THIS BLOG IS WRITTEN IN "MALAYSIAN" LANGUAGE SOMETIMES MIXED WITH ENGLISH DEPENDS ON THE TOPIC POSTED.
FOR ALL THE VIEWER@READERS THANK YOU FOR YOUR SUPPORT FOR VISITING THIS BLOG

-AJAK MUSANG-( >_<)V

AJAK MUSANG RACING TEAM PAST & PRESENT SLIDESHOW SCROLL DOWN FOR STORY

Sabtu, 10 April 2010

AJAK MUSANG RACING TEAM RACE FOR 2010 - ALL IN SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT



MALAYSIAN SUPER SERIES 2010 -CLUB DIVISION

ROUND
DATES
CATEGORY
STATUS (Bikes)
1
28th - 30th May
Cars & Bikes
UPDATED!!!
(27 MAY 2010)





MALAYSIAN CUB PRIX 2010 (ONE MADE RACE FOR RXZ)

TRACK DAY (SEPANG) WILL BE UPDATED..
  Looking for a place to test your car or bike? Sepang Circuit organises track days on most weekends (subject to circuit availability) to cater for the high request for personal track usage. We organise two different track days, the Sunday Track Day and the Saturday Night Special.

TIME
CATEGORY
28TH MAY   &   15 JULY 2010            UPDATED!!! (19 APRIL 2010)
1430 hrs-1630 hrs
Bikes below 400cc
1630 hrs-1830 hrs
Bikes above 400cc
 
Track info/ rates kindly contact :
Mr. Kumarasamy
(kumar.chellappan@sepangcircuit.com.my)

Contact No : 03-8778 2240.


*Starting on 2010, the new track fees shall be:


Bikes <400 cc - RM100
Bikes >400 cc - RM150
Cars Open - RM300









Selasa, 6 April 2010

ADAKAH INI AGENDA POLITIK SEMATA-MATA ATAU AKAN MENJADI KENYATAAN??

IKBN Sukan Permotoran Bakal Diwujudkan, Kata Ahmad Shabery

SERDANG, 5 April (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menjurus kepada pengajian sukan permotoran bagi memajukan lagi industri sukan itu di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata IKBN itu akan menawarkan pengajian berkaitan kemahiran kejuruteraan dan teknikal dalam sukan permotoran dan dibangunkan dengan kerjasama pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

"Kita akan membawa cadangan ini (kepada Kabinet) untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sukan Permotoran Malaysia di sini Isnin.

Ahmad Shabery berkata sukan permotoran berpotensi untuk dimajukan sehingga menjadi sebuah industri yang kukuh dan dapat membantu menjana ekonomi negara termasuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Beliau berkata di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, penganjuran sesebuah acara sukan bermotor merupakan suatu projek besar yang melibatkan industri lain termasuk pelancongan, makanan, hiburan, insurans dan penginapan.

"Ini merupakan suatu industri baru yang boleh dimajukan malah memenuhi tuntutan Model Ekonomi Baru. Bayangkan peluang pekerjaan yang ada yang boleh diwujudkan termasuk penemuan-penemuan baru dalam R&D (penyelidikan dan pembangunan)," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery berkata usaha memajukan industri sukan permotoran hanya akan dapat dicapai jika sukan itu menjadi sukan pilihan rakyat.

"Ini memerlukan satu lonjakan paradigma dalam pemikiran dan budaya rakyat.

"Sekarang ini pun ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam sukan. Mereka lebih mengutamakan akademik. Jadi, ini suatu pemikiran yang perlu kita ubah," katanya.

Beliau berkata usaha mendidik masyarakat dalam membudayakan sukan sedang dijalankan kerajaan termasuk langkah memperkenalkan dasar '1Murid 1 Sukan' yang akan dikuatkuasakan mulai tahun depan.

Terdahulu, forum yang membincangkan cabaran-cabaran dalam industri sukan permotoran itu dihadiri kira-kira 300 penggiat sukan permotoran dan pegawai kementerian.

Tiga pakar sukan permotoran yang terdiri daripada Ketua Eksekutif Persatuan Industri Sukan Permotoran (MIA) Chris Aylett, Pengarah Urusan Apex Circuit Design Ltd Clive Bowen dan pakar pembinaan litar Guy Austin berkongsi pengetahuan mereka dengan peserta forum.

Turut hadir Pengerusi SIC Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir yang bertindak sebagai Pengerusi forum.

-- BERNAMA

 Apa yang aku boleh katakan,janganlah projek ni jadi cuma AGENDA POLITIK & ISU semata2.. Menteri sendiri dapat sendiri lihat potensi yang dah aku bagitahu dalam post sebelum ni...Kalau betul serius memang akan menjadikan Malaysia HUB TENAGA PAKAR & PELUMBA TERBAIK DUNIA..Akan tetapi projek ni kena mengambil kira mereka yang sudah tiada minat untuk belajar di IKBN tu tp tumpu jugak ke mereka yang minat pada dunia perlumbaan.Satu litar kos sederhana yang mampu untuk mereka berlatih dan menunjukkan bakat mereka.,ini kerana kebanyak golongan berpendapatan rendah tidak mampu untuk berlumba ditrek yang bole dikatakan untuk HI-END racing(SIC),kerana kos yang mahal serta litar yang tidak sesuai untuk kenderaan yang mempunyai kapasiti enjijn yang kecil.(MAT REMPIT BANYAK GUNAKAN KAPCAI ) Jika projek ini dilakukan dengan kadar segera mcm twinning program dgn org luar jika tiada kesinambungan mesti akan terkubur macam 2 je..Mereka (Kementerian) kena kaji dari semua aspek..bukan mereka yang ada duit n minat sahaja,tp tumpu juga pada masalah REMPIT ni.Sama2 turun padang dahnberbincang dan ambil kira pandangan semua pihak,bukan pihak yang profesional je akan tetapi pihak amatur dan berpengalaman lama dalam dunia permotoran ini. DS Najib  sendiri telah banyak kali cakap "ZAMAN KERAJAAN KNOWS BEST IS OVER" so ini slogan yang perlu DIPANDANG & DIAMBIL PERHATIAN oleh semua menteri2 kabinet dalam membuat keputusan yang benar2 mengambil kira pandangan semua pihak.

SAYA BERDOA SERTA BERHARAP AGAR APA YANG TELAH SAYA LUAHKAN INI DAPAT DI DENGAR DAN DIAMBIL PERHATIAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DEMI MENCAPAI TARGET M.E.B SERTA SEKALIGUS MENCAPAI INTIPATI WAWASAN 2020

Jumaat, 2 April 2010

REALITI SUKAN MOTOR NEGARA

MEMPERKATAKAN tentang kemajuan sukan motor di Malaysia adalah satu perkara yang agak umum. Apabila melihat kejayaan penganjuran acara sukan besar seperti Japan GT, Grand Prix Formula Satu, MotoGP, MME, Formula BMW Asia, AFOS, MSS, A1GP, Kejohanan Kart antarabangsa, D1 dan sebagainya, ia menggambarkan bahawa sukan motor adalah satu kebanggaan bagi rakyat negara ini.

Namun, di sebalik gahnya nama-nama acara besar yang dipertandingkan, sebenarnya, barah gejala seperti mat rempit dan perlumbaan haram seakan tiada jalan penyelesaiannya.

Andai ada satu fakta membuktikan kemunduran arena sukan bermotor tempatan, litar BTSC (Batu Tiga Speedway Circuit) ditutup buat selama-lamanya untuk memberi laluan pada satu projek perumahan mewah adalah contoh terbaik.

Projek jutaan ringgit ini yang nyata tidak langsung mengambil kira kepentingan minat dan kecenderungan pelumba kelas bawahan tempatan.

Litar Batu Tiga menjadi satu-satunya lokasi bagi anak muda sekitar Lembah Klang untuk menghabiskan masa hujung minggu mereka dengan pelbagai acara sukan bermotor yang mampu mereka sertai.

Misalnya perlumbaan CCT kereta dan perlumbaan rempit di litar yang ringkas. Malah, ketika pada waktu kemuncaknya, pelbagai acara dan karnival telah dijalankan hampir setiap minggu.

Jadi siapa yang harus dipersalahkan? Kemajuan yang hanya dinikmati oleh mungkin untuk 500 orang kaya, berbanding kesengsaraan 50,000 lagi rakyat Malaysia yang berjiwa sukan motor.

Ramai yang mencadangkan litar Antarabangsa Sepang sebagai alternatif. Tetapi, cuba tanyakan kepada mat rempit yang melepak di Dataran Merdeka, berminatkah mereka untuk ke Sepang?

Berapa banyak pula acara yang dijalankan benar-benar menjurus kepada program khusus untuk mereka?

Kebanyakan agenda dan pembangunan sukan bermotor di Malaysia ini terlalu gah dan mahal untuk melibatkan golongan ini.

Namun akhirnya, litar dihuni oleh sukan go-kart mewah dan persatuan sukan bermotor yang mengaku mereka berusaha ke arah memantapkan sukan motor tempatan. Terlalu banyak kelemahan yang perlu diatasi.

Karnival yang dijalankan pula seperti melepaskan batuk di tangga.

Jadi apabila sampai satu tahap, hilangnya pentas untuk beraksi, maka mat rempit menjadikan jalan raya sebagai litar mereka.

Mat rempit lazimnya terdiri dari mereka dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah, tinggal di kawasan perumahan flat yang biasanya sempit untuk sebuah keluarga moden.

Maka, dengan motosikal custom made, pada malam minggu, mereka mencari hiburan dengan merempit. Begitu juga dengan lumba haram kereta yang kewujudannya jarang sekali diakui.

Hakikatnya, perlumbaan tidak sah ini berlaku dengan berleluasa kerana mereka mempunyai sebab yang logik untuk sama-sama kita fikirkan.

Sukan motor kelas bawahan (grassroots) sebenarnya telah lama mati. Khasnya untuk sukan yang melibatkan motosikal. Mujur, masih ada usaha untuk terus mempertahankan kejohanan cub prix. Namun, itu pun bukan mudah kerana persaingan kini banyak menyaksikan syarikat korporat menaja pelumba handalan.

Bercakap tentang perlumbaan kereta pula, nasib kita mungkin sedikit beruntung kerana masih ada acara-acara kecil yang dijalankan seperti Drag Battle Sepang, drift hujung minggu bersifat kelab dan sukan drift yang masih lagi logik yuran dan syarat penyertaannya.

Tetapi, acara seperti Malaysian Super Series, MME dan satu dua acara di Sepang kembali menjadi sukan mahal dalam kategorinya.

Sempena lebih 50 tahun merdeka ini juga, adalah amat diharapkan akan wujudnya kesedaran di kalangan pembuat dasar tentang peri pentingnya melihat 'ke bawah' untuk memajukan sukan motor di Malaysia. Ia lebih daripada sekadar membawa sukan bertaraf dunia.

Tidak guna kita ada 50 acara antarabangsa sekalipun sedangkan yang menikmatinya tidak sampai pun satu peratus dari rakyat Malaysia.

Jika kos membina sebuah litar lengkap atau kompleks sukan memakan belanja yang tinggi, bina sahaja drag strip yang ringkas. Pokok pangkalnya ialah usaha dan kesedaran.

Kita perlukan pentas asas yang lebih banyak untuk melahirkan pelumba bertaraf dunia. Kita perlukan lebih ramai Alex Yoong dan Fairuz Fauzy. Generasi baru perlu diberi peluang mengetengahkan bakat mereka dengan betul.

Ramai anak muda yang ingin mengembangkan bakat mereka ke peringkat yang lebih baik. Tetapi malangnya, mereka tidak tahu di manakah saluran yang betul. Minat dan bakat ini akhirnya diterjemahkan di jalan-jalan raya yang akhirnya merugikan kita semua. 

PAUTAN KE LUAH RASA TIDAK PUAS HATI MEREKA DI FORUM >>
http://www.facebook.com/people/Ajak-Musang/100000864173257#!/topic.php?uid=366560646565&topic=20549

LUAHAN PENULISAN BLOG TENTANG TREK SHAH ALAM & MAT REMPIT

By zamj

Luahan rasa Mat Rempit apabila ditemuramah oleh wartawan...

Angah{bukan nama sebenar}...Mat Rempit merupakan manifestasi atau suara anak muda yg 'menjerit' meminta agar jiwa dan rintihan mereka didengar oleh masyarakat serta pihak berkuasa. Mat rempit tercipta hasil daripada luahan rasa anak muda yg merasakan diri mereka semakin dipinggirkan dan dibiarkan tenggelam dalam arus modenisasi.
'Cuba bayangkan, apa lagi kami hendak buat, rumah padat macam ikan sardin...lepak tepi jalan dituduh mat gian, main gitar kat dewan dihalau ketua kampung, pergi disko kena serbu, jadi inilah yg 'termampu'.
Katanya, semua pihak harus mencari punca utama wujudnya mat rempit dan bukannya terus-terusan mencari salah dan menjadikan mereka kambing hitam dalam masyarakat. Kami masih muda, masih cergas dan mempunyai kemampuan tetapi tiada siapa datang untuk membawa kami ke arah yg sepatutnya, yg mereka tahu kutuk dan terus menyimpan prasangka yg bukan2. 'Jadi alang2 orang dah anggap kami jahat, biar kami 'jahat betul', puas hati bukan?' katanya.

Fitri{bukan nama sebenar}...berlumba dijalanraya adalah hobi paling murah dan tidak memerlukan wang yg banyak. Dengan hanya berbekalkan RM3, dia sudah dapat mengisi minyak dan seterusnya memecut motorsikalnya ke mana saja dia suka. Adakalanya bukan saja kepuasan yg dia capai tetapi juga ganjaran berbentuk wang tunai hasil daripada wang pertaruhan yg terkumpul. Hajat hati saya hendak masuk perlumbaan yg sebenar dan sah tetapi mana nak korek duit, hendak bayar lesen lumbalah, kena beli baju dan seluar khas dan macam2 lagi. Jadi pilihan yg ada hanyalah berlumba secara haram, kalau ada polis panda-pandailah 'cabut', katanya.

Halim{bukan nama sebenar}...kegiatan mat rempit hanyalah bersifat sementara dan akan berhenti dengan sendirinya bila umur semakin meningkat. Ujarnya, hampir 90 peratus mat rempit tidak akan 'merempit' lagi bila sudah berkahwin, dapat pekerjaan tetap atau usia semakin bertambah. 'Cuba tanya orang yg hentam kami sekarang, dulu ketika mereka muda apa aktiviti yg mereka buat, silap-silap lebih teruk daripada kami. Ini proses biasa bang...dulu pun ada budaya tak elok seperti 'hippies, bohsia, anak ABU dan macam2 istilah lagi. 'Sekarang ni mat rempit pula. Bagi saya kalau pihak berkuasa 'gentlemen' buka litar lumba biar kami semua merempit beramai-ramai. Ini tidak. Litar Batu Tiga Shah Alam ditutup sebab nak beri laluan pembinaan rumah mewah, habis kami ni hendak berlumba kat mana, tepi sawah?' katanya.

Bagi seorang Pakar Ortopedik Hospital Kuala Lumpur {HKL}, ramai mat rempit lumpuh akibat kemalangan. Katanya, kebanyakan daripada mereka masih dibangku sekolah tetapi terpaksa melupakan sepenuhnya keindahan serta kemanisan hidup seperti yg rakan2 mereka nikmati ketika ini.
'Sedih saya melihat mereka terbaring lesu dan tidak bermaya malah hendak buang air besar pun ,mereka tak mampu sehingga kita terpaksa memasukkan ubat bagi membolehkan najis keluar dari dubur mereka.
'Namun ada satu perkara yg membuatkan saya kagum, jarang sekali saya lihat pesakit2 saya ni menitiskan airmata. Seolah-olah mereka pasrah dan menerima dengan redha ketentuan Tuhan ke atas nasib yg menimpa diri mereka.' katanya.

Bagi aku. kita tidak boleh meletakkan kesalahan 100 peratus kepada mat rempit. Dulu jarang kita dengar pasal hal mat rempit nie tetapi sejak Litar Lumba Shah Alam ditutup beberapa tahun yg lalu, isu ini semakin serius di lembah kelang. Dulu disitulah dorang berlumba terutamanya pada setiap hujung minggu. Yang dari luar daerah pun datang. Aku pun pernah ke sana menonton perlumbaan. Dulu aku pun pakai motor jugak dan aku memahami apa yg mereka rasai. Kebanyakan dari mereka memang berani atau hati kering. Dari mereka nie lah juga timbulnya ilham untuk penggiat seni memaparkan kisah mereka dilayar perak. Bukan semua mat rempit nie jahat, ada segelintir je. Dalam setandan pisang bukan semuanya elok...

Oleh Ahmad Sharidan 
 
Kebetulan di sebelah bangunan ada Karnival Gegar. Aku pergi dengan niat mencari makanan untuk mengalas perut. Tapi kamera tidak aku tinggal. Mana tahu aku boleh mengambil gambar beberapa aksi yang menarik. Sampai di tapak Karnival, aku terpinga-pinga melihat sekumpulan 'mat rempit' dengan motosikal yang telah diubahsuai sepenuhnya.

Aku hairan. Apa yang sedang berlaku? Sebahagian Persiaran Perdana ditutup dan ada beberapa orang polis dan Rela sedang berkawal. Aku berjalan lagi dan akhirnya baru aku sedar yang ada pertandingan 'drag race' atau 'sprint-test' motosikal dan kereta.

Aku tidak mahu bercerita sangat mengenai apa yang berlaku semasa hari tersebut. Aku cuma lebih tersentuh dan berminat mengenai usaha ubahsuai motosikal oleh sekumpulan pemuda. Ubahsuaian mereka adalah pada tahap yang ekstrem. Pastinya kalau di jalanraya, motosikal ini takkan lepas dari dikejar oleh polis atau JPJ, itu pun kalau boleh dikejar.

Sebenarnya, timbul rasa hormat dan kagum aku kepada anak-anak muda ini. Mereka punyai bakat dan kemahiran yang tinggi. Cuma rasanya, modal saja yang kurang. Aku pasti kebanyakkan motosikal yang digunakan adalah motosikal curi. Tapi itu bukan masalahnya.

Aku mahu lihat dari sudut yang berbeza. Kalau mereka ini diberi sedikit modal atauditaja oleh korporat-korporat yang terlebih untung, mereka boleh hasilkan motosikal drag yang jauh lebih hebat dan mungkin, mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Secara asasnya, drag-race memang wujud di beberapa negara di dunia ini. USA dan Australia ada kejohanannya sendiri dan motosikal yang digunakan adalah motosikal berkuasa tinggi yang hebat serta memperolehi tajaan syarikat-syarikat antarabangsa. Aku pasti suatu ketika dahulu, mereka juga bermula sebagaiamana anak-anak muda kita ini lakukan.

Bezanya mereka mendapat galakan dan sokongan. Jadi akhirnya drag-race di negara barat menjadi maju dan popular. Aku yakin, sekiranya ada organisasi di Malaysia ini ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk membantu, drag-race di Malaysia boleh menjadi popular dan jentera yang digunakan pastinya hebat dengan teknologi terkini. Keadah tuning dan setting jentera boleh dilakukan dengan komputer berbanding sekarang yang hanya sedap telinga mendengar dan 'pengalaman'.

Malah, kalau dilatih dengan betul dan diberi pendedahan yang sewajarnya, 'jurutera' yang membangunkan motosikal rempit ini boleh diketengahkan untuk menjadi jurutera motosikal profesional yang mampu bersaing diperingkat yang lebih tinggi.

Tapi itulah masalahnya di Malaysia ini. Padang golf untuk permainan orang kaya jauh lebih banyak dari orang kaya sendiri. Tapi untuk bina litar lumba di setiap negeri yang pastinya boleh menarik puluhan ribu orang pun susah nak dilaksanakan. Mungkin kerana target pasaran adalah dikalangan orang-orang biasa yang tidak berkereta BMW atau Mercedes-Benz, jadi ianya tidak signifikan.Buat litar lumba skala kecil di setiap negeri. Tidak perlu secanggih litar F1 Sepang. Biar cukup dengan keperluan asas dan tahap keselamatan yang baik. Anjurkan pertandingan sukan permotoran. Letak beberapa peringkat. Maksudnya dari peringkat profesional hingga amatur. Peringkat amatur boleh disertai oleh sesiapa saja yang mahu dengan sedikit bayaran minima. Maksud aku tidak mencecah ribuan ringgit. Atau sediakan jentera yang boleh disewa semasa perlumbaan seperti BMW sediakan untuk Formula BMW.

Lambat laun kita akan temui jaguh sukan permotoran di Malaysia. Kamu orang kaya nak buat duit juga ke? Kamu masuk bertanding atau kalau lebih hebat, taja pasukan untuk bertanding atau buat sindiket betting.

SEBAHAGIAN ORANG-ORANG POSITIF "MINDED" TENTANG MAT REMPIT

Kat sini aku nak share melalui pembacaan aku,kata2 org yang memberi reaksi POSITIF terhadap mat rempit ni.(Bacalah.....JANGAN MALAS N CAKAP PANJANG SANGAT...)

Dr Mohamad Khir Toyo said... 
 
http://www.drkhir.com/2010/04/meb-perlu-kurangkan-kos-sara-hidup.html#comments
 
Saudara Musang, Minat kepada sukan permotoran memang baik jika mempunyai kemampuan dan kewangan yang stabil. Saya sendiri berminat dengan motor dan mempunyai motor. Tetapi untuk menjadi pelumba motosikal bukan murah dan mudah. Jika bersungguh menjadi pelumba motosikal maka harus mempunyai usaha ke arah itu. Ramai yang patah pinggang, kudung kaki dan hilang upaya kerana merempit. Apa akan jadi kepada masa depan mereka? Mereka yang berminat haruslah menyertai kelab-kelab motor sedia ada atau menubuhkan kelab motor baru. Uruskan mengikut lunas undang-undang termasuk bila mahu berlumba. Saya percaya jika dibuat mengikut undang-undang maka Polis tidak ada masalah membenarkan jalan raya tertentu ditutup sekali sekala untuk menjadi trek lumba seperti dalam pertandingan cub prix. Malahan melalui kelab lumba juga, mereka boleh memohon kebenaran polis untuk berlumba di kawasan tertentu yang sesuai. Cuma kebanyakan (saya katakan kebanyakan, bukannya semua) bukan berminat untuk menjadi pelumba dalam erti kata sukan. Sebaliknya mereka hanya berminat berlumba untuk mendapat "habuan" tertentu dan sebagai satu jalan menentang undang2 dan pihak berkuasa. Saya tidak ada masalah dengan mereka yang ingin berlumba sebagai satu bidang sukan. Malah mungkin saya boleh menyokong mana-mana kelab motor yang berhasrat meminta jalan tertentu ditutup pada malam minggu untuk kegiatan berlumba. Namun ia harus diadakan secara profesional termasuk mempunyai pegawai kesihatan dan sebagainya. Jika mereka hanya ingin berlumba atas jalan raya untuk menunjukkan siapa yang hebat, gah dan jaguh dalam menyusahkan pengguna jalan raya lain dan menentang undang2 saya rasa ia sangat tidak patut kita menggalakkan anak muda kita ke arah tersebut. Sebab itu saya suka membezakan antara mereka yang merempit dengan pelumba yang tulen. Saya bersetuju mungkin kerajaan boleh melakukan lebih baik dalam mengawal selia keinginan berlumba motor ini dengan cara yang sihat.
SHAHROL YUZY- bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP)
"Malaysia saja ada Mat Rempit" - Shahrol Yuzy

MUNGKIN ada benarnya kata-kata bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Shahrol Yuzy Ahmad Zaini yang tidak menolak bahawa di negara ini saja berlaku masalah perlumbaan motosikal haram.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Penunggang Motosikal Profesional Malaysia (Prorider) berpendapat, di negara luar seperti Thailand dan Indonesia tidak pula mempunyai kelompok Mat Rempit jalanan disebabkan faktor kesesakan lalu lintas di negara berkenaan yang mungkin menyukarkan aktiviti haram berkenaan.
"Apatah lagi di negara Eropah yang langsung tidak wujud istilah lumba motosikal haram.
"Berbeza pula di negara ini.Generasi muda termasuk mereka yang seawal usia 16 tahun berani menjadikan jalan raya sebagai medan untuk berlumba serta melakukan aksi merbahaya," katanya sambil mengatakan ada saluran yang boleh mencungkil bakat sebenar pelumba untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan.
Shahrol Yuzy berkata, negara ini sebenarnya mempunyai ramai pelapis pelumba motosikal berbakat tetapi tidak digilap sepenuhnya.
Beliau berkata, kekurangan pendedahan serta sokongan daripada pelbagai pihak menyebabkan ramai pelumba berbakat memilih jalan raya sebagai medan mempamer kebolehan sehingga menggadaikan nyawa sendiri... juga orang lain!
Katanya, antara sebab yang mematahkan impian Mat Rempit untuk menyertai pertandingan profesional adalah kekangan kewangan untuk membeli motosikal yang sesuai untuk perlumbaan di litar selain kelengkapan pakaian perlumbaan yang agak mahal.
"Pada pandangan saya, usaha menangani masalah rempit seperti tangkapan tidak memberikan impak yang besar buat mereka (Mat Rempit ).
"Lebih baik mendekati mereka dan fahami minat sebenar dalam bidang permotoran. Ini adalah langkah bijak bagi membendung permasalahan ini," katanya yang turut berpendapat hanya pakar motosikal saja yang boleh memahami jiwa Mat Rempit.
Ditanya mengenai peranan dan usaha persatuan itu dalam mengatasi kemelut Mat Rempit , Shahrol Yuzy berkata, Prorider turut menjadi `suara' dan menggilap pelapis pelumba motosikal berbakat menerusi program Akademi Sukan Bermotor.
Kata Shahrol Yuzy, setakat ini persatuan itu berjaya menganjurkan beberapa siri perlumbaan litar Cub Prix, termasuk menganjurkan bengkel untuk mencungkil bakat baru dalam sukan permotoran berkenaan.
Sambutannya, kata Sharol Yuzy, memberangsangkan. Pada satusatu program yang dijalankan, pihaknya menerima kira-kira 1,000 permohonan namun hanya boleh menerima 100 peserta terawal.
"Keadaan ini membuktikan jika Mat Rempit diberi saluran yang betul, mereka tidak akan berlumba secara haram lagi," katanya yang kini mempunyai kelab motosikal sendiri, Yuzy Racing Team yang dianggotai enam anak muda berbakat dalam sukan lumba motosikal berusia antara 13 dan 14 tahun.

Presiden kelab motosikal Kelab RD, Azhanyzam Zakaria
Presiden kelab motosikal Kelab RD, Azhanyzam Zakaria pula berpendapat langkah kerajaan itu baik, namun masih belum mencukupi untuk membendung gejala mat rempit.
Ketika dihubungi, beliau berkata, kerajaan juga perlu menimbangkan untuk mewujudkan satu lagi litar lumba yang dirasakannya strategik iaitu di Bukit Jalil, selain mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram

Azhanyzam berpendapat, pembinaan litar lumba di Bukit Jalil berhampiran Kuala Lumpur mungkin mampu mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di jalan raya ibu kota.
“Kalau di Bukit Jalil, dekatlah sikit berbanding Sepang. Mereka ini tak mahu tempat yang jauh. Sekiranya kerajaan sudah menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti dan kalau mereka masih lagi berlumba haram di luar, kenakan sahaja tindakan tegas terhadap mereka.
“Tindakan merampas motosikal bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya akan mengundang jenayah lain seperti mencuri motosikal. Kita kena tahu kebanyakan mereka ini datang dari keluarga bermasalah serta hidup dalam kemiskinan,” katanya.
Azhanyzam juga berpendapat, tindakan undang-undang yang lebih ketat harus meliputi pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman pembelian motosikal bagi mereka yang disabitkan kesalahan.

TheSuparman


Masih anda ingatkah litar lumba Shah Alam dahulu yang terkenal dengan Mick Doohan dan lain-lain. Selain itu litar di Batu Tiga itu memberi platform untuk mat rempit berlumba pada hujung minggu. Litar tersebut di musnahkan oleh Khir Toyo dan memberi peluang kepada Lebar Daun untuk membina kawasan perumahan baru. Sekarang anda dapat melihat bandar Anggerik ini dipenuhi oleh Mat Rempit setiap malam dan menjadi sesak dan tidak selamat. Kenapa tidak membina litar trek yang baru untuk mereka berlumba dengan kos yang kecil? Saya amat membenci bila melihat dataran Shah Alam dipenuhi oleh mat rempit dan membuat bising sesuka hati. Munkin mereka menjadi begitu kerana tidak mempunyai tempat berlumba yang sah atau memang mat rempit lebih baik langgar pokok aje, aah lupakan ajalah tentang Shah Alam kalau anda merasakan Shah Alam tidak memerlukan perubahan……..
Lumba Kaedah Terbaik Banteras Mat Rempit – Azalina (Bekas Menteri Belia & Sukan)October 23, 2007
Semua kerajaan negeri dan kerajaan tempatan disaran menyediakan kemudahan litar lumba sebagai kaedah terbaik membanteras gejala “Mat Rempit” atau lumba haram di kalangan golongan muda yang semakin berleluasa sekarang.  Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ketiadaan litar lumba dan kemudahan seumpamanya adalah antara penyebab mengapa remaja suka berlumba di jalan raya hingga membahayakan pengguna lain.
“Kebanyakan Mat Rempit ini terdiri daripada golongan anak muda yang amat meminati sukan permotoran. Kerana tidak ada litar lumba bersesuaian, mereka tidak ada pilihan selain berlumba di jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya melalui kemudahan litar lumba itu juga boleh membantu mengembangkan minat remaja untuk berlatih dan menjadi pelumba motosikal profesional negara. “Sebelum litar lumba Sepang, terdapat dua litar iaitu Batu Tiga di Shah Alam dan Pasir Gudang di Johor Baharu, menjadi tempat peminat dan pelumba kenderaan terutama motosikal meneruskan minat mereka dalam suasana yang selamat dan mengikut peraturan,” katanya. Beliau berkata dua litar itu menjadi tumpuan kerana menawarkan yuran pendaftaran yang murah berbanding Litar Antarabangsa Sepang yang mengenakan yuran pendaftaran mahal dan tempoh tempahan yang lama. Azalina berkata semua pihak perlu memandang positif cadangan menyediakan litar lumba yang sah dan mendapat sokongan daripada pelbagai industri permotoran. Menurutnya perlumbaan di litar boleh mendedahkan remaja kepada teori dan teknik pengendalian motosikal daripada jurulatih profesional. Terdahulu, Azalina merasmikan pameran Motosikal Antarabangsa Asia (AIME) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini yang diadakan bersempena dengan Kejohanan Grand Prix Dunia MotoGP Polini di Litar Antarabangsa Sepang akhir minggu ini. Pameran empat hari itu yang terbesar di rantau Asia mempamerkan pelbagai model motosikal berkuasa tinggi termasuk motosikal rekaan sendiri oleh beberapa pereka motosikal rakyat tempatan dan luar negara.