Yang num 15 tu menarik minat aku sekian lama..rasanya lama dah kedengaran..baru-baru ni aku ke Terengganu boleh dikatakan 80% budak-budak ganu saya ramai bermotor,dikatakan aktif juga lah jadi kalau kerajaan negeri ikhlas harap janji ni buka janj KOSONG KOSONG KOSONG...
Yang terbaru pula MB Kedah baru umumkan akan bina LITAR LUMBA di Kedah...Tolong tunaikan!!!
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah sedang meneliti lokasi sesuai untuk membina sebuah litar lumba, bagi menunaikan aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum lepas.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata buat masa ini pembinaan litar berkenaan dalam proses penelitian serta perbincangan dan beliau memberi jaminan ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji pelbagai aspek termasuk pendidikan, komersil dan sosial demi kepentingan belia di negeri ini.
"Kita buat litar ini untuk memberi ruang kepada generasi belia menceburi sukan permotoran sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.
"Kita minta rakyat jangan bimbang sebab tak timbul isu buat atau tak. Cuma kita minta sikit masa untuk bincang mengenai lokasi yang sesuai dan bagaimana nak mulakan,"
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mukhriz-kedah-bina-litar-lumba-dalam-masa-terdekat-15964?cp
http://www.astroawani.com/news/show/mukhriz-kedah-bina-litar-lumba-dalam-masa-terdekat-15964
aku pernah ada pomen sorang dari Kedah nama dia MAT KOREK (Gelaran) dia memang kreatif dalam modifikasi motor, aku tengok kesungguhan dia melambangkan kita kena ada litar di tiap negeri & litar ni jangan buat je tapi harap diuruskan dengan baik..Adakan event bulanan, kalau betul janji2 ni menjadi & diuruskan dengan baik memang jadi fenomena akan ada jaguh2 dari Pantai Timur & Kedah akan naik nama di mata dunia.
Litar2 ni pun harap yang buat faham n tahu litar hi speed macamana,jangan lah duk buat litar tapi xda hi speed striaght ,corner x mencabar...kalau nak buat tu buat bebetul..
Politik jangan nak kan nama & populariti sangat ...buat kerja bebetul nanti orang suka..Pastikan orang menguruskan litar ni orang yang memang otai & arif dalam perlumbaan bukan orang kaki NIAGA kaki KENCING kaki MAKAN SORANG.
Bagi orang MINAT & IKHLAS yang nak bentuk ANAK BANGSA MALAYSIA!!!
RACING IS THE MATTER OF SPIRIT NOT STRENGTH