIMES MIXED WITH ENGLISH DEPENDS ON THE TOPIC POSTED.
FOR ALL THE VIEWER@READERS THANK YOU FOR YOUR SUPPORT FOR VISITING THIS BLOG

-AJAK MUSANG-( >_<)V

AJAK MUSANG RACING TEAM PAST & PRESENT SLIDESHOW SCROLL DOWN FOR STORY

Ahad, 16 Mei 2010

INGIN MENJADI PELUMBA?

erminat menjadi pelumba? Berikut beberapa langkah yang anda perlukan untuk membabitkan diri dalam dunia sukan pemotoran.
LANGKAH 1: TELEFON AAM ATAU MAM
Langkah pertama untuk memperoleh lesen perlumbaan adalah menghubungi AAM Motorsports melalui Talian Umum AAM iaitu 03-7622 8000 atau MAM (MotorSports Association of Malaysia) di talian 03-7622 8000. Kakitangan AAM/MAM akan memberi nama, nombor telefon, dan alamat panel doktor AAM/MAM yang terdekat kepada anda.
LANGKAH 2: JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN
Bagi menjadi pelumba, anda harus mempunyai kesihatan yang baik. Justeru, selepas memperoleh maklumat mengenai panel doktor AAM/MAM, anda harus membuat pertemuan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
LANGKAH 3: SERTAI KELAB BERDAFTAR AAM
Selepas lulus ujian pemeriksaan kesihatan, anda perlu menjadi ahli salah satu kelab berdaftar AAM. Di situ, pegawai kelab berdaftar AAM berkenaan akan memberi anda bimbingan mengenai proses seterusnya.
Senarai kelab berdaftar AAM:1. Johor Motor Club 07-252 1313 2. Kelab Kart Selangor & Wilayah Persekutuan 03-7729 0725 3. Kelab Sukan Motor Perlis 03-4270 9748 4. MotorSports Association of Malaysia 03-7622 8000 5. Penang Motorsports Club 04-226 0355 6. Persatuan Kart Motosikal Kedah 012-933 5124 7. Kedah Motor Sports Club 04-733 8653 8. Kelab Kart Wawasan Kuala Lumpur 012-2100069 9. Langkawi Motorsports Club 012-4000165 10. Sarawak Automotive Racing Sport Association 019-8277866 11.Motorcyclist Association of Federal Territory & Selangor 03-7785 2400 12. Royal Perak Motor Club 05-547 7007 13. Kelab Sukan Bermotor Intergrasi 012-4000165 14. Kelab Sukan Bermotor Maju Sepangor/W. Persekutuan 016-369 7782 15. Kelab Sukan Bermotor Litar Sepang 03-8778 2200
LANGKAH 4: LULUS UJIAN PENULISAN
Langkah terakhir sebelum memperoleh lesen perlumbaan ialah anda perlu lulus ujian penulisan yang perlu dilalui oleh semua pelumba. Jika gagal, anda perlu menduduki sesi tutorial dan ujian penulisan sekali lagi. Lesen perlumbaan hanya akan dikeluarkan selepas anda lulus ujian penulisan ini.
LANGKAH 5: SERAHAN DOKUMEN
Dokumen yang diperlukan untuk memohon lesen perlumbaan adalah seperti berikut:
1. Salinan lesen memandu RTD dan lesen memandu yang sudah diperbaharui (jika ada) 2. Salinan kad pengenalan/pasport 3. Salinan ahli kelab berdaftar AAM atau resit rasmi 4. 3 keping gambar saiz pastport (2 keping gambar tambahan bagi kategori lebihan) 5. Borang "A" AAM diperlukan bagi pendaftar di bawah umur 18 tahun 6. Bagi pemohon yang ingin memperbaharui lesen perlumbaan, mereka harus menyerahkan lesen perlumbaan AAM yang sudah tamat.

Issued by: Global PR Sdn Bhd
Copyright to: Safe Aim Mutual Sdn Bhd

9 ulasan:

  1. sy seowg perempuan yg bercita2 tok menjdi seowg pelumba bley kew sy cpai cita2 sy 2??????

    BalasPadam
  2. i.Allaah boleh..tapi perlukan pengorbanan masa & semangat yang tinggi untuk berjaya..kami bermula dari bawah..tiada tajaan..

    BalasPadam
  3. nk ambil lesen ni byaran brapa?

    BalasPadam
  4. tlong bntu sya tok mjdi seowg plumba mto

    BalasPadam
  5. BAYARAN UNTUK AMBIL LESEN BOLEH RUJUK AAM.BOLEH NAK JADI PELUMBA MOTOR TAPI PERBELANJAAN PERLU DI TANGGUNG SENDIRI..KERANA KAMI BERLUMBA HASIL DARI DUIT SENDIRI.TIADA PENAJA TETAP

    BalasPadam
  6. PERGHHHHHH...MEMANG BAGUS ARRRR......SY MINAT SNGAT UNTUK JD PELUMBE,,,,TP SY PEREMPUAN.....AD RUANG X UNTUK SY JD PELUMBE??????,,,,,WALAUPUN SY GURL TP SEMANGAT UNTOK JD PELUMBE TO MENGATASI SEGALA-GALANYE.....SO MACM MANE YE?????

    BalasPadam
  7. saya nak jadi seorang elumba, minat dari kecik.. can i? i really want it..

    BalasPadam
  8. saya berminat untuk menjadi perlumba motor tapi saya tidak tahu macm mana untuk menyertai aam ni

    BalasPadam
  9. salam nak tanya ni.zulfahmi khairudin pun stat belumba dengan kaedah camni ke?

    BalasPadam

SILA BERIKAN KOMEN BERNAS ANDA TENTANG PENULISAN SAYA INI(CUMA TULIS DAN HANTAR)